Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Rabu, 16 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum

Bersempena Hari Raya yang mulia ini, saya Helmis, isteri dan keluarga sekelian mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca2 blog SyurgaDiDunia ini terutama buat pembaca/pengikut setia yg sentiasa menjadi pendorong dan perangsang untuk saya terus berkongsi ilmu2.

Wassalam


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Rabu, 9 September 2009

Patutlah Lelaki Menjadi Semakin Bodoh Dan Tidak Bertanggungjawab.

Prestasi pelajar lelaki di sekolah2 baik pun di peringkat universiti semakin menurun, pelajar2 perempuan semakin menyerlah dan malah bilangan mereka melebihi pelajar2 lelaki. Jika dirujuk pada statistik di laman web kementerian pendidikan, kita dapat melihat perbezaan yg ketara antara lelaki dan wanita.

Itu dari segi pendidikan, bagaimana pula dari segi sikap, tingkah laku dan perangai kaum yg dinamakan lelaki masa kini? Ramai wanita yang masih tidak berkahwin lagi kerana alasannya susah nak berjumpa dengan lelaki yg baik. Remaja2 lelaki makin liar, baik yg masih bersekolah hinggalah yg sudah tamat persekolahan, dapat dilihat dari kes pukul cikgu hinggalah kepada kes merempit.

Bagi yg bergelar suami dan ayah pula, ramai wanita2 yg mengeluh dan mengatakan bahawa suami mereka makin kurang bertanggungjawab. Dari hal membantu menjaga anak hinggalah kepada urusan kewangan keluarga, wanita terpaksa berusaha lebih untuk membantu suami yg seolah2 lebih pentingkan diri sendiri, masih mencari hiburan diluar rumah dan tidak menghiraukan masaalah2 rumahtangga yg sering dilepaskan kepada pihak isteri.

Mengapakan lelaki seolah2 semakin bodoh, semakin tidak boleh melihat kesan tindakan yg diambil sekarang terhadap masa depan? Mungkinkah sesuatu telah berlaku didalam otak2 lelaki zaman sekarang yg menyebabkan mereka menjadi sedemikian? Manusia moden memandang remeh perintah Allah kerana tidak boleh nampak kesan dari perbuatan mereka itu, akan tetapi sains sedikit demi seikit memberikan jawapannya, apa yg diperintahkan Allah itu teramat besar hikmahnya untuk kebaikan manusia itu sendiri.

Islam tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, secara umumnya untuk mengelakkan zina kerana pergaulan bebas ini adalah benih2 zina dan Nabi amat melarang sekali menghampiri zina. Apa yg memeranjatkan, mengikut kajian pakar psikologi dari Radboud University di Belanda (1), pergaulan antara lelaki dan perempuan membuatkan fungsi kognitif lelaki (keupayaan untuk memahami/belajar) buat sementara menjadi berkurangan. Walaupun dikatakan "sementara" jika pergaulan itu berpanjangan maka keupayaan untuk memahami sesuatu itu semakin lama semakin ketara. Melihat pada suasana pergaulan lelaki dan perempuan didalam masyarakat kita bermula seawal dari zaman persekolahan sekolah, maka tidak hairan lah mengapa wanita menguasai lelaki dibidang pembelajaran. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh.

Kajian sekumpulan pakar dari McMaster Universiti di Kanada (2) pula mendapati, apabila lelaki melihat perempuan yg cantik/menarik atau apa yg mereka kategori sebagai "hot", keupayaan lelaki untuk membuat pilihan bijak untuk kebaikan masa depan semakin berkurang (discount the future). Lelaki akan memilih ganjaran masa kini berbanding ganjaran masa depan yg lebih besar. Ini memberi kesan yg amat besar kepada corak pemikiran lelaki, baik dari motivasi untuk belajar bersungguh2 di sekolah/universiti, pekerja yg berdedikasi, suami yg bertanggungjawab hinggalah menjadi ayah yg baik supaya anak2 menjadi manusia hebat.

Lihatlah pada kebanyakan lelaki zaman ini, lelaki lebih memilih nikmat dunia berbanding nikmat akhirat, lelaki lebih kreatif mencipta berbagai2 jenis taktik untuk mengaut keuntungan wang dan harta tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat dan persekitaran, dari judi yg di legalkan (pasaran saham dan forex), MLM hinggalah ke skim cepat kaya internet. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap keluarga terutama isteri dan anak2. Tidak mampu lagi melihat janji2 Allah terhadap hambaNya yg berbuat kebaikan dan beramal soleh dan meninggalkan yg keji dan haram. Sebab itu ada yg berkata, ala muda lagi, bila tua nanti bertaubat la.

Ucapan jutaan terimakasih kepada wanita2 yg semakin hari semakin mementingkan kecantikan, bersolek, berhias sakan untuk menarik perhatian lelaki hingga ada yg selekeh didepan suami tetapi bila keluar rumah bukan main hebat lagi. Terimakasih kepada NGO2 wanita yg mempertahankan hak2 feminism berpakaian bebas dan menyuruh lelaki menahan nafsu. Terimakasih juga kepada media2 TV, filem, majalah dan juga media2 iklan yg menggunakan wanita dalam hampir semua iklan2 mereka walaupun tiada kena mengena langsung wanita dan produk berkenaan. Terimakasih juga kepada lelaki2 yg membiarkan tubuh badan isteri mereka di"ratah" dengan mata oleh lelaki2 yg lain. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh dan tidak bertanggungjawab.

Jelaslah perintah Allah bagi wanita2 untuk menutup aurat untuk kebaikan manusia itu sendiri, begitu juga dengan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Sistem pendidikan kita diasaskan oleh British, dengan para2 menteri yg rata2nya mendapat pendidikan barat, budaya untuk bercampur gaul bebas lelaki dan wanita itu dianggap cara terbaik era moden, baik disekolah mahupun ditempat kerja. Penyokong feminism pula sibuk memperjuangkan hak berpakaian dan meminta lelaki menjaga nafsu (nafsu mereka untuk berpakaian bebas tak perlu dijaga). Sudah terbukti secara saintifiknya yg perbuatan mereka itu (tanpa sedar) memberi kesan terhadap kemampuan lelaki berfikir.

Perbuatan mereka mendedahkan aurat itu sebenarnya menindas atau menganiaya insan2 lain yg bernama lelaki, menindas wanita2 lain dan juga anak2 mereka, lepas itu merungut susah nak cari lelaki yg pandai, baik dan bertanggungjawab. Sebab itu Allah jelaskan kerosakan dimuka bumi itu adalah hasil tindakan manusia itu sendiri (Ar Rum 30:41). Jadi masaalah lelaki yg semakin hari semakin merudum akalnya ini perbuatan siapa jika bukan perbuatan kaum perempuan2 sendiri?

Tak perlulah saya kemukakan pelbagai ayat2 Al Quran untuk memberitahu kepada wanita2 akan kewajipan menutup aurat, sudah berjuta2 kali di sebut baik oleh ustaz/ustazah, buku2 agama hinggalah kemajalah2, malah ada lagi kertas saintifik yg saya jumpai dan boleh kaitkan. Akan tetapi mengapa wanita2 (di"back-up" oleh lelaki) nampaknya buat tak endah sahaja akan bab menutup aurat ini?

Jawapannya adalah kerana manusia didalam kehidupan dikawal oleh minda separuh sedar, umpama memandu kereta, hanya perlu tumpukan perhatian pada mula2 belajar memandu, selepas itu menjadi automatik. Begitu juga dgn nilai2 kehidupan, anak dibesarkan dengan TV dan filem yg merupakan alat hypnosis terhebat. Minda anak yg masih kecil ini melihat dan menyimpan berjuta2 maklumat didlm minda separuh sedar mereka dan apabila dewasa, data ini akan keluar apabila dia membuat pilihan. Tutup aurat atau dedah? Jika Hanna Montana jadi idola atau kakak2 AF yg rata2 "amat sopan", maka itu yg menjadi ikutan apabila dewasa kelak.

Saya sedang mendalami ilmu hypnosis, membaca buku2 mengenainya dan juga menghadiri seminar hypnosis, apabila saya bandingkan dengan penggunaan TV, ia mempunyai banyak persamaan. Masyarakat akan mengikuti fesyen2 semasa dari TV kerana mereka dalam keadaan "trance" atau terpukau apabila duduk relaks dan khusyuk menonton. Apa yg dipersembahkan itu juga yg akan masuk keminda separuh sedar dan akan menjadi "pedoman" contohnya apabila wanita memilih pakaian.

"WE CANNOT SOLVE OUR PROBLEM WITH THE SAME THINKING WE USED WHEN WE CREATED THEM" ALBERT EINSTEIN

Masaalah masyarakat yg dialami sekarang ini tidak boleh diperbaiki dengan menggunakan cara pemikiran yg sama. Kita tidak boleh menganggap apa yg terjadi dipersekitaran dan masyarakat tiada kena mengena dengan diri kita. Kita semua berkait melalui suatu ruang tenaga yg tidak kelihatan (quantum entanglement), cara pemikiran kita mempengaruhi dunia. Masanya sudah tiba untuk kembali kepangkal jalan, buangkan keegoan diri baik dari segi pangkat, kuasa mahupun tahap pendidikan dan kembali kepada Al Quran dan hadis sebagai landasan.

Jika kita hidup bersendirian, kita bebas melakukan apa sahaja, nak berbogel pun tak mengapa, akan tetap apabila hidup bermasyarakat, ada batas2 yg perlu di jaga untuk kesejahteraan masyarakat itu sendiri. Siapa yg lebih mengetahui batas2an tersebut jika bukan Allah yg mencipta seluruh alam termasuklah manusia itu sendiri? Ini bukan sahaja dalam bab berpakaian, begitu juga dengan pergaulan bebas, zina, pengurusan harta, "RIBA" dan lain2 lagi.

Harap feminism2 yg masih cuba menegakkan benang yg basah agar bermuhasabah diri dan memikirkan sedalam2nya akan setiap perintah dan larangan Allah tersebut, kecualilah jika frontal lobe sudah terlalu lemah dan tidak mampu lagi berfikir dan mengaitkannya dengan kehidupan bermasyarakat, tidak mampu melihat kesan masa depan akibat tindakan sekarang. Lebih mementingkan diri sendiri dari kebajikan orang lain.

Akan tetapi adakah wanita sahaja yg patut dipersalahkan? Dalam hal ini pemimpin sebenarnya (kebanyakannya LELAKI) yg akan dipertanggungjawabkan oleh Allah nanti kerana membiarkan masyarakat rosak akibat tidak mengikut apa yg diperintahkan. Pemimpin sekarang majoritinya memimpin untuk wang, kuasa dan pangkat dan bukan kerana Allah.

Soalan seterusnya, siapa yg memilih mereka?

Rujukan:
1. Johan C. Karremans, Thijs Verwijmeren, Tila M. Pronk, and Meyke Reitsma. Interacting with women can impair men’s cognitive functioning. Journal of Experimental Social Psychology, 45(4):1041–1044, July 2009.

2. Margo Wilson, Martin Daly. Do pretty women inspire men to discount the future? The Royal Society Biology Letters. May 2004


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Isnin, 7 September 2009

Pecahbelah dan Tawan

Kita seringkali dikejutkan oleh berita2 mengenai pengeboman di Iraq yg mana seolah2 menunjukkan keganasan di Iraq adalah sesuatu yg tidak terkawal. Dari pengeboman masjid hinggalah ke tempat2 awam, agak2nya adakah benar ia di lakukan oleh orang2 Iraq sendiri? Adakah tergamak mereka berbunuhan sesama mereka?

Pada pendapat saya, tiada umat islam didunia ini yg sanggup meletupkan masjid sendiri, ianya hanya dilakukan oleh mereka yg bertopengkan syaitan dan mahu mengambil kesempatan memecah belahkan masyarakat setempat dan umat islam itu sendiri.

Ini adalah modus operandi musuh2 Islam, "devide & conquer", itulah slogan mereka, baik dari sejarah jatuhnya empayar islam terakhir iaitu Empayar Ottoman hinggalah kepada kekacauan di Iraq, semuanya itu dilakukan agar mereka boleh kekal berkuasa dan menguasai/menakluki/menjajah negara tersebut tanpa sedari oleh masyarakat itu sendiri. Penjajahan dahulu memerlukan usaha, tenaga dan wang yg banyak. Penjajahan bentuk baru iaitu penjajahan ekonomi dan minda amatlah mudah, lebih2 lagi dengan sikap umat islam akhir zaman yg cintakan dunia dan bencikan mati (akhirat), hanya yg melihat dengan mata keimanan sahaja boleh nampak akan pembohongan ini. Saksikan klip video ini agar anda lebih memahami apa yg cuba saya sampaikan.






Sebagaimana perang2 lain sebelum ini contohnya perang dunia dan vietnam, semuanya di"cipta" oleh manusia2 lahap yg mahu mengaut keuntungan dari industri pembuatan senjata. Lagi lama perang tersebut lagi banyak senjata yg harus dibekalkan, lagi besar keuntungan. Dalam kes Iraq, lagi banyak prasarana yg dimusnahkan, lagi banyak kontrak2 boleh diberi kepada syarikat2 kontraktor mereka sendiri seperti Haliburton. Rakyat Iraq selepas ini akan dibebankan dengan hutang dari agensi2 pinjaman asing dengan jumlah yg banyak yg mana hasil minyak merek nanti sebahagian besarnya adalah untuk membayar hutang2 tersbut. Hanya mereka yg berkuasa sahaja akan mendapat laba yg besar, rakyat kebanyakannnya akan sengsara.

Ambil contoh kes Ecuador, selepas mendapatkan pinjaman dari luar, bagi setiap usd100 minyak mentah dibawa keluar dari Ecuador, syarikat minyak luar akan dapat usd75, lebih kurang usd23 akan digunakan untuk membayar hutang dan hanya usd3 untuk kerajaan gunakan pembangunan negara termasuklah untuk kesihatan, pendidikan dan untuk menaik taraf hidup masyarakat setempat. Kes yg sama juga akan berlaku di Iraq yg mana rakyat Iraq akan menjadi mangsa. Saya sudah mengkaji hutang luar Malaysia, mungkin disebabkan oleh itulah rakyat dibebankan dengan cukai, disebabkan oleh projek2 pembangunan yg mana sebahagian besar keuntungan dikaut oleh individu2 tertentu dan kroni, rakyat hanya mendapat tempias dari perkerjaan yg diberikan. Siap projek, cukai dan tol menyusuli memerah sehabis2nya penat lelah dari rakyat kebanyakan.

Didalam buku karangan Sheikh Imran Hossein bertajuk "The Caliphate, The Hijaz and the Saudi Wahabi Nation State", beliau menerangkan dengan terperinci bagaimana Saudi Arabia diwujudkan oleh musuh Islam. Pemerintahan empayar Ottoman oleh khalifah yg menerajui seluruh empayar Islam ketika itu telah dipecah belahkan agar lebih mudah ditawan. Pemerintahan khalifah harus ditamatkan kerana mereka (musuh Islam) tahu bahawa umat Islam yg bersatu adalah umat islam yg amat kuat dan tidak mampu ditawan oleh mereka, dengan memecahbelahkan sesama umat Islam, lebih mudah mereka ditawan.

Apa yg menyedihkan, kuasa yg menjatuhkan empayar Ottoman, yg mencipta Arab Saudi dan juga membentuk negara Israel adalah kuasa yg sama iaitu British. Tidak hairanlah jika Sheikh Imran melabelkan Arab Saudi dan Israel sebagai adik beradik, tumbang Israel maka akan tumbanglah keluarga Saud sebagai pemerintah Arab Saudi, fakta ini juga dikemukakan oleh John Perkins didalam bukunya Confession of Economic Hitman.

Umat islam tidak mampu lagi belajar dari sejarah2 lepas, antaranya mungkin disebabkan oleh fakta2 yg dikemukakan tiada didalam buku2 sekolah/universiti, kisah2 sebegini tidak dimuatkan didalam TV atau suratkhabar, atau mungkin juga umat2 islam dizaman ini terlalu tenggelam dengan dunia materialistik, terlalu khusyuk memikirkan bagaimana untuk mengumpul dan mengaut wang dan harta dan banyak hingga tidak mampu lagi melihat umat islam yg makin lama makin tertindas.

Kita juga boleh melihat keadaan ini diMalaysia, bagaimana umat islam berpecah belah dan musuh2 islam dengan lahapnya meratah kekayaan negara tanpa disedari. Terimakasih kepada pemimpin2 negara yg terlena dengan pembangunan negara tanpa menghiraukan pembangunan rohani, hanya nampak duniawi hingga sanggup menepikan Al Quran sebagai panduan dengan alasan menjaga hati masyarakat agama lain, tetapi yg hairannya jika ada usul untuk menaikan nilai2 islam, yg tampil pertama sekali bukanlah yg bukan islam, pemimpin islam sendiri yg bingkas melatah dan mempertahankan apa yg dikatakan konon2nya masyarakat majmuk, sedangkan masyarakat serata dunia pernah hidup dengan harmoninya dibawah panji2 Islam dengan adil dan saksama dizaman kegemilangan khalifah2 Islam dahulu.

Masa sudah tiba untuk "sedar" dari tidur dan mimpi yg lena, mimpi bertatahkan materialistik dan bersulamkan kuasa, kepada Allah jualah kita akan kembali dan kekal, bukan didunia yg hanya sementara ini. Kecualilah jika "wahn" sudah wujud dihati seperti yg saya jelaskan didalam artikel sebelum ini. Nauzubillah.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Selasa, 1 September 2009

Antara Selsema Biasa, H1N1 Dan Emosi.

Banyak cerita mengenai H1N1 ini tak kira dalam perbualan harian hinggalah kealam cyber, dari doa berkonsepkan syiah hinggalah ke ubat merawat penyakit ini, semuanya menggambarkan ketakutan manusia terhadap penyakit tersebut. Apa yg menakutkan lagi dari sumber2 yg memberikan fakta2 logik dan munasabah, virus kejam ini adalah buatan manusia terkutuk, samada mahu mengawal populasi, mengawal ekonomi ataupun mahu mengaut keuntungan dari jualan vaksin yg berlipat kali ganda.

Saya selalu menekankan mengenai peranan kimia emosi (chemical of emotion/peptide) didalam penulisan saya, melalui kimia emosi inilah maklumat2 mengenai keadaan diri, emosi dan persekitaran disampaikan kepada sel2 didalam diri kita yg berjumlah lebih 53 trillion kesemuanya. Kesemua sel2 kita ini bergabung membentuk jasad manusia, jadi jasad manusia itu adalah komuniti sel2 dengan jaringan perhubungan yg kompleks sesama mereka baik dari sistem saraf mahupun endokrin (kimia emosi dan hormon).

Pada membrane sel2 badan kita terdapat mekanisme penerima (receptor) signal (ligand - peptide, horman dll). Walaupun membrane sel hanya 1/7000000 milimeter tebalnya, terdapat berpuluh2 ribu receptor yg sentiasa bersedia menerima maklumat untuk "memberitahu" sel2 tugas2 yg harus dilaksanakan. Sel2 tubuh badan yg membentuk organ dan juga anggota badan dan seterusnya membentuk manusia yg penuh sifat ini tidak tahu mengenai keadaan diluar badan iaitu persekitaran, semua maklumat datang dari otak, dari mata dan deria2 lain yg mentafsirkan keadaan persekitaran.

Apa yg menariknya mengenai receptor pada permukaan2 sel ini adalah, ia juga boleh menjadi penerima maklumat dari agen luar, sebagai contohnya bahan kimia dari ubat2an. Ubat tidak akan berkesan jika ianya tidak boleh melekat kepada receptor pada sel2. Umpama anak kunci dan lubang kunci, hanya anak kunci tertentu (signal) boleh memasuki dan membuka kunci2 tertentu (receptor). Lagi satu agen luaran adalah virus2. Jika diambil sampel darah manusia yg sihat, akan terdapat beribu2 virus didalamnya, apa yg dipanggil "opportunistic virus", senantiasa menunggu masa untuk mengambil peluang, akan tetapi disebabkan terdapat kimia2 semulajadi (peptide) didlm badan yg wujud ketika itu dan menutupi lubang2 receptor, virus tersebut tidak boleh memasuki sel2 badan manusia.

Didalam buku Molecules of Emotion oleh Dr Candace Pert, beliau menjelaskan keadaan emosi seseorang itu memberi kesan terhadap kekuatannya untuk mengelak daripada penyakit. Sebagai contohnya amat jarang manusia itu akan sakit jika melibatkan diri dalam aktiviti yg menggembirakan, akan tetapi jika didalam keadaan stress, penyakit mudah melanda. Apabila kurangnya peptide2 tertentu ini, lebih banyaklah receptor yg terdedah dan ini memberi peluang kepada virus "opportunistic" itu tadi untuk memasuki sel2 dan membuatkan seseorang itu sakit.

Dari hasil penyelidikan beliau mendapati, kuman Rheovirus yg menyebabkan penyakit selsema mempunyai rupabentuk kunci (signal) menyerupai kimia emosi Norepinephrine, kimia emosi yang berkaitan dengan emosi gembira. Ini menjelaskan mengapa apabila manusia itu didalam keadaan emosi yg negatif, kebarangkalian untuk mendapat selsema itu lebih tinggi. Jumlah Norepinephrine yg berkurangan membuatkan receptor2 pada permukaan sel2 terdedah dan memberi peluang virus2 untuk memasuki sel2 badan.

Dari kajian beliau mengenai penyakit HIV pula, beliau menjelaskan, virus HIV ini mempunyai rupabentuk signal yg sama dengan peptide Vasoactiveintestinal (VIP) yang mana melalui receptor VIP inilah virus HIV bersaing dan apabila jumlah peptide VIP berkurangan, receptor VIP pada permukaan sel akan terdedah, virus HIV akan berpeluang memasuki sel2 terutamanya sel2 imunisasi.

Walaupun tidak dapat dilabelkan dengan jelas jenis emosi apakah yg diwakili oleh VIP ini, beliau mendapati ramai pesakit HIV yg mempunyai semangat diri yg kuat (self esteem), serangan HIV keatas mereka ini berlaku dengan kadar perlahan. Ini membuatkan beliau membuat spekulasi bahawa VIP ini mempunyai kaitan dengan emosi menyayangi diri sendiri (self love).

Sejak kurun ke 18 lagi minda dan jasad sudah dipisahkan. Ahli falsafah Rene Descarte memperkenalkan "dualism" yg mana minda dan jasad adalah dua entiti yg berlainan dan tiada kena mengena. Di susuli pula oleh Newton yg mengambil konsep dunia mekanikal yg mana tubuh manusia seperti mesin yg mana jika ada yg rosak boleh diganti dengan ubat2an ataupun dibedah. Apatah lagi Darwin menerusi teori evolusinya menidaklah pula tuhan yg mencipta alam ini. Hampir kesemua manusia dididik dan minda diacu dengan konsep dari ketiga2 mereka ini, sebab itulah apabila kebanyakan cara melawan penyakit semuanya dari ubat2an, keadaan dan kekuatan minda amat janggal sekali untuk dikaitkan.

Saya terjumpa artikel dilaman web yg menjelaskan kemungkinan besar H1N1 ini adalah buatan manusia. Ini kerana hasil penyelidikan mendapati baka virus H1N1 ini mempunyai baka
- selsema manusia
- selsema burung dari Amerika Utara
- selsema babi eropah
- selsema babi asia
Kebarangkalian virus H1N1 ini untuk mutasi dari keadaan asal dan menggabungkan baka2 virus dari serata dunia ini amat tidak masuk akal, apatah lagi penyakit ini pula mula merebak di Mexico. Jadi jika benar penyebaran virus ini dilakukan dengan sengaja, maka kemungkinan
1. Ada kerajaan tertentu yg mahu mengawal populasi manusia.
2. Pengganas yg menggunakan senjata biologi untuk membunuh manusia.
3. Atau kedua2 mereka adalah golongan yg sama.
Melihat dari suasana dunia sekarang, dengan dunia yg dikawal dengan apa yg dipanggil "corpotocracy", golongan korporat sentiasa memikirkan cara membuat duit walaupun cara mereka itu membunuh sejumlah besar manusia, siapa yg akan mengaut keuntungan besar hasil jualan vaksin.

Pencegahan lebih elok dari mengubat, kita hanya merancang akan tetapi Allah jualah yg lebih mengetahui. Apa yg saya ingin kemukakan disini adalah, keadaan emosi kita juga amat penting dari segi mencegah diri dari diserang oleh gejala ini. Emosi yg positif akan membuatkan badan kita lebih kuat dari dijangkiti penyakit. Tiada yg Allah jadikan itu tiada kebaikannya, malah kejadian 9/11 yg mana jelas buatan kerajaan Amerika sendiri memberi kebaikan yg mana Islam sudah menjadi agama yg paling pesat berkembang disana. Apa sahaja musibah yg melanda ada hikmahnya yg tidak kita ketahui.

Bagi mereka yg ditimpa penyakit berjangkit dan dengan redhanya menerima takdir tersebut, ketahuilah bahawa mereka akan tergolong dalam golongan mereka yg mati shahid andaikata mereka meninggal dunia kerananya (Hadis No 680, Sahih Muslim). Jadi tiada sebab seorang muslim itu harus bermuram durja, takut dan risau akan serangan penyakit berjangkit seperti H1N1 ini. Kecualilah jika "wahn" wujud didalam hati insan tersebut seperti hadis riwayat Abu Dawud yg telah jelas dapat dilihat berlaku kepada kaum muslim diakhir zaman ini, baca dan fikirkanlah samada "wahn" ini sudah wujud didalam hati. Mungkin ada kimia emosi yg berkaitan dengan "wahn" ini menyebabkan manusia itu mendapat penyakit.

Thawban meriwayatkan, Nabi (SAW) bersabda: Orang-orang kafir akan memanggil satu sama lain untuk menyerang kamu sebagaimana orang yg makan menjemput orang lain untuk berkongsi hidangan. Seorang bertanya: Adakah itu kerana jumlah kami yang kecil? Baginda menjawab: Tidak, jumlah kamu banyak umpama sampah2 yg dihanyutkan oleh arus banjir, akan tetapi telah Allah hilangkan rasa takut dari dada orang kafir keatas kamu dan meletakkan "wahn" didada kamu. Seorang bertanya: Apakah itu "wahn". Baginda menjawab: Cintakan dunia dan takutkan mati. Hadis 4284


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share
"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas