Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Sabtu, 11 Disember 2010

Islamik Kah Perbankan Islamik?


Banyak maklumat baru yang saya perolehi dari seminar Riba' pada awal bulan lepas. Sebelum ini saya telah pun menulis artikel mengapa saya kata pinjaman perbankan Islam haram, dan dari komen-komen oleh pembaca, dapat di lihat pelbagai reaksi yang menyokong dan menentang. Apa yang membakar lagi semangat dan meneguhkan lagi pendirian saya ini (pembiayaan bank Islam haram) adalah apabila mendengar penceramah pertama dipersidangan tersebut Dr. Umar Vadillio dengan lantangnya menyatakan bahawa perbankan islamik itu "double" haram. Diikuti pula oleh Sheikh Imran Hosein yang bersependapat sedemikian. Pada hari kedua pula Dr. Aziuddin dari KUIS pula menyatakan perbankan islam "triple" haram. Disini saya ingin berkongsi maklumat dan mengajak rakan-rakan merenung kembali berfikir samada islamikkah perbankan islamik itu dengan amalan-amalan perniagaan yang mereka lakukan dan juga mengapa tokoh-tokoh dipersidangan riba' ini menyatakan sedemikian.

Perbankan Islam Menghalalkan Apa Yang Haram.

Didalam artikel saya sebelum ini, saya sudah pun memberikan sebab mengapa saya kata pinjaman perbankan islam itu haram, jika anda adalah pembaca baru dilaman blog ini, sila baca artikel tersebut beserta komen-komennya terlebih dahulu. Dr. Umar Vadillio dengan lantangnya menyatakan perbankan islam adalah dua kali (double) haram dan patut ditutup, kerana apa? kerana menurut beliau perbankan Islam telah menghalalkan apa yang haram iaitu mengenakan riba' dan mengaburinya dengan proses jual beli. Apa yang perbankan islam lakukan adalah menukarkan nama sahaja keatas urus niaga tetapi sebenarnya ianya adalah aktiviti yang sama iaitu riba' dan penindasan. 

Saya ingin menarik perhatian rakan-rakan sekalian kepada satu hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa diakhir zaman dimana pengaruh dajjal telah bermaharaja lela, apa yang kelihatan amat berbeza dari realiti sebenar, baginda mengumpamakannya dengan air sungai yang sejuk dan juga api, apa yang kelihatan sejuk seperti air sungai adalah api yang panas dan sebaliknya, jadi mungkin apa yang dilihat suatu yang positif dari perbankan islam ini adalah sebenarnya api yang sedang membakar umat Islam yang terpengaruh dengannya? Tidak cukup hanya dengan mata fizikal dan ilmu dunia sahaja untuk melihat realiti sebenar di akhir zaman ini, perlu ada usaha lain untuk melihatnya.


Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.       Surah Al Imran 3:92

Perbankan Islam Juga "Mencipta" Wang Tanpa Sandaran.

Sebelum ke persidangan riba' yang lepas saya menganggap bahawa hanya wang deposit penyimpan didalam perbankan islamik sahaja yang akan dipinjamkan kepada peminjam, contohnya jika jumlah keseluruhan deposit penyimpan adalah 1 juta ringgit, maka hanya sejumah itu sahaja yang akan digunakan untuk membiayai pembelian untuk peminjam, akan tetapi apabila mendengar penjelasan dari pembentangan kertas kerja oleh beberapa panel dipersidangan ini, maka tiadalah lagi keraguan akan ketidak islamiknya perbankan islam itu pada diri saya. Didalam buku terbaru Real Money karangan Prof Ahamed Kameel Mydin Meera dari UIA juga jelas membangkitkan perihal aktiviti perbankan islam ini yang mana jelas bersekongkol dengan perbankan konvensional merosakkan keseluruhan masyarakat, hanya sebahagian kecil sahaja yang mendapat manafaat darinya iaitu pekerja dan pemegang saham bank tersebut (dan juga kerajaan dari cukai yang diperolehi). Asas perbankan konvensional dan islamik adalah sama iaitu mencipta wang baru menerusi pinjaman melalui sistem pecahan simpanan (fractional reserve sistem), perbezaannya adalah perbankan Islam menggunakan wang yang baru dicipta itu tadi untuk tujuan yang kononnya berlandaskan "shariah", majoritinya adalah melalui konsep ijarah yang mana pinjaman diberikan menerusi proses membelikan sesuatu aset bagi pihak peminjam dan menjualkannya kembali dengan harga yang berlipat kali ganda.

Lihat contoh berikut, katakan terdapat 2 rumah yang sama harganya katakanlah RM300,000 dibiayai dengan pinjaman dan pembiayaan, iaitu satu secara konvensional dan satu lagi secara "islamik" untuk tempoh 20 tahun, katakanlah kadar faedah adalah 6% yang mana digunakan terus oleh bank konvensional tetapi bagi perbankan islamik ianya juga akan digunakan sebagai asas perkiraan harga rumah yang akan dijual semula kepada peminjam. Kedua-dua bank islamik dan konvensional akan "mencipta" wang sebanyak RM300,000 melalui kira-kira perakaunan menggunakan sistem pecahan simpanan (fractional reserve system) dan wang yang baru dicipta ini bukanlah deposit dari penyimpan. Bank konvensional akan meminjamkan wang tersebut manakala islamik bank pula akan membeli rumah dan menjualkannya semula kepada peminjam 

Bayaran bulanan bagi kedua-duanya adalah RM2,149.29 (untuk memudahkan perkiraan, selalunya bayaran bulanan perbankan islamik lebih mahal dari konvensional) untuk selama 20 tahun. Perbankan Islam akan meletakkan RM515,830.59 sebagai harga jualan rumah tersebut kepada peminjam. Perbezaan sebanyak RM215,830.59 dikira sebagai bunga bagi perbankan konvensional dan keuntungan bagi perbankan islamik. Kedua-dua bank mencipta RM300,000 dengan hanya kira-kira perakunan akan tetapi keuntungan bagi pihak perbankan islamik telah pun tersedia. Supaya anda lebih memahaminya lagi mari kita lihat baki pinjaman selepas 10 tahun. 

Menerusi perbankan konvensional baki selepas 10 tahun adalah sebanyak RM193,594.77 manakala bagi pembiayaan islamik pula adalah RM257,914.80. Disini dapat dilihat akan perbezaan baki yang mana bagi perbankan islamik lebih banyak dari perbankan konvensional sebanyak RM64,320.03. Dan jika peminjam mahu menjelaskan pembiayaan tersebut pada masa tersebut, peminjam perbankan terpaksa membayar harga yang lebih kecuali mendapat ihsan diskaun dari pihak bank. Mungkin sebab itu jugalah hampir kesemua perbankan konvensional berlumba-lumba membuka bahagian perbankan islamik kerana mereka tahu ianya lebih memberi dan menjamin keuntungan. Mungkin ada yang berkata sekurang-kurangnya jika BLR naik peminjam perbankan islamik akan terjamin, ini tidak seperti yang disangkakan sebenarnya kerana keuntungan perbankan islamik sudah pun terjamin jika kita lihat dari perkiraan diatas. Perbankan islamik sebenarnya lebih menjaga kebajikan mereka sendiri berbanding peminjam dan ini yang gagal dilihat oleh kebanyakan masyarakat.

Masaalah terbesar sekarang ini sebenarnya lebih terletak kepada bagaimana wang pembiayaan itu yang "dicipta" "out of thin air" iaitu atas angin dan tidak berdasarkan suatu yang punyai nilai, hanya bersandarkan kepada janji peminjam untuk membayar balik. Jika RM1000 dipinjamkan pada kadar 10% setahun, selepas setahun RM100 yang dikenakan dianggap riba', bagaimana pula dengan RM1000 yang dicipta tanpa bersandarkan suatu yang bernilai dan secara automatiknya memberikan kuasa membeli tanpa risiko 10 kali lebih banyak dari riba' itu sendiri, bukankah itu riba' yang lebih besar? Ini yang wajib difikirkan semula oleh seluruh masyarakat lebih-lebih lagi oleh cerdik pandai islam yang menyokong perbankan islamik itu sendiri.

Pada pendapat saya, syariahnya perbankan islam itu hanya dilihat dari sudut hubungan antara pelabur dan juga pihak bank sahaja, manakala kebajikan pihak peminjam mahupun masyarakat samada sedikit ataupun tidak langsung diambil kira. Tidak kiralah samada bank islam membeli rumah dan menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi kepada peminjam ataupun bank konvensional meletakkan pembayaran pinjaman beserta faedah, dalam kedua-dua kes jumlah wang yang terpaksa dipulangkan kembali kepada bank oleh peminjam akan senantiasa tidak mencukupi kerana ianya melebihi jumlah wang yang dikeluarkan pada asalnya. Akibat dari ini masyarakat terpaksa bersaing sesama sendiri untuk mengumpul sejumlah wang yang mungkin bagi membayar balik pinjaman, contohnya jika 100 ribu dipinjamkan dan 110 ribu terpaksa dipulangkan, dari mana datangnya 10 ribu itu tadi? Ianya tidak wujud kecuali lebih banyak lagi pinjaman diberikan yang mana melaluinya wang baru akan dicipta. Apa terjadi apabila masyarakat terpaksa bersaing untuk mengaut sebanyak mana wang yang mungkin untuk membayar balik hutang yang berganda banyaknya dari jumlah asal? Masyarakat akan menjadi lebih pentingkan diri sendiri, kedua ibu bapa terpaksa keluar bekerja, anak-anak semakin terabai dan pelbagai lagi masaalah sosial. Pastinya anda seorang yang buta matanya jika tidak nampak keadaan ini berlaku kepada masyarakat kita hari ini? Bandingkan kemajuan masyarakat islam Malaysia khasnya dan sedunia amnya selama berbelas tahun perbankan islamik ini bertapak, adakah masyarakat islam semakin maju? Ya semakin maju meninggalkan Islam dan bukan sebaliknya.

Bagaimana pula dengan inflasi yang mengurangkan kuasa membeli masyarakat dengan penciptaan wang tanpa sandaran yang dilakukan oleh perbankan islamik ini? Bukankah itu satu penganiayaan dan penindasan kepada semua golongan masyarakat baik Islam atau tidak dan golongan manakah yang paling teruk merasakan bahana inflasi itu? Tidak lain tidak bukan mereka yang kurang bernasib baik terutamanya golongan miskin. Bagi yang berjawatan, berpangkat, punyai kerja tetap dan naik gaji saban tahun, itu tidak jadi masaalah. Sebab itulah boleh saya katakan kebanyakan mereka yang beriya-iya menyokong perbankan islamik ini adalah muslim dari golongan sebegini. Mereka tidak dapat melihat kesan sebenar tindakan institusi perbankan baik islamik atau konvensional ini kepada keseluruhan masyarakat. Maaf saya katakan mereka ini seolah-olah sudah dibutakan oleh keselesaan mereka sendiri.

Perbankan Itu Bukanlah Satu Perniagaan

Jika kita lihat pada pandangan kebanyakan masyarakat moden hari ini, rata-rata menganggap sistem perbankan itu adalah satu perniagaan tetapi tidak pada pendapat saya, ini adalah kerana dari penjelasan diatas tadi secara jelas ianya adalah institusi riba' yang di"halal"kan, oleh siapa?, oleh pemerintah hasil dari benih yang disemai oleh penjajah British sebelum memberi kemerdekaan fizikal, walaupun penjajahan kolonial itu telah lama berlalu namun sebenarnya negara dan rakyat masih dijajah secara halus, baik dari segi ekonomi dan juga jajahan minda. Walaupun ada contoh yang menyatakan terdapat individu Islam yang bertindak sebagai bank pada awal zaman kebangkitan Islam, persoalan yang patut difikirkan adalah adakah ketika itu wang kertas yang digunakan, dan juga adakah penciptaan wang baru menerusi kira-kira perakaunan diamalkan? Sudah tentunya tidak, jadi tidak bolehlah contoh tersebut diberikan untuk asas melabelkan bank sebagai satu perniagaan.

Perniagaan melibatkan risiko antara semua pihak, ini amat penting kerana dari sudut Islam itu sendiri, apa jua tindak-tanduk kita didunia ini mestilah menjaga kepentingan semua umat manusia baik secara langsung atau tidak dan inilah asas kepada tujuan ibadah dan juga perundangan islam. Adakah wujud risiko didalam sistem perbankan? Apabila disebut risiko didalam perniagaan bank ini, selalunya dirujuk risiko antara pihak bank dan juga pihak pelabur, pihak pelabur menanggung risiko akan keupayaan bank untuk memastikan keuntungan dari pelaburan mereka, bagaimana pula dengan risiko kepada peminjam? Ambil contoh projek perumahan terbengkalai yang risikonya hanya ditanggung oleh peminjam. Walaupun pemaju gulung tikar, bank akan tetap cuba memaksa si peminjam agar melunaskan wang yang telah pihak bank keluarkan (walaupun ia tidak wujud secara nyata, hanya kira-kira akaun sahaja). Jadi nampaknya tiada risiko bagi pihak bank dalam hubungannya dengan peminjam. Maka apabila risiko hanya ditanggung oleh satu pihak, kekayaan hanya akan mengalir kesatu arah sahaja. Pihak bank akan semakin kaya dan peminjam akan semakin miskin dan ini bukanlah perniagaan, buktinya lihatlah betapa gahnya bangunan milik institusi perbankan pada hari ini.

Salah satu sifat riba' adalah terciptanya keupayaan membeli (purchasing power) atau nilai tanpa mengambil apa jua risiko, maka apabila bank mendapat keuntungan dengan peminjam membayar balik walaupun barang tidak sampai ke peminjam contohnya kes rumah terbengkalai, ternyatalah bank mendapat keupayaan membeli (keuntungan) atau nilai tanpa risiko, maka ianya adalah riba'. Jadi proses contohnya rumah dibelikan oleh bank islam dan dijual semula pada peminjam hanyalah helah semata-mata, tujuannya tetap sama dengan bank konvensional iaitu mendapatkan "purchasing power" atau nilai tanpa mempunyai risiko ataupun risikonya dikurangkan seminimum mungkin. Hanya Allah SW sahaja yang boleh mencipta sesuatu dari sesuatu yang tidak wujud (create something out of nothing), bank mencipta wang menerusi kira-kira perakaunan iaitu menerusi pinjaman, bank tanpa mereka sedari (atau mungkin sedar) juga telah bertindak sebagai tuhan.

Tanpa sedar kebanyakan manusia yang meminjam dibank baik konvensional atau islamik menjadi hamba kepada mereka, manusia sepatutnya menjadi hamba hanya kepada Allah SW. Sistem ekonomi ini adalah perhambaan baru yang tidak kelihatan dikalangan masyarakat, pertamanya kerana sejak dari awal lagi ianya dianggap suatu yang normal (norma kehidupan), kedua kerana melalui sistem ekonomi ini banyak kesenangan dan kemewahan (nikmat dunia) dapat dikecapi dengan cepat contohnya tanpa perlu menunggu lama mengumpul wang manusia boleh mendapatkan barangan diluar kemampuan tunai dan ketiganya kerana tiada atau kurang pendedahan maklumat mengenai sistem perbankan itu sendiri.

Manusia yang diperhambakan ini rata-rata terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mengeluarkan produk atau perkhidmatan, akan tetapi mereka yang bekerja keras itu tadi bukanlah sebenarnya penerima utama usaha mereka tadi tetapi sebaliknya pihak yang punyai keistimewaan memberikan pinjaman, pihak yang mencipta wang tanpa sandaran iaitu pihak bank. Amat malang sekali perkataan islamik pada bank tidak menggambarkan semangat islam sebenarnya berteraskan keadilan kepada semua umat manusia. Selama berbelas tahun perbankan Islam bertapak di negara kita adakah kualiti kehidupan masyarakat khasnya umat Islam semakin baik terutamanya iman? Kehidupan umat manusia akhir zaman hari ini kebanyakannya telah terjerumus kearah mengejar materialistik, ini jelas kelihatan dengan kecenderungan untuk mengejar wang dan harta, persaingan mendapatkan pekerjaan ataupun keuntungan dalam perniagaan, semua ini pula menjurus kepada masyarakat yang semakin tidak bermoral, semakin nipis iman, semakin kurang masa untuk keluarga, saudara-mara dan masyarakat yang mana ini pula menghasilkan generasi baru yang semakin hilang nilai moral, lebih terpengaruh dengan gejala luar dan sebagainya.

Ramai yang memberi alasan bagaimana bank boleh berfungsi jika mereka tidak mengambil keuntungan dari usaha mereka? Bagaimana hendak membayar gaji pekerja dan juga memberi pulangan kepada penyimpan? Untuk menjawabnya saya ajukan soalan, adakah bayaran yang dikenakan oleh bank setampil dengan usaha yang mereka lakukan? Adakah dengan hanya mencipta wang menerusi kira-kira akaun mereka berhak mengenakan bayaran berganda dari pinjaman yang diberikan? Pada pendapat saya perkhidmatan kesihatan yang sepatutnya diswastakan sepenuhnya dan khidmat bank dikendalikan oleh kerajaan dengan mengenakan bayaran perkhidmatan yang paling minimum. Hampir kesemua penyakit masyarakat moden hari ini datangnya dari stress, dan boleh dikatakan hampir kesemua stress ini datangnya dari hal berkenaan dengan wang baik secara langsung atau tidak, jadi sekiranya punca stress ini diminimakan bukankah punca penyakit dapat dikurangkan? Ini menghasilkan masyarakat yang lebih sihat. Apabila manusia bebas dan tidak diperhambakan maka akan lahirlah generasi yang lebih cemerlang. Kebebasan adalah asas kepada kreativiti dan kreativiti pula asas kepada penghasilan idea dan produk baru yang mana akan kembali semula memberi manafaat kepada manusia itu sendiri.

Melalui sistem perbankan ini juga kekayaan dengan mudahnya berpindah dari pihak yang mempunyai keistimewaan atau kuasa untuk mencipta wang tanpa perlu membanting tulang. Lihat senario ini, apabila peminjam tidak mampu membayar balik pinjaman contohnya pinjaman rumah, apa tindakan yang akan pihak bank lakukan? Mereka akan mendapatkan perintah mahkamah untuk merampas rumah tersebut. Bank yang pada asalnya mencipta wang hanya melalui kira-kira akaun akhirnya menjadi pemilik harta yang sebenar, bukan lagi wang yang bersandarkan hutang. Apabila rumah itu dilelong, bank kemudiannya akan punyai wang nyata iaitu tidak dicipta melalui hutang. Amat malang lagi jika rumah yang dilelong tidak cukup membiayai baki hutang, jika peminjam punyai tanah, tanah itu juga akan berpindah milik kepada bank akhirnya. Ini bermakna bank dengan hanya menaip data kira-kira didalam sistem akaun bank lama kelamaan akan menjadi "raja" yang berkuasa. Menerusi mekanisma perbankan inilah kekayaan berpindah secara bathil, penipuan menerusi muslihat yang tidak kelihatan oleh pemikiran yang tenggelam dengan hiburan muzik, filem, permainan video, facebook dan sebagainya.

Kesan buruk sistem perbankan moden hari ini tidak dapat dilihat hanya dari sudut yang sempit, hanya kerana memiliki pekerjaan yang tetap, gaji yang melayakkan untuk mendapat pinjaman, manusia merasakan tiada salahnya membayar sejumlah wang setiap bulan sebagai balasan kepada perbankan Islam yang telah membelikan rumah atau kereta bagi pihak mereka dan menjualkannya semula dengan harga yang lebih tinggi. Kesan buruknya harus dilihat dari sudut keseluruhan masyarakat. Pertamanya apabila kita meminjam dari bank, nilai wang akan semakin cair, dan ini yang dinamakan inflasi, keduanya jumlah wang yang terpaksa dipulangkan kembali kepada bank sentiasa melebihi jumlah wang yang telah dikeluarkan maka wujudlah persaingan, didalam sistem kewangan sekarang ini hidup manusia ibarat permainan kerusi musik, apabila musik berhenti (ekonomi jatuh) pasti akan ada yang kecundang (bankrap). Sebab itulah Allah sw mengishtiharkan perang terhadap riba' kerana kesannya adalah kepada keseluruham masyarakat dan bukan kepada satu individu sehaja.
Kemiskinan, segalanya berkemungkinan membawa kepada kekufuran.                         (Baihaqi dan Tabarani)
Lihatlah kesan buruk yang diberikan oleh inflasi, jika beberapa tahun dahulu simiskin boleh membeli sebungkus nasi lemak dengan 50 sen, sekarang terpaksa membayarnya dengan seringgit, bukankah ini satu penindasan, dan rata-rata simiskin adalah mereka yang paling teraniaya didalam sistem ekonomi moden ini kerana kurangnya upaya mereka untuk meminta gaji yang lebih tinggi (tiada kelayakan sijil, ijazah dll.) apatah lagi mendapatkan pinjaman dari bank (contohnya tiada slip gaji atau penyata bank). Simiskin ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah sedikit wang yang ada pada mereka nilainya semakin menurun, mereka juga tersepit antara persaingan pelanggan-pelanggan bank yang bersaing untuk mengaut wang sebanyak mungkin untuk membayar balik pinjaman kerana jumlah wang yang ada dalam kitaran sentiasa kurang dari wang yang terpaksa dibayar balik kepada bank. Apabila mereka sedar mereka semakin kalah dan semakin miskin, maka jalan akhirnya adalah mendapatkan wang tersebut secara paksa iaitu mencuri. Secara tidak langsung masyarakat sendiri yang mencipta pencuri, lihatlah kebanyakan kawasan perumahan sekarang ini terpaksa dikawal, siapa yang harus disalahkan jika bukan diri sendiri? Fikir-fikirkanlah pula rumah yang terpaksa dikawal itu adakah rumah yang dibeli secara tunai atau secara pinjaman? Tiada bezanya dengan penjara, cuba anda fikir-fikirkan, penjara dihuni oleh pencuri dan diluar penjara adalah orang yang dicuri atau teraniaya, didalam kawasan perumahan berpagar dan dikawal, didalamnya juga adalah "pencuri" dan diluar pula adalah golongan yang teraniaya. "Pencuri" yang saya maksudkan adalah mereka yang bersubahat bersama-sama dengan pihak bank menurunkan nilai wang kepada seluruh masyarakat dan yang paling menerima kesannya adalah simiskin menerusi penciptaan wang melalui pinjaman (fractional reserve system) dan juga menyebabkan persaingan didalam masyarakat berlumba merebut wang yang tidak pernah cukup dalam masyarakat,jadi siapa pencuri yang lebih besar sebenarnya?

Hanya riba' sahaja dosa yang Allah SW mengishtiharkan perang terhadapnya dan perumpamaan besarnya dosa riba' walaupun yang paling kecil adalah umpama berzina dengan ibu sendiri, kerana apa? Kerana ianya melibatkan seluruh masyarakat dan bukan hanya bank dan peminjam sahaja. Jadi melihat kepada kesan buruk secara halus kepada masyarakat yang dilakukan oleh perbankan Islam ini maka tiada bezanya dengan perbankan konvensional yang mengamalkan riba' secara terbuka.

Tiada yang percuma didunia ini, setiap nikmat yang dinikmati ada harga yang terpaksa dibayar, salah satu falsafah fizik kuantum adalah manusia itu sendiri mencipta realiti kehidupannya, malangnya rata-rata umat manusia tanpa sedar mencipta realiti kehidupan mereka itu dan menyalahkan insan lain apabila musibah berlaku kepada mereka, contohnya pencuri yang jelas kelihatan sedangkan mereka tanpa sedar dan secara halus mencuri nilai dari manusia lain dengan membantu menambahkan inflasi dan juga persaingan. Etika sebenar ekonomi Islam adalah kekayaan beralih dari golongan kaya kepada golongan miskin melalui zakat dan sedekah akan tetapi menerusi sistem ekonomi moden yang berasaskan riba ini jelas menyebabkan keadaan sebaliknya, dan ini jelas juga berlaku dalam perbankan islamik. 

Tidak guna mengemukakan masaalah tanpa cuba memberikan jalan penyelesaiannya, didalam dunia moden yang telah diselimuti oleh riba' ini teramat sukar untuk kita semua lari darinya, inilah yang digambarkan oleh hadis Nabi SAW akan debu atau wap riba' yang akan menimpa seluruh umat manusia. Pada pendapat saya langkah pertamanya adalah seluruh umat Islam wajib berusaha untuk kembali kepada penggunaan wang sunnah, iaitu wang yang punyai nilai sebenar (intrinsic value) seperti logam bernilai atau komoditi atau paling tidak pun wang kertas itu sendiri disandarkan dengan suatu yang bernilai. Penggunaan wang contohnya emas ini adalah untuk urusan harian dan bukan untuk simpanan semata-mata seperti yang dilakukan oleh masyarakat hari hari ini yang mana tentulah mereka yang bernasib baik dan mempunyai wang sahaja yang mampu membelinya. Apa guna menyimpan emas jika tiap ketika kita takut akan kehilangannya, bukankah berusaha mencapai keadilan ekonomi kepada seluruh masyarakat itu lebih patut diutamakan, barulah tidur malam lebih lena walaupun tingkap terbuka luas. Keduanya pula adalah mengembalikan kuasa mencipta wang kepada masyarakat dan bukan kepada sesetengah pihak sahaja iaitu bank, contohnya jika petani menanam padi, beras yang dihasilkan boleh menjadi wang baru samaada ianya ditukarkan dengan emas atau wang yang disandarkan dengan emas keluaran bank yang dikendalikan oleh kerajaan atau sebagai kemasukan debit didalam akaun kewangannya yang mana ianya akan digunakan oleh petani itu tadi untuk membeli barangan lain contohnya ayam dari penternak pula.

Persoalan seterusnya adalah adakah kerajaan yang memimpin kita pada hari ini berminat untuk melakukan perubahan kearah keadilan sosial ini? Pada pendapat saya mereka tidak berminat untuk melakukannya, kerana apa? Kerana saya tidak nampak pemimpin yang ada sekarang ini "nawaitu" adalah lillahita'ala. Rata-rata insan yang saya jumpa dan beriya-iya menyokong kepimpinan sekarang ini juga adalah mereka yang mendapat kesenangan dunia dengan sokongan mereka terhadap pemimpin mereka. Hanya pemimpin yang takutkan Allah SW sahaja yang mampu melakukannya dan bukan pemimpin yang takutkan isteri. Jika untuk memimpin isteri menjadi lebih soleh contohnya dengan bertudung pun tidak mampu, janganlah pula kita nak harapkan pemimpin sebegini untuk melakukan suatu yang lebih besar lagi kearah menyelamatkan ummah. Hanya sistem khilafah sahaja jalan penyelesaiannya. Demokrasi? Samalah juga dengan sistem perbankan ciptaan barat yang penuh penipuan, tiada demokrasi dizaman moden ini sebenarnya, yang ada hanyalah manipulasi menerusi kawalan minda dengan pengawalan media, pendidikan dan sebagainya.

Adakah Perubahan Boleh Dijalankan Dengan Mendadak?

Tiada tamadun yang terbina dalam masa setahun dua akan tetapi yang pasti semuanya bermula dari minda, dari kesedaran akan kebathilan dan juga keinginan yang kuat untuk berubah, moga insyaallah adalah hendaknya generasi baru yang akan sedar dan mampu melihat dengan mata keimanan dan apabila mereka ini bangkit menjadi pemimpin satu hari nanti insyaallah akan mampu mengubah dengan tangannya. Jadi buat masa ini apa yang boleh dilakukan? Tidak mampu dengan tangan maka dengan bersuara dan menyatakan ketidak setujuan dengannya, dan inilah yang cuba saya lakukan dengan artikel saya ini disamping berusaha untuk memberi kesedaran. Harap rakan-rakan juga berusaha bersama menjadi agen perubahan dengan menjadi penyebar ilmu, paling tidak pun ungkitkan perbincangan mengenai perkara ini kepada rakan-rakan yang lain bila ada kelapangan untuk berbual, bukankah tindakan anda itu ibarat menanam saham akhirat berbanding dengan borak kosong.

Saya juga telah pun bertaubat tidak akan lagi meminjam dari bank dan meminimakan sebanyak mungkin wang yang disimpan didalam bank kerana wang yang disimpan itu juga akan digunakan oleh pihak bank sebagai syarat simpanan (reserve requirement) untuk memberi pinjaman baru, ini secara tidak langsung bersubahat dengan pihak bank mencipta wang baru dan menambahkan lagi inflasi, beban yang kembali kepada diri saya sendiri dan juga kepada seluruh masyarakat. Mungkin akan ada yang merungut bagaimana nak hidup dizaman moden ini jika tidak meminjam? Saya sudahpun memberi contoh menyewa dan kemudiannya membeli secara tunai rumah dalam artikel saya yang lepas. Bagaimana dengan kenderaan? Nampaknya terpaksalah bersusah-susah dahulu dengan pengangkutan awam sebelum bersenang-senang kemudian akan tetapi dengan cara generasi baru yang rata-rata dibesarkan dengan kesenangan mudah (contohnya mainan semuanya tersedia dialam kotak dan tidak seperti generasi dahulu yang membuat mainan sendiri) dan kehidupan yang diselimuti kemewahan, maka tepuk dada, guna frontal lobe dan tanyalah iman.

Hidup didunia ini ibarat kita berjalan kaki pulang kerumah, perjalanan yang jauh dan sukar dengan panas terik dan hujan lebat. Sedang kita berjalan itu ada insan yang mahu memberi kemudahan menumpangkan kita dengan kenderaannya akan tetapi dengan syarat iaitu sebahagian dari kawasan rumah kita mesti diserahkan kepadanya. Kerana tidak sanggup bersusah payah maka kita pun bersetuju, lepas beberapa ketika tuan punya kenderaan sampai ke destinasi akan tetapi kita masih belum sampai dan kembali semula berjalan, keadaan yang sama berulang kembali dengan ada insan lain yang mahu menumpangkan. Lama kelamaan kerana kita mahukan kesenangan dan tidak mahu bersusah-payah, akhirnya rumah kita akan tergadai. Perbuatan berjalan kaki itu adalah kehidupan kita didunia ini, rumah yang dimaksudkan itu adalah syurga yang telah dijanjikan oleh Allah SW bagi mereka yang kekal mengikut perintahNya dan insan yang memberi tumpang itu adalah syaitan yang memperdayakan manusia.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah Akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. Surah Al Imran 3:185.
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
 Telah pun saya jelaskan sebaik mungkin dan terpulanglah kepada rakan-rakan sekalian untuk menilai, nilaikanlah ianya ikut akal dan bukan ikut rasa. Saya hanyalah penyampai yang mencuba sebaik-baiknya untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran, apa yang saya harapkan adalah agar rakan-rakan dapat melihat perkara ini dari sudut keseluruhan kesan kepada masyarakat dan tidak hanya faedah kesenangan dunia kepada diri sendiri sahaja. Apabila saya melihat masyarakat kita semakin hari semakin rosak akhlaknya dan semakin nipis imannya, saya banyak berfikir mengapa dan hasil kajian dan penelitian, sistem kewangan dan perbankan baik islamik atau tidak inilah salah satu punca utamanya dan saya tidak mampu menahan diri dari lantang bersuara. Ribuan ampun dan maaf jika artikel saya ini mengguris hati sesetengah pihak, lumrah ubat itu pahit dan manis itu racun maka fikirkanlah. Moga kesedaran akan sampai jua akhirnya, insyaallah. Jadi Islamikkah perbankan islamik? Terpulanglah pada anda kembali untuk menentukannya.

37 Komen:

Tanpa Nama berkata...

amat bernas..

suhaizat berkata...

Perkongsian yang amat berguna sekali untuk renungan dan tindakan yg sepatutnya diambil utk mendapat keredhaan dan keberkatan hidup didunia dan diakhirat kelak.Islam bukanlah semudah utk dikatakan kecuali mereka yg benar2 bertuhankan ALLAH dan hanya takwa (takut kepada ALLAH)yg sebenar2nya utk menunaikan segala amanah dan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH .

Dunia ini adalah tempat utk menguji sejauh mana takwa hamba2 ALLAH utk menegakkan agama yang suci dan benar.Walau pun dunia semakin moden,kita jangan lupa bahawa sebenar2 tempat dan yg selama utk didiami adalah diakhirat kelak (samada dineraka atau syurga ALLAH).

marilah kita sama2 berdoa kepada ALLAH agar diberikan kekuatan utk menegakkan hukum ALLAH dan jangan takut kepada yg lain selain ALLAH shj.

sama2lah kita berusaha dan bersama2 menjaga agama ISLAM agar tidak dipermainkan oleh org yang menyekutukan allah secara sembunyi.

**izinkan saya copy paste artikel ini utk diletakkan dlm blog saya,agar diberi manafaat kepada pembaca lain**

Tanpa Nama berkata...

Saya hargai usaha anda untuk cuba menghuraikan isu berkaitan perbankan.

Saya setuju dengan maksud intipati anda.

Namun saya juga berpendapat ketepatan dalam huraian anda bermasalah iaitulah

1. Fractional reserve system adalah riba. Ekonomi bersandar kepada hutang bukan riba. Kerana ad-duyun atau hutang itu masih juga dalam keadaannya ada keharusan walaupun asalnya adalah makruh. Pemiutang adalah dari asnaf zakat ingat tu.Purchasing power bukannya riba. Sebaliknya PENAMBAHAN terhasil dari transaksi yang merupakan UNEARNED INCOME itulah riba. Iaitu PEROLEHAN PENDAPATAN yang tidak BERHAK atasnya.

2. Sumber kewangan pembiyaan oleh bank tertakluk kepada Bank Negara. Dan soal berapa banyak fraction pembiyaan bank -dimana disandarkan kepada deposit mereka salur kepada BNM, adalah soal seliaan yang dikawal penuh oleh BNM melalui polisinya. Dalam sinario kini, bukan soal sumber pembiayaan oleh 'Bank Islam' tapi kecacatan bentuk KONTRAKnya = iaitu produknya yang berbentuk SUBSTANCE OVER FORM iaitu UNSUR(sifat) SAMA (RIBAWI)DALAM BENTUK LAIN. DAlam kes pembiayaan rumah misalnya terdapat 2 bentuk kecacatan fatal iaitu 1. Dasar sandaran margin yang meyamai/ setanding dengan mereka yang mengikuti asas time value of money. Dan 2. "Double charging" murabahah yang diclaim at cost sebenarnya at market price. Bank sepatutnya mampu berunding membeli rumah pada harga yang lebih murah. Kalau harga PRE launch pun pemaju dah ada keuntungan, cash deal oleh bank sepatutnya menjadi kuasa rundingan harga. 'Launched price' adalah harga pasaran, iaitu sudah terdapat profit margin menasabah. Margin Bank adalah UNEARNED apa jua alasan adalah MENGHALALKAN RIBA< MENYAMAKAN DENGAN JUALBELI.

[ a D D y ] berkata...

Assalamualaikum Bro,

Wa kurang faham sikitlah bagaimana perkhidmatan kesihatan perlu diswastakan..

Pendapat wa, even perkhidmatan kesihatan juga merupakan perkhidmatan yang perlu disediakan oleh kerajaan secara percuma seperti perkhidmatan pendidikan yang mana wajib diberikan secara percuma kepada semua yang ingin menuntut ilmu.

cerita yang lain memang terbaek..
wa pun sering kali menjadikan persoalan ni sebagai topik perbualan..

p/s tanpa nama ni masih kurang faham kot

Safa Soib berkata...

info yg berguna

terima kasih

Helmis berkata...

Waalaikumsalam Addy, sudah tentulah sepatutnya segala perkhidmatan kearah kebajikan rakyat sepatutnya diberikan percuma oleh kerajaan akan tetapi bukankah tiada yang percuma didunia ini, semuanya ada harga yang mesti dibayar. Kesannya nanti akan berbalik semua kepada rakyat yang perlu membayar cukai lebih (dan tentulah ini boleh dikurangkan dengan kerajaan yang tidak korup dan memaksimakan sumber semula jadi untuk kepentingan semua rakyat dan bukan poket sendiri dan kroni, contohnya beli pen seringgit, klaim 10 ringgit)

Allah SW menghalalkan perniagaan dan mengharamkan riba' jadi jika hospital dan klinik nak mengenakan harga 10 kali ganda pun tak mengapa tetapi doktor pun kena ingat jika dia nak beli sayur pun nanti kena bayar 10 kali ganda, manusia kena ingat kita semua berkait (entanglement sebagai satu prinsip fizik kuantum) dan apa yang kita lakukan akan kembali pada diri sendiri. Perubatan yang terpaksa dibayar penuh akan membuat manusia lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, jadi sebelum nak order bigmac dengan fries dan coke saiz besar atau nak belajar merokok, manusia akan lebih memikirkan akibat yang terpaksa dibayar kemudian nanti (terpaksa membayar 10 kali ganda kepada doktor)

Pendidikan wajib diberikan secara percuma walau apapun harga yang terpaksa dibayar oleh kerajaan dan sudah tentulah kembali rakyat semula dalam bentuk cukai, akan tetapi ianya akan kembali kepada masyarakat itu sendiri dalam bentuk generasi yang lebih cemerlang, generasi yang hidupnya tidak terpaksa membayar kembali hutang (lebih teruk lagi dengan riba'). Masaalahnya adalah sikap ke"aku"an yang telah menyelinap disegenap niali sudut kehidupan manusia, yang paling sedih sekali adalah solat jemaah yang mana itulah satu cara menyemai semangat ke"kita"an yang semakin kurang, dahlah jemaah kurang, bila berdiri dalam saf pulak kambing pun boleh mencelah antara jemaah, maka tiadalah lagi "kita" dan yang tinggal hanyalah "aku" sahaja, jadi asalkan anak aku masuk "U", anak orang peduli apa.

Setiap perjalanan bermula dengan langkah yang pertama, jika semua golongan masyarakat mahu melangkah, insyaallah kita semua akan sampai kekehidupan tanpa riba' dan tidak lagi diperangi oleh Allah SW dan rasul, dan tentulah ianya akan kembali semula kepada kita sendiri dalam bentuk masyarakat disekeliling yang lebih sihat dan semerlang, insyaallah

Tanpa Nama berkata...

terbuka minda seketika...:)

kypz...

Tanpa Nama berkata...

As’kum.
Saya ini sebenarnya jarang sangat masuk, komen mana-mana artikel dari blog. Jadi minta maaf jika presentation dan point sy ini janggal atu tersilap. Entah cam ne sy ni boleh terserempak dgn article Riba dari Helmis ini? mungkin link punya link punya link. Nak taip pun satu cite ni.
Sy ingin menulis kerana terpanggil hal isu riba ni kerana sy memang ‘anti-riba’ semenjak sy mula ‘faham’ dan takut pasal riba semenjak kira 30thn lalu. Kerana takut meminjam (islam tidak menggalakkan meminjam), takut riba (Firman Allah atau Hadith, sy lupa; yg menyatakan bahawa satu masa nanti manusia yg tak mahu riba pun akan kena habuknya; riba adalah seperti berzina dgn ibu sendiri sebanyak 32kali), kerana tak selari pemikiran pinjaman ‘perbankan islam’ (pinjam 100ribu bayar 200 ribu) dan tak pandai pula berniaga (berniaga di Msia dalam bidang sy banyak rasuah, manipulasi, kena bodek, kena entertain yang seronok2) dan ‘content’ (bersyukur dgn apa yg ada), maka setelah berumur melebihi setengah abad, yg dah di kira dah dekat nak dipanggil Allah ni, sy, walaupun seorang professional tidak punyai ‘harta’ yg org biasa amassed ;( sy kenali seorang kerani bawahan sy berani pinjam cara apa pun dan kini miliki sekurangnya empat buah rumah,beberapa buah kereta) sy tiada miliki sebuah rumah pun (menyewa sepanjangan dua puluh enam tahun semenjak berkahwin hinggalah sekarang), tidak punya seinci tanah pun, tidak punya sesen saham pun seperti manusia lain yg biasanya sangat bangga dgn harta masing2. Tak kurang juga hampir semua sahabat2 seperjuangan yg tinggi ilmu agamanya pun begitu. Semasa belum ada bank islam d Msia seorang ustaz beritahu, tak pe beli harta walaupun pinjaman riba, kalu tak nanti org kafir je miliki harta diMsia ni. Seorang ustaz lagi kata masa tu kata rumah pertama tak pe pinjam bank riba. Tapi argument sy masa tu adalah pinjaman tu bukan untuk rumah basic, biasanya rumah yg mewah lagi pada yang individu tu mampu, ia itu bersenang2 dgn riba, demi menjaga status pangkat. Harta sy hanya lah wang disimpan dalam bank islam,( sy dah argue dari dulu lagi bahawa bank islam belum islamik sepenuhnya, tapi apa pilihan kita selain bank conventional? Bank yg ngaku islamiklah), sebuah kereta berusia 12 tahun dan cahaya mata seramai enam org. (anak adalah juga harta mengikut Islam).
Bank yang mengamalkan islamik banking dimsia tidak islamik kata artikel sdr. Dari dulu lagi jika kita sebut ini org akan tuduh kita extreme, unrealistic, tiada tolenransi. Tapi convention Riba d Langkawi baru ni yg di highlight menenangkan hati sy, kerana akhirnya ada org berani menidakkan bank islam di msia tidak islamik (sepenuhnya). Yes time to transform the system.
Bila ada bank islam tahun 1984 dulu sy sangat suka tapi sekadar menyimpan saja. Awalnya teringin juga nak pinjam untuk beli rumah, tapi masa tu, sy sudah argue dan merasa bank islam mungkin lepas dari lafaz, tapi unsur ‘menhalalkan cara’ dan menindas ada juga. Jadi tak pinjam juga. Kempen bank islam masa tu adalah macam makan ayam sembelihan, mahal sedikit tapi ikut syariat, maka halal lah. Ada panel penasihat pakar banking islam lagi. Sy yg tak mengaji islam ni nampak bank islam macam ‘menipu’ bila rate bank riba dijadikan panduan bila mengira ‘kos pinjaman’, yg dikatakan kos pengurusan, maka halal, untuk dapatkan kiraan nilai jumlah bayaran pinjamam. Dahlah ‘rate’ yg diambil bank islam lebih tinggi dari bank riba. Alasan ayam halal di kaitkan jika ada argument. Masa tu sy sudah bertanya kenapa rujuk rate bank riba, misalnya 8%, kenapa bank islam rujuk pada around that figure juga malah lebih.
Kenapa tidak 2% seperti charges komisyen yg biasa diamal bagi services orientated business. Baru lah nampak islamik – ada kebajikan dan tak menindas. PAGE 1/3

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi kempen yg buat bank islam uwarkan dari dulu hingga sekarang adalah. Pinjaman adalah islamik kerana charges adalah fixed rate. Jika rate pasaran naik, maka peminjam bayar rate itu juga. ‘Untung’ lah peminjam, kata mereka. Masa tu sy dah argue, yg sebut naik je tapi tak sebut bila rate pasaran turun, bank islam untung berlipat lagi. Apa lah ruginya bank islam bila rate naik yg dia tanggung, untungnya dari keseluruhan peminjam sudah berlipat dan nilai yg di absorb adalah ciputje. Tak rasa apa2, tapi diuwar-uwarkan peminjam untung. Rate bank tak melonjak berkali ganda, bbrapa percent je setiap kali. Seperti artkel sdr sebut, bank dah untung atas angina dari awal lagi. Tapi yg tak disebut dan ditimbang bank islam adalah bila rate turun eg pada tahun1998-99-2000.., bank meraih lagi banyak untung. Kesimpulanya, jika rate naik, yg di absorb bank adalah ciput dan jika rate turun peminjam rugi kerana nilai wang tersebut amat bernilai pada individu. Dari segi adil lebih baik charges pengurusan, keuntungan, kerugian di tanggong/nikmati bersama. Kalau naik tanggung bersama dan jika turun kan elok jika peminjam yang nikmati sama. Pengelaman ini berlaku kepada sy kerana kena ambil juga loan ‘islamik’ ini untuk membeli kenderaan baru kerana kenderaan sy masa tu dah 10 thn dan banyak kerenah. Sy alami rate pinjaman tinggi tahun itu dan yg jauh lebih tinggi berbeza dgn bank riba, alami juga bila rate pasaan turun mendadak, dan sy kena bayar semua selama lima tahun tu sepenuhnya. Lebih sedih lagi bila pengurusan pinjaman bank masa tu sungguih tak professional dalam sistemnya, tiada resit dikeluarkan bagi bayaran pos. Akibatnya bank islam makan duit sy ratusan ringgit. Aduan dibuat dgn bukti cek clearances tapi tak kemana, nak jumpa org atasan pun tak dilayan. Who are u? no commercial value lah.(sy membuka akaun sy, isteri, anak2, syarikat, persatuan dgn bank islam semenjak bank islam dibuka 25 tahun dulu). Nama je islamik tapi tak juga Profesional, tak juga Mesra , tak juga Progessive. Akhirnya sy nak tuntut kat ahkhiratnya lah.
Selama 25thn sy ada akaun (banyak) di bank islam tak pernah cek tendang. Tapi baru ni di atas kesilapan teknikal salah satu akaun sy, maka wang tidak cukup lebih sedikit RM100 dari ribuan pada cek dikeluarkan. Terus di reject, dan dikenakan charge. Mana kemesraan, mana keislaman bank islam, mana nak jaga nama pelanggan, tak boleh ke diatas track rekod baik pemunya akaun telefon je dan minta ditop up segera. Kan sy boleh dipindahkan dari akuan lain, susah sangat ke? Sebenarnya bank dan staf nya tidak berfikiran islamik lagi, mungkin kerana dasarnya sudah tidak islamik lagi, dan mungkin tiada keberkatan ‘islamik’ yg dikatakan halal seperti disebut artikel. Untung, untung, untung. Lebih sedih lagi bila kebetiulan selang berapa minggu, sy yg juga ada terlibat dgn persatuan kebajikan islam yg ada akaun di bank islam lain dimaklumkan oleh pentadbir ada berlaku wang tak cukup bila cek yg dikeluakan pentadbir kpd penerima direject. Also first time, tapi bank islam baru tu boleh pun telefon pentadbir dan beri masa utk top up duit segera. Jadi mana keislaman bank islam dalam satu lagi dari aspek ‘kebajikan’ pemilik akaun. PAGE 2/3

Tanpa Nama berkata...

Berkaitan dengan islamik banking ni ada satu perkara yg org islam terlibat secara relaks, tak takut, tak kisah adalah penggunaan kredit kad. Dulu lagi sy guna American Express kerana ia adalah charge kad dan tiada kredit kat islamik lagi. Sy guna untuk convenience- tak payah bawa cash banyak utk bayaran pembelian, hotel, tiket kapal terbang,kereta sewa, dll. terutama semasa bermusafir. Pakai kad dan bayar sepenuhnya bulan berikutnya, dan begitu juga konsep charge kad. Bila diperkenal kad kredit islamik beberapa tahun lalu, maka sy pun suka dan segera join. Walaupun ia adalah kad kredit dan bukan kad charge sy bayar habis juga bila bil sampai bulan berikutnya. Pemegang kad kredi islamik ini pun jika tak bayar penuh ‘pinjaman / hutang lebihan’ pun boleh. Bank akan kenakan ‘keuntungan secara islamik’ bagi bayaran yg belum dilunas. Tapi sy pelik kerana bila permohonan tu lulus dulu sy kena sign dokumen perjanjian tebal. Dahlah tu kena share ‘beli tanah’ pulak. Amex dulu luluskan sy dengan sign borang permohonan tu je. Yang sy nak kemukakan dan untuk penulis artikel Hismal supaya terus panjangkan hal yg tak ‘islamik’ ini supaya jadi benar islamik. Argument sy kepada pegawai kad kredi islam tu utk disampaikan kpd pihak atasan adalah, Islam itu patutnya mudah, tak banyak tebal dokumen perjanjiannya, apa habiskah cara untuk menghalalkan untuk ada cara kad kredit/ charge ni. Apakah konsep ‘penipuan, penindasan, manipulasi terminalogi’ seperti hal perbankan islam yang ‘tak islam’ itu tak timbul bagi sistem kad kredit islam itu?
Sekadar berkongsi pengalaman, pandangan untuk penulis artikel higlightkan lagi di platform yang formal, di iktiraf utk perbincangkan . Mudahan-mudahan org awam tidak ‘tertipu’ dengan produk-produk islamik yang kini tumbuh macam cendawan yang ada antaranya disangsikan islamiknya dan yang jelas dikatakan tidak islamik yg di sebut artikel, seperti perbankan islam yg di anggap sebagai islamik selama ini. Maka jika ini di fahami ramai umat islam dan diusahakan kearah itu maka keberkatan pembangunan ekonomi islam akan selari dengan tuntutan-tuntutan islam yang lain. Maka islam sepenuhlah dan sebenarnya lah agar kehidupan umat islam khasnya di negara in diberkati Allah. Jgn jadi macam sekarang, banyak yg islamik tapi kehidupan org islam tak juga nampak islam.
Allahua’lam
Penakut (‘azab riba)
PAGE 3/3

Unknown berkata...

Salam...
Terasa seram sejuk...
bila masyarakat terjebak dengan penindasan (Riba) yang dijenamakan sebagai
Perbankan Islam, yang pada hakikat kesan nya lebih buruk... tanpa disedari turut menanam subahat dalam modalnya...

Azab Allah itu benar bagi mereka yang berlaku zalim...


menindas dan tertindas...

hidup untuk hutang...

hamba hutang sepanjang hayat...

hutang yang berpanjangan diwariskan ke anak, cucu dan cicit...



Bagi mereka yang terbaca artikel ini...
sampaikanlah kepada saudara2 mu...

Ya Allah...
Berkatkan lah rezeki seluruh umat mu...

Helmis berkata...

Saudara Tanpa Nama,
Terimakasih kerana perkongsian pengalaman dan tahniah atas hidup yang pada pendapat saya tentunya lebih berkat kesan dari sikap tidak berhutang, cemburu kepada saudara kerana mendapat ilmu tentang riba' ini sejak 30 tahun dahulu, tidak seperti saya yang baru 2 tahun sedar selepas bergelumang dan sekarang berusaha untuk keuar darinya.

Penjelasan saudara juga jelas menunjukkan perbankan islam ataupun apa juga badan korporat ditubuhkan/diswastakan sebenarnya adalalah untuk mengaut keuntungan semaksima yang mungkin untuk pemegang saham, inilah intipati kapitalisme yang telah meyelinap hampir kesemua golongan masyarakat didunia. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin, sebab itulah CEO badan korporat selalunya bergaji beratus-ratus ribu sebulan, (sila google gaji CEO Malaysia) kerana apa? kerana dia yang mengeluarkan arahan kepada semua pekerja, "by hook or by crook", perah habis-habisan wang dari pelanggan sebanyak mana yang yang mungkin supaya pemegang saham terutama board or director puas hati dengan prestasi aku jadi aku akan kekal sebagai CEO dan kekal dengan gaji aku yang ratusan ribu itu. Jadi untuk menghalalkan cara, kenala buat helah sign dokumen tebal-tebal dan sebagainya.

Ini bukan sahaja pada korporat perbankan, lihatlah bekalan air,elektrik dan telefon yang diswastakan, siapa yang membayar gaji CEO yang beratus ribu itu jika bukan rakyat jelata, satu sen bil air/elektrik/telefon naik pun sudah cukup untuk mengkayakan sejumlah kecil pemegang saham berkat arahan CEO, alasan memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat itu juga adalah helah, helah kapitalisme untuk menggemukkan pemegang saham dan siapa yang punyai saham tersebut? Golongan yang kaya dan semakin kaya jadi sama-samalah fikirkan. Allah SW tidak menghalang untuk manusia menjadi kaya akan tetapi ianya mestilah dengan tidak menindas keseuruhan masyarakat, dan ini tidak boleh dilihat dengan pemikiran sempit hubungan bank dengan peminjam sahaja. Sebab itu diakhirat ramai golongan miskin dari yang kaya kerana mereka ini yang lebih teraniaya. Nak syurga dunia kejarlah harta yang mana "medium of exchange"nya adalah duit, dan nakkan syurga akhirat kejarlah pahala yang mana "MOE"nya adalah amal, dan amal ini bukan semata-mata tonggang terbalik berlapar sembahyang puasa sahaja, ianya termasuk perbuatan dan tingkah laku kita sesama manusia.

Saya berjuang untuk keadilan ekonomi untuk semua dan harap rakan-rakan pun turut serta kearah kehidupan yang sejahtera, insyaallah. Terimakasih atas perkongsian pengalaman, mungkin rakan lain pun punyai pengalaman yang serupa, harap dapat berkongsi.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin anda juga pernah buat semakan dalam blog UZAR...apa komen anda?

Ihya-Ulumiddin berkata...

terima kash helmis.

saya telah sebarkan artikel kamu , sy tidak mahir dalam peenulisan dan insyaAllah sy mampu berkata apa yang saya telah faham.

insyaAllah juga kita akan teruskan menyampaikan kebenaran ini kerana ia sangat berkait rapat dengan keimanan.

terima kasih sekali lagi tuan blog.

msaa berkata...

Orang kita kena menjauhi hutang.kalau bleh jgn hutang langsung.jgn panjang angan2. Antara hidup 1000 tahun dgn mati esok hari, manakah lebih rasional untuk anda?

Tanpa Nama berkata...

Salam saudara Helmi,

Pada hemat saya, saudara Helmi perlu memberi contoh sistem ekonomi jualbeli Islam mengikut syariah (spt dilakukan di zaman Rasulullah dan para Sahabat) dengan sistem perbankan Islam pada waktu sekarang.Disitu, baru kita memahami pembohongan yg berselindung pada sistem perbankan Islam. Saya merasakan kita semua(Islam mahupun kafir) patut ada kesedaran disebalik penipuan sistem matawang yg dicipta Yahudi. Saya juga yakin sistem ekonomi ciptaan Yahudi ini bakal runtuh tidak lama lagi seperti janji Rasulullah mengenai kemakmuran yg akan kembali pada umat Islam.

Saya yakin ada ulama' yg pakar dalam sistem ekonomi Islam tetapi tidak diendahkan oleh ramai pihak kerana
ramai umat manusia lebih yakin kepada esistem konomi ciptaan kaum kafir berbanding sistemekonomi yg ditunjukkan oleh Islam.Allahu Akbar... Maha Suci Allah..

Helmis berkata...

Saudara Tanpa Nama,

Macamana nak bandingkan sistem Nabi dgn sistem bank sekarang sebab masa zaman Nabi mana ada bank. Tetapi tentu ada bab pinjam meminjam antara para sahabat yang saya yakin cara yang diamalkan adalah jika pinjam 100 pulangkan 100, dan jika tidak boleh pulangkan pun dalam tempoh yang disetujui, bagi masa lagi dan bukan rampas harta, kalau tak mampu juga ianya akan dianggap sedekah (Albaqarah 2:280) dan pastinya bukan belikan barang yang harganya 100 dan jual balik 200 dan perlu bayar ansur ikut tempoh tetap pas tu jika tak mampu bayar harta akan dirampas.

Jadi fikir2kanlah ikut akal dan bukan ikut emosi, adakah perbankan islam hari ini benar2 mempunyai semangat tolong menolong sesama islam atau hanya sekadar satu lagi mekanisma kapitalis untuk membuatkan yang kaya semakin kaya, yang mana kekayaan tidak lagi akan berkitar didalam masyarakat secara adilnya. It's time to get wise.

Tanpa Nama berkata...

salam saudara Helmis, saya ada mendegar berita yang mengatakan seorang yahudi telah mengeluarkan fakta yang usd hanya berbaki 24bulan untuk pupus..... dan USD sedang menuju nilai kosong.....apakah pandangan saudara Helmis berhubung isu ini. bermakna 24 bulan lagi ialah pada December 2012.Hipotesis awal saya menyatakan bahawa wujudnya konspirasi dan persedian mereka dalam melakukan ritual pada tahun 2012 yang akan datang. Mereka akan meruntuhkan ekonomi dunia dengan menghancur ekonomi Amerika.

Tanpa Nama berkata...

Salam alaik...

Pinjam 100 byr 100 itulah hujah yg selalu sy dgr tanpa ada dalil..
Padahal mmg ada dalil yg membolehkan byran lebih dibuat disebabkan ada tangguhan masa / lewat bayaran yg diberikan oleh pihak pemberi pinjam.
Apatah lagi badan2 besar seperti bank islam yang melakukan pembiayaan / jual beli. Kos2 lain, byran gaji pekerja dll.

Saladin berkata...

Perkara sebegini memang selalu akan berlaku. Terutama pada masa akhir zaman. Pencampuranbauran antara halal dan haram, (Surah Al-Hijr) menyebabkan manusia tidak diterima/sering ditimpa musibah. Kita tidak akan terlepas daripada melaksanakan sesuatu pinjaman, yang hanya mampu adalah mengurangkan kadar pinjaman tersebut sekurang mungkin (meminjam untuk keperluan sahaja, setelah diteliti secara terperinci).
Itulah, kita digalakkan berzakat dan bersedekah sebanyak mungkin, tujuannya adalah untuk mengurangkan wang hasil syubhat tersebut dalam pendapatan seharian kita.
Perlu diingatkan, Yahudi mengusai 70% ekonomi dan dalam 90% teknologi dunia. Ini, memungkinkan untuk bank yg islamik terpengaruh dengan syubhat yang direncana mereka sejak tertubuhnya protokol zionist hasil pengkajian mereka yang panjang (kitab2 bani israel,ezekiel, yohanes,nahum,talmud(ditiru mengikut hadis nabi) dan perjanjian baru injil dan juga alquran dan hadis).
Kita hanya mampu untuk berdoa, usaha adalah secara jihad ekonomi, sekadar yang mampu,sedikit demi sedikit kita buang yg buruk.
Rasulullah sendiri menyebarkan Islam secara senyap2 terlebih dahulu.
Pendapat yg menyatakan semua orang yg makan gaji selesa kenyakannya betul, tapi insyaAllah segelintir sedar akan hal ini dan tidak akan hanyut.Syarat utk tidak hanyut amat mudah Al-Quran, As-sunnah(bersanat),Ijmak Ulamak. Dengan ini, 'pattern'kesesatan yg bersistem tersebut dapat kita minimize dan jika diizinkannya, kita berusaha buang terus jika dipanjangkan umur. Kita perlu ingat, terdapat juga yg telah terlanjur, perlukan nasihat sediki-demi sedikit untuk membetulkan ketelanjuran mereka. Sesugguhnya, kita hanya mampu menasihati,hidayah hanya dari Allah

Almighty Knows Best

Unknown berkata...

Salam...

Biar aku insan yang kerdil memberi pandangan....

soal gaji pekerja...caj perkhidmatan...
duti setem... dll...

bukanlah menjadi pertikaian...

itu sememang nya hak mereka...


tetapi bila mana..
sesuatu hasil (kadar keuntungan )

yang diambil dari peminjam
secara berlebihan...


Perlu di ingat bahawa peminjam itu yang tersepit
(sedia ada dalam kesusahan)...

orang tu susah macam mane sekalipun bil payment tetap sampai rumah....




apa yang kami mahukan adalah keselerasan....

atau kata yang paling ringkas...

Bukan memberi pinjam untuk mencari kekayaan...


Wasalammm...

Tanpa Nama berkata...

Apakah solution yg anda cadangkan utk menangani masalah yg ada skrg...??

Helmis berkata...

Saudara Tanpa Nama,

Soalan yang bijak juga memerlukan jawapan yang bijak. Jawapannya adalah berfikir, think, dan apa jua perilaku yang menggunakan otak dan bukan menggunakan nafsu.

Manusia lain tidak boleh memikirkan apa yang terbaik untuk diri anda dan keluarga, jika anda setuju apa pendapat saya, fikirkanlah jalan yang terbaik mengikut keadaan dan situasi hidup anda kearah lebih dekatkan diri kepada Allah SW.

Jika anda tidak bersetuju, maka ikutlah sahaja rentak masyarakat semasa yang selesa dengannya, tugas saya sebagai penyampai sudah selesai.

Masaalah riba' ini bukan mudah untuk diselesaikan pada peringkat individu, masing ada masaalah yang terpaksa dihadapi disebabkan oleh keadaan hidup yang berbeza. Penyelesaiannya tidak boleh datang siap sedia seperti mainan anak-anak yang siap datang dalam kotak.

Berfikirlah, giatkan kembali otak yang lama lena dengan hiburan, tv, filem dan sebagainya. Itu lah solution untuk menangani masaalah sekarang pada peringkat individu, jika anda baca dan faham artikel saya, saya telah pun memberikan penyelesaian pada peringkat masyarakat. Maaf saya tidak boleh memikirkan apa yang terbaik untuk diri anda sendiri. Dan tidak saya tulis artikel ini jika ianya bukan untuk kepentingan masyarakat.

azhar shoib berkata...

assalamualaikum..

trima kasih di atas entri saudara..entri ini telah mmbuka pndgn sy sluas2nya, alhamdulillah..sy juga terlibat dgn unsur riba' dahulu ketika belajar(PTPTN), kerana terspit dgn mslh kewangan utk trus bljar..skrg sy tekad utk sboleh2nya mnghindari dari riba'..dan sy cuba utk mngikut cara saudara mnyimpan dgn emas, buat ms hdpan..di sini sy ingin mminta pndgn saudara..
sy mmpunyai cita2 dan azam utk membuka syarikat sndri satu hari nnt..salah satu institusi yg ingin sy buka adalah bank yg mngikut kaedah syrak..sy trpkir ttg habuan atau salah satu cara utk mmberi keuntungan kpd pihak pnyimpan spy mereka ini mmpunyai dorongan utk mnyimpan utk ms hadapan..cara yg sy trpkir adalah dgn mmberi sdkit keuntungan dr perusahaan sy yg laen dgn pratusan yg kecil(dlm 1-3%)..bermksd keuntungan yg mereka terima tidak akan tetap, krn suma tau, perniagaan tidak akan menerima untung yg ttap setiap ms..simpanan mereka ini akan sy pnjam utk mnambah modal sy sndri utk mngembangkan perniagaan sy..spt mereka ini adlah sleeping share partner sy..bgaimana pndgn saudara terhadap cdgn ini..

maaf, sy ni baru lg dlm dunia luar, msih byk yg sy perlu blajar dan byk ilmu yg sy tiada..

p/s: kalau ada sesiapa mmpunyai contact utk mmbeli emas pd dealer yg sah di kwsn melaka, bleh x beritahu sy di blog ini atau trus email pd sy d azharshoib@gmail.com..terima kasih

ed berkata...

Adakah Al-Quran itu mempunyai cacat cela kerana tidak berupaya memperuntukkan penyelesaiannya, atau mungkinkah hati kita yang buta tidak dapat membacanya?

perswis berkata...

http://muzir.wordpress.com/2010/12/31/video-kuliah-uzar-tentang-dosa-riba-dan-isu-kewangan/

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum semua...
minta maaf.. saya masih blur... tp nk tnya
kalu tabung haji dengan bank islam tue, diorg pon wat system riba jugak ke?

Iskandar berkata...

skang sudah ada usaha2 untuk mengembalikan penggunaan dinar dan dirham sbg matawang..marilah kite sume myokong penggunaan dinar dirham and say no to fiat!..

manajanjimu berkata...

HUTANG SAMPAI PULU2RIBU RATU2RIBU TU NAK BUAT SYURGA LA....nak ikut nabi2 palsu yang berlambak2 dalam sesakwang ni... dah mengaji lagu tu... nak ikut siapa lagi..!

Tanpa Nama berkata...

tapi pendapatan zaman dulu berapa ratus rm je?skrg rata2 gaji dah 3k..mmm

sayainsanyanglemah berkata...

alhamdulillah, saya terpilih untuk berkongsi ilmu di sini. terima kasih kepada yang memberikan pencerahan. apabila terdetik rasa waswas di hati, tinggalkanlah pekerjaan itu. tak perlu menyesal atau rasa rugi.
saya pernah tak jadi beli kereta yang sangat-sangat saya inginkan, hanya kerana saya diminta berhutang sedangkan saya tidak mahu berbuat demikian.
mohon bantuan: saya takut terkena debu-debu riba, jadi, di manakah sepatutnya saya menyimpan wang saya agar saya tidak bersubahat?

Helmis berkata...

Saudara sayainsanyanglemah,

Anda boleh menyimpannya dimana-mana termasuklah dibawah bantal kerana jika wang itu benar-benar milik dan hak anda, ia akan kekal bersama anda. Wang samada kertas atau emas hanyalah mewakili usaha atau tenaga yang telah kita berikan kepada orang lain, dan tenaga tidak boleh dimusnahkan akan tetapi boleh beralih dari satu bentuk kepada bentuk yang lain. Jika ada orang mencuri wang anda itu sekalipun, Allah SW yang Maha Adil akan memastikan wang itu kembali semula kepada anda dalam bentuk lain pula.

Akan tetapi jika anda membeli emas dan menyimpannya adakah debu riba' tidak kena pada anda? Debu riba' zaman moden ini adalah wang kertas yang saban hari menyusut nilainya dan untuk lari daripadanya adalah galakkan masyarakat guna wang yang sebenar, wang yang punyai nilai didalamnya seperti emas, perak, atau beras, gula dan sebagainya. Akan tetapi agak sukar untuk melakukannya dizaman moden ini. Jadi paling tidak pun memastikan wang kertas yang digunakan bersandarkan kepada emas, iaitu rakyat boleh pergi ke bank negara dan mengambil emas atau perak yang diwakili oleh wang kertas berkenaan.

Akan tetapi adakah pemimpin yang memimpin kita pada hari ini berminat untuk melakukannya? Pada pendapat saya tidak kerana apabila wang perlu disandarkan kepada emas, tidak banyak wang boleh dicipta maka tidak banyak atau tiada "gula-gula" yang boleh diberikan kepada rakyat untuk memastkan mereka menang pilihanraya (Sila baca artikel Bahana Gula-Gula Pemimpin).

Agak sukar bagi kita sebagai individu untuk melakukannya, jika pemimpin yang boleh melakukannya hanya mementingkan poket mereka sendiri, bukankah tiba masanya untuk kita sebagai rakyat mencari pemimpin yang sebenar iaitu yang benar-benar menjaga rakyat? Pilihan di tangan anda. Wassalam

Tanpa Nama berkata...

wang kertas, wang syiling etc yg ada hari ni haram dan syirik. sape-sape yg gunakannya berdosa besar, haram, syirik kepada allah. wajib mengucap semula dan bertaubat kemudian tidak boleh menggunakannya lagi

Tanpa Nama berkata...

Nk tanya. Mengapa simpan duit dalam bank pun tidak boleh? Mohon penjelasan krana mungkin terlepas baca atau x faham dgn analogi di atas. Atau terlepas artikel2 sebelum ini

Helmis berkata...

Assalamualaikum Saudara Tanpa Nama,

Mengapa menyimpan duit di bank pun tak boleh?

1. Faedah akan diperolehi dari simpanan tersebut - makan riba.
2. Bank akan menggunakan wang simpanan kita itu sebagai "reserve requirement untuk memberikan pinjaman yang lain pula lantas menambahkan bekalan wang didalam kitaran - meningkatkan inflasi.
3. Meningkatnya reserve requirement itu membolehkan bank men"cipta wang" atas angin sahaja melalui kemasukan kira-kira, ini adalah syirik kerana hanya Allah SW sahaja yang boleh menciptakan kekayaan dari suatu yang tiada - kita bersubahat untuk syirik kepada Allah SW.

Mereka yang berpemikiran cetek pasti akan melatah, melompat dan menjerit... abis tu nak simpan duit kat mana? bawah bantal?

Jawapan saya, dizaman moden ini kita tidak dapat lari dari sistem perbankan, wang dan bank adalah nadi penggerak ekonomi masa kini dan tanpanya kesinambungan kehidupan manusia akan tergugat. Akan tetapi amat malang bagi umat manusia apabila bank telah dicipta untuk mengaut keuntungan dari penat lelah orang ramai yang jahil oleh mereka golongan kapitalis yang tidak berhati perut, sedangkan bank itu sepatutnya dikendalikan oleh kerajaan yang adil, prihatin dan berkebajikan kepada rakyat untuk memastikan:
1. Wang berfungsi sebagai medium pertukaran
2. Sebagai pengukur nilai
3. Sebagai penyimpan nilai.
Akan tetapi kerana kita telah dijajah secara halus (walaupun sudah merdeka) oleh barat yang memastikan sistem ekonomi yang dibangunkan selepas merdeka mengikut rentak mereka dan bukannya mengikut cara Islam sebenar yang berkebajikan. DItambah pula dengan pemimpin yang buta disebabkan kuasa dan juga segelintir ulamak yang nampaknya telah ditaja oleh kapitalis islam untuk menghalalkan apa yang haram, maka hanyutlah umat didalam ekonomi riba dan hidup diperangi oleh Allah dan Rasul.

Apa yang boleh kita lakukan adalah meminimakan penggunaan bank, tinggalkan didalam akaun apa setakat yang perlu sahaja untuk perbelanjaan bulanan dan jika ada wang lebih, beli harta yang nyata samada emas, perak, rumah dan sebagainya. Cuba selesaikan hutang yang telah diambil termasuklah mengurang, meminimakan atau menghentikan langsung penggunaan kad kredit.

Sistem perbankan umpama lintah yang menghisap darah orang ramai tanpa orang ramai itu sendiri menyedarinya, akan tetapi disebabkan kehidupan kita tidak dapat lari daripadanya maka untuk menolak ia sama sekali amat sukar. Yang pentingnya kita sedar akan kejahatan yang mereka lakukan dan cuba sedaya upaya untuk mengurangakan "persubahatan" kita dengan mereka. Piramid tidak terbina dalam masa satu dua hari, malah bertahun-tahun maka untuk berubah kearah sistem perbankan yang lebih berkebajikan juga memakan masa, sekurang-kurangnya minda berkebajikan itu juga perlu ada pada pemimpin yang mempunyai kuasa mengubahnya. Persoalan saya adakah pemimpin kita masa kini berkebajikan sepenuhnya atau berkebajikan kepada kroni, golongan kaya atau yang sewaktu dengannya sahaja? Wallahualam.

Zek berkata...

RIBA - PERHATIKAN BAGAIMANA BANK2 TERMASUK BANK2 ISLAM HARI INI MENGISTILAHKAN PINJAMAN RIBA DENGAN JUAL BELI (KEUNTUNGAN)...

"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila . Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya JUAL BELI ITU SAMA DENGAN RIBA, padahal Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba"...

PERHATIKAN JUGA RIBA HUTANG YG DIPUNGUT JIKA LAMBAT MEMBAYAR AKAN MENYEBABKAN RIBA MENINGKAT BERKALI GANDA..ATAU JIKA DI BANK ISLAM DIBAYAR DENDA LEWAT...

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan."..

PERHATIKAN BAGAIMANA BANK2 INI AKAN MERAMPAS HARTA YG GAGAL DILUNASKAN DALAM TEMPOH TERTENTU ATAU TINDAKAN KEBANGKRAPAN JUGA BOLEH DIAMBIL..INILAH JALAN YG BATHIL UNTUK MEMAKAN HARTA ANDA..

"dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan karena mereka memakan harta orang dengan jalan yang bathil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih."..

Mengapa bank2 termasuk bank2 yg dikatakan ISLAM mengambil tindakan yg demikian?Kerana kita mewarisi sistem tinggalan penjajah yahudi british (sistem yg menggunakan matawang yg tiada nilai intrinsik) sebab itu inflasi sentiasa meningkat setiap
tahun dn bagi mengelakkan bank rugi mereka terpaksa mengambil riba dn tindakan2 yg menindas ini...Bagaimana kita dapat mengadakan sesuatu yg halal dari sistem yg jelas haram?

DOSA RIBA
"Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa"...
"Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya"...ww
"Rasulullah n melaknat orang yang memakan riba (bank), yang memberi makan dari riba (peminjam), juru tulisnya dan dua saksinya. Beliau mengatakan: ‘Mereka itu sama’(dosanya).”

Kerajaan kutip hasil cukai dari bank riba..cukai kerajaan diberikan untuk menyara rakyat..MAKNANYA RAKYAT TURUT MAKAN HASIL RIBA..KITA DIAMBANG KIAMAT!..
HANYA ADA SATU CARA PENYELESAIAN YG ADA DITANGAN KITA..KITA HARUS MEMILIH PEMIMPIN YG BENAR2 BERANI UNTUK MENGHAPUSKAN RIBA DI MALAYSIA..PEMIMPIN YG BERANI KEMBALI PADA MATAWANG SUNNAH ATAU YG BERASASKAN NILAI EMAS JUGA YG BERANI UNTUK MENGHAPUSKAN SISTEM BANK DAN MENGGANTIKANNYA DGN BADAN KERAJAAN YG MENYEDIAKAN PINJAMAN BEBAS RIBA KEPADA RAKYAT..

Zek berkata...

Wahai umat islam sekalian, jika kita tidak berhenti dari aktiviti riba bermakna kita hanya akan menjadi pengikut dajjal sedangkan nabi ISA akan turun sekali lagi ke bumi untuk memerangi riba yg telah memperhambakan manusia sejak ketiadaan beliau..

Jadi dimanakah kita akan berdiri? disebelah dajjal kah atau disebelah nabi isa? diwaktu itu adakah kita masih dapat menilai yg mana kebenaran yg mana kepalsuan? dan yang mana syurga dan yg mana neraka?

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas