Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Ahad, 11 November 2012

Faedah Bank, Riba dan Inflasi

Artikel ini adalah terjemahan dari buku karangan Sheikh Imran yang bertajuk Prohibition of Riba in The Quran and Sunnah yang sedang saya terjemahkan. Bab yang baru saya terjemahkan ini amat menarik dan saya mahu berkongsi disini dengan rakan-rakan. Insyaallah apabila selesai terjemahan keseluruhan, ebooknya akan saya muat-naikkan di laman SD ini.


FAEDAH BANK DAN RIBA - BEBERAPA PENDAPAT YANG BERCANGGAH


Shaikh Muhammad al-Ghazzali (rahimahullah), sarjana Islam Mesir yang dihormati yang mana telah melawat New York sebelum kematiannya, telah memutuskan bahawa faedah bank adalah tidak riba kerana bank-bank melaburkan wang mereka dan membayar faedah daripada keuntungan dari pelaburan-pelaburan mereka. Oleh itu beliau telah menyamakan faedah bank dengan dividen yang dibayar kepada pemegang-pemegang saham syarikat. Sebenarnya bank-bank adalah institusi kewangan yang meminjamkan wang dengan faedah. Mereka tidaklah selalunya melaburkan wang. Prinsipal didalam pelaburan adalah pelabur akan menerima sebahagian dari keuntungan, jika perniagaan tersebut mendapat keuntungan, akan tetapi mereka juga akan berkongsi jika berlaku kerugian. Apa yang bank lakukan adalah meminjam wang dari penyimpan dengan kadar faedah yang rendah dan kemudian meminjamkannya kepada pihak lain pada kadar faedah yang lebih tinggi. Perbezaan antara apa yang dipinjam oleh bank dan faedah pinjaman tersebut akan dikira oleh pihak bank sebagai keuntungan mereka. Adakalanya, walaupun amat jarang sekali, pihak bank terpaksa membayar faedah yang lebih tinggi kepada penyimpan-penyimpan berbanding dengan pinjaman yang diberikan oleh pihak bank. Ini adalah salah satu sebab mengapa adakalanya bank-bank terpaksa ditutup.


Keputusan yang telah dibuat oleh Shaikh Ghazzali, mungkin, adalah dengan pemahaman yang salah didalam caramana bank-bank beroperasi. Jika pihak bank melaburkan wang mereka dan bukannya meminjamkannya, pasti ianya mempunyai kesan yang amat besar kepada pasaran. Harga-harga akan turun dengan serta merta. Sebabnya mengapa bank-bank tidak mahu melaburkan wang mereka adalah kerana pelaburan adalah satu bentuk perniagaan, dan seperti apa jua bentuk perniagaan, ianya melibatkan risiko. Risiko pula membuka kemungkinan untuk mengalami kerugian. 


Mufti Mesir yang telah dilantik oleh pihak kerajaan, Shaikh Tantawi, yang mana sekarang ini telah dilantik oleh kerajaan Mesir sebagai Shaikh al-Azhar, juga mempunyai pandangan yang sama bahawa faedah bank bukanlah riba. Beliau telah memberikan fatwa sepertimana telah tersiar didalam surat khabar Mesir, Al-Ahram, pada 8 September, 1989, telah mengishtiharkan bahawa ianya adalah halal, dibawah hukum-hukum Islam, faedah keatas simpanan-simpanan dan juga pada sijil-sijil deposit yang telah dikeluarkan oleh pihak bank. Ianya dikenali di Mesir sebagai sijil-sijil pelaburan. Pelaburan sebegitu mungkin mempunyai kadar keuntungan yang berbeza, akan tetapi oleh kerana ianya adalah imun atau terselamat dari kerugian yang mana merupakan pelaburan tanpa risiko, maka oleh itu ianya juga adalah riba.


NABI - WANG PALSU - INFLASI DAN RIBA

Terdapat mereka-mereka yang kononnya digelar sarjana Islam yang berpegang dengan pendirian yang agak luar biasa bahawa 'faedah bank' itu dibolehkan kerana ia dapat menampung kerugian yang dialami disebabkan oleh inflasi. Ini jelas palsu! Pertamanya 'faedah' atau riba itu sendiri adalah punca kepada sumpahan kepada ekonomi moden yang dipanggil inflasi. Inflasi adalah makhluk ciptaan ekonomi moden yang berlandas faedah. Ianya tidak wujud sebelum munculnya kapitalisme moden yang berlandaskan riba.

Keduanya, faedah memberikan kesan yang lebih lagi dari sekadar menampung inflasi yang dijangkakan. Bank-bank memang menjangkakan inflasi tetapi masih beroperasi untuk mendapatkan keuntungan. Bank-bank juga dengan dibantu oleh institusi-institusi seperti Bank Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Bank di Amerika Syarikat dan juga Bank Negara dinegara-negara lain) yang mana akan masuk campur untuk memastikan inflasi tidak akan merosakkan industri perbankan itu sendiri. Sebenarnya bank-bank membuat lebih banyak keuntungan berbanding perniagaan yang lain. Dan mereka mendapatkan kebanyakan pendapatan mereka dari pembayaran faedah yang dibuat oleh peminjam-peminjam pinjaman jangka panjang. Falsafah ekonomi yang membenarkan ini adalah falsafah yang berpendapat bahawa wang itu sendiri mesti mempunyai harga. Oleh sebab itu wang boleh, dengan sendirinya tanpa sebarang usaha atau penat lelah manusia, boleh menjanakan wang yang lain pula. Al Qur'an telah memberikan falsafah ekonomi yang amat berbeza yang mana menyatakan bahawa ganjaran (ekonomi dan sebaliknya) senantiasa berkait dengan usaha dan penat lelah manusia:

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.
(Al Qur'an: al-Najm:- 53:39)
Ketiganya, inflasi berkait secara langsung kepada bekalan wang didalam ekonomi, dan juga kepada permintaan barangan dan perkhidmatan. Yang mana sebelum ini ianya Allah SW Yang telah menentukan rizq (bekalan wang) dan Yang memberikan wang yang sebenar sebagai penyimpan nilai (iaitu dinar emas, dirham perak, gandum, barli, kurma, malah garam dll.), didalam ekonomi moden berlandaskan riba, ianya pihak bank dan kerajaan yang menentukan bekalan wang. Mereka telah berjaya melakukannya dengn cara mensekularkan wang melalui penciptaan wang palsu didalam bentuk wang kertas yang tidak boleh ditukarkan dengan wang yang sebenar, dan kemudiannya meyakinkan umat manusia yang jahil untuk menerima wang palsu itu sebagai penyimpan nilai yang boleh diterima. Ini adalah tipu muslihat. Ianya gharar. Ianya riba!



Tetapi mereka sekarang telah terperangkap dengan makhluk yang mereka sendiri ciptakan. Mereka telah mencuba untuk melakukan kerja terbaik sebagai pembekal wang berbanding yang dilakukan sendiri oleh Allah SW (dan kami meminta perlindungan daripada Allah SW daripadanya).

Jika wang boleh dicipta oleh kerajaan (sebagai contohnya) maka jumlah wang yang dicipta secara palsu ini boleh dikawal didalam ekonomi, malah ianya mesti dikawal. Amat jarang ianya, mungkin tidak pernah ianya dikawal pada hari ini sebagai mana ianya sepatutnya dikawal. Disitulah terletaknya permulaan kepada sumpahan inflasi. Milton Friedman, ahli kewangan ekonomi, bersetuju:



Ianya mengikut... Inflasi itu senantisa dan dimana sahaja didalam fenomena kewangan dalam ertikata ianya adalah dan boleh dihasilkan hanya dengan penambahan dengan pantasnya jumlah wang berbanding jumlah yang keluar.

Bukan sahaja dollar Amerika tidak lagi mempunyai nilai tertentu kepadanya, ia telah dicetak dengan terlalu banyak hinggakan ianya sekarang bergantung sepenuhnya kepada permintaan luar biasa akan matawang tersebut (dari negara lain) untuk mengelakkan ianya jatuh dalam bentuk inflasi.

Thomas Jefferson, seorang pemimpin Amerika, sarjana dan yang berwawasan, telah mengutuk bank-bank pada tahun 1816 kerana melakukan apa yang kerajaan Amerika telah lakukan sekarang ini:


Saya dengan ikhlasnya percaya... bahawa institusi perbankan adalah lebih merbahaya dari barisan tentera-tentera; dan prinsipal menggunakan wang yang mana perlu dibayar oleh generasi akan datang itu, dibawah nama pembiayaan, adalah penipuan masa depan pada skala yang besar.


Beliau telah meminta nilai tertentu diberikan kepada dollar. Beliau telah melakukannya didalam debat mengenai fungsi sepatutnya kerajaan Amerika dari segi kewangan:

Jika kita menentukan bahawa dollar akan menjadi unit (matawang) kita, kita perlulah menyatakan dengan tepat apakah dollar itu.

Sehinggalah ke tahun 1920an kerajaan Amerika telah menghormati desakan untuk menetapkan nilai matawang dollar tersebut. Wang kertas didalam bentuk sijil-sijil emas menyatakan:

Sijil ini mengesahkan bahawa terdapat simpanan didalam Perbendaharaan Amerika Syarikat (Treasury of United States) dua puluh dollar didalam bentuk syiling emas yang boleh dibayar kepada pembawa atas permintaan.




Sesiapa sahaja boleh pergi ke bank dan menebus wang kertas dengan wang yang sebenar dalam bentuk syiling emas. Kemudiannya inskripsi ini telah ditukar. Ianya menyatakan:


Boleh ditebus dengan wang yang sah di Perbendaharaan Amerika Syarikat, atau di mana-mana Bank Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Bank).



Inskripsi baru itu adalah untuk mengurangkan hak pemegang matawang kertas untuk bebas menukarkannya kepada emas dengan tukaran yang tertentu. Pada hari ini pada matawang Amerika itu tertulis:


Wang ini sah diperlakukan untuk semua hutang-hutang, awam dan juga persendirian.


Ianya mungkin sah, tetapi ianya teramat tidak bermoral, kerana ia tidak boleh ditebus dengan nilai yang sebenar (iaitu emas atau perak dll.). Tiada bank, termasuklah Perbendaharaan Amerika Syarikat atau Bank Simpanan Persekutuan (Federal Reserve) sekalipun yang akan menebus dollar Amerika dengan emas. Jika wang kertas dollar itu mempunyai nilai sebenar, ianya terletak didalam kertas itu sendiri. Akibatnya, terletaknya nilai itu adalah dengan apa yang dikehendaki oleh pasaran itu sendiri. Ini adalah tipu daya. Ini adalah salah. Ianya penipuan! Ianya adalah riba!

(Komen Helmis - Ianya tiada beza dengan wang ringgit yang kita gunakan dari awal pengeluarannya hingga ke hari ini)


Wang palsu samada kertas, plastik ataupun elektronik (iaitu wang fiat) tidak dapat dielakkan dari ketidakstabilan kerana, sebagai contohnya, ianya amat terdedah kepada spekulasi. Komuniti Eropah telah mengambil langkah yang berani untuk cuba mewujudkan satu matawang utama untuk keseluruhan komuniti. Jika ini berjaya, akan membentuk langkah kearah yang betul. Dan ia akan memberi pengajaran kepada umat Islam yang menyatakan bahawa mereka pengikut Nabi SAW. Ia akan membentuk asas kepada peringkat kedua yang mana satu matawang yang boleh ditukarkan kepada emas itu dikembalikan. Eropah tidak berjaya, dan mungkin tidak akan berjaya, kerana kuasa transaksi spekulasi didalam dunia pasaran matawang sekarang ini telah melebihi kuasa kerajaan-kerajaan untuk menghentikannya.

Oleh kerana itu, inflasi dan spekulasi, yang mana dengan hebatnya telah memenjarakan umar manusia, adalah makhluk dari dosa-dosa kita sendiri yang telah meninggalkan matawang yang dicipta oleh Allah SW itu sendiri. Hanya matawang itu sahaja (yang telah diciptakan oleh Allah SW) yang terlindung atau imun dari ketidakstabilan. Oleh itu hujah yang menyatakan kredit ekonomi moden dibolehkan kerana ia dapat menampung kerugian yang disebabkan oleh inflasi hanya telah menunjukkan betapa bahayanya pemahaman yang cetek mengenai perkara tersebut.

Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam jahil yang menggunakan hujah inflasi untuk membolehkan riba adalah untuk mengira nilai, dalam bentuk nilai emas, jumlah yang dipinjamkan dari bank, dan kemudian mengira jumlah yang sama, dalam bentuk nilai emas, jumlah yang perlu dibayar balik kepada bank. Jika terdapat perbezaan diantara keduanya yang mana jumlah yang perlu dibayar melebihi jumlah yang telah dipinjam, maka itu adalah bukti riba yang mana dilarang oleh Islam.

Kita juga perlu memerhaikan bahawa apabila Nabi SAW memerintahkan emas dengan emas dan jumlah yang sama dengan jumlah yang sama, implikasinya adalah pemberi pinjaman yang memberikan pinjaman 100 dinar emas pada tahun 1989 berhak mendapatkan kembali, pada tahun 1994, tidak lebih dari jumlah yang sama 100 dinar emas (iaitu jumlah emas yang sama) dari peminjam. Akan tetapi nilai 100 dinar emas yang dipinjamkan itu mungkin berubah pada tahun 1994, sebagai contohnya dengan jumlah gandum yang boleh dibeli dengannya. Harga gandum mungkin naik pada tahun 1994 kerana kekurangan gandum dipasaran. Jumlah 100 dinar emas yang sama itu tidak lagi boleh membeli jumlah gandum yang sama pada tahun 1994 sebagaimana jumlah yang telah dibeli pada tahun 1989. Disebalik itu, hukumnya tetap sama: 'emas untuk emas - jumlah yang sama dengan jumlah yang sama'! Akhir sekali ianya masa untuk kita memahami bahawa inflasi itu sendiri adalah satu bentuk riba. Malah ia sebenarnya adalah riba yang beransur-ansur merompak kekayaan kita tanpa diri kita sendiri menyedari yang kita sebenarnya kita telah dirompak. Mereka 'yang bijak' didlam ekonomi, yang pandai menggunakan sistem itu sendiri untuk kepentingan mereka, mendapat keuntungan yang banyak, melalui inflasi, dengan harga yang terpaksa dibayar oleh golongan jahil yang telah dihisap darahnya, yang mana senantiasa bekerja keras akan tetapi mendapat pulangan yang semakin lama semakin sedikit apabila wang kertas palsu ini berterusan hilang akan nilainya.

Ianya adalah perkara yang teramat kritikal pentingya yang mana umat islam perlu berhati-hati mempelajari ramalan Nabi SAW yang mana baginda telah meramalkan kejatuhan akan wang palsu sekular (iaitu wang kertas, plastik dan wang elektronik, dll.)

Abu Bakr bin Abu Maryam telah melapurkan bahawa dia mendengar Pesuruh Allah bersabda: Masanya akan tima keatas umat manusia dalamana tiada apa lagi (yang tinggal) yang boleh digunakan (atau memberi manafaat) simpanlah dinar dan dirham (syiling emas dan perak).
(Ahmad)

----------------------------------------------------------------------------------

Segala rujukan untuk artikel ini boleh dirujuk didalam buku asal karangan Sheikh Imran.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Sabtu, 16 Jun 2012

Apa Ada Pada Forex, Apa Ada Pada Saham...

Katakanlah A melakukan suatu kebaikan umpama memberikan sebiji durian musang king dari kebunnya kepada B tanpa meminta apa-apa balasan, adakah ianya suatu usaha yang sia-sia kepada si A? Majoriti malah mungkin semua rakan-rakan akan bersetuju yang A akan mendapat "PAHALA" dari kebaikan yang telah saya lakukan tersebut, betul tak?

Bagaimana pula jika B mencuri durian musang king tersebut dari kebun si A, adakah ianya tidak memberikan apa-apa kesan kepada si B? Sudah tentu tidak, B akan mendapat "DOSA" atas perbuatannya itu tadi.*


Dalam interaksi sesama manusia didalam dunia ini, Allah SW telah meletakkan dosa dan pahala itu sebagai "MATAWANG" yang mana matawang inilah yang akan digunakan diakhirat kelak untuk membeli tiket kita samada kesyurga ataupun keneraka.


 Mari kita lihat situasi yang sama akan tetapi urusan yang berbeza. Kali ini A menjual durian musang king tersebut dengan harga RM50 kepada B, dan B membayarnya kepada si A "on the spot" pada ketika itu juga. Mereka berakad dan sama-sama bersetuju dengan urusniaga tersebut jadi masing-masing tiada lagi tergantung sebarang tanggungjawab.

Bagaimana pula jika B tidak mempunyai wang dan meminta pada A agar boleh ditangguh pembayaran tersebut pada satu masa tertentu, dan jika dipersetujui oleh A, maka urusan tersebut tetap juga berlaku akan tetapi terdapat suatu yang tergantung disitu iaitu pembayaran. Jika A sudah kenal rapat dengan B mungkin mereka hanya bersetuju secara lisan sahaja, jika tidak mungkin akan masuk buku tiga lima (buku hutang) untuk mencatitkan urusan yang tergantung tersebut iaitu pembayaran. Dari segi agama pula hutang tidak anggap sebagai dosa akan tetapi suatu yang tidak digalakkan didalam Islam, sebagai contohnya Nabi SAW sendiri tidak mahu memandikan mereka yang mati didalam keadaan berhutang. Jadi kita boleh anggap ianya sebagai satu "TANGGUNGAN".

Jika kita lihat dari dua situasi diatas, boleh kita samakan bahawa "PAHALA" dan "TANGGUNGAN" itu dengan wang atau pun hutang (kredit) yang diperolehi adalah datangnya dari usaha samada yang kita sendiri lakukan atau dari usaha insan lain. Tanpa sebarang aktiviti "usaha" itu kita tidak mungkin mendapatkan "PAHALA", "TANGGUNGAN", wang atau hutang itu tadi, perihal ini terutamanya mengenai wang telah pun saya jelaskan secara terperinci didalam artikel saya sebelum ini iaitu Cerita Wang - Sifat Zahir dan Batin. 

Jadi tidak salah jika saya nyatakan bahawa wang juga sama dengan pahala, dan hutang atau kredit pula sama dengan "tanggungan" cuma bezanya pahala/tanggungan adalah percaturan kita dengan Allah SW dan wang/hutang pula percaturan kita dengan manusia, persoalannya bolehkah saya menganggap wang/hutang itu sebagai komoditi yang boleh dijual beli untuk mendapatkan keuntungan?

Didalam dunia pasaran saham pula terdapat bermacam-macam jenis urusniaga seperi jual beli saham syarikat itu sendiri (share trading), urusniaga kontrak keatas suatu nilai saham, bon, matawang atau komoditi lain (derivatives) hinggalah kepada jual beli hutang yang merupakan asas kepada krisis ekonomi "sub-prime" di Amerika Syarikat. 

Kepada mereka yang merupakan kaki forex dan kaki saham yang memperniagakan wang (matawang/saham) dan hutang (kredit), ingin saya ajukan soalan, bolehkah kita memperniagakan pahala ataupun tanggungan itu untuk mendapatkan keuntungan? Adakah dari segi logik dan moral ianya suatu yang "berakhlak" untuk dilakukan? 

Apabila fungsi wang yang sebenar telah di ubah oleh dunia barat, maka wang yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan seluruh umat manusia sebagai medium pertukaran, pengukur nilai dan juga penyimpan nilai telah diubah fungsinya menjadi satu komoditi yang boleh diperdagangkan. Pada pendapat saya dari segi logik sekalipun, forex atau pun bursa saham itu sendiri adalah suatu perniagaan yang tidak berasas sama sekali.

Pada tahun 2010 saya berkesempatan menghadiri persidangan riba' sedunia yang berlangsung di PWTC, Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam ucapan pembukaannya bercakap mengenai dagangan matawang dunia yang berjumlah 4 trillion USD sehari dan jumlah ini bersamaan dengan KDK negara German dalam masa setahun. KDK negara German itu menunjukkan berapa banyak barangan atau perkhidmatan yang telah terhasil dan menjana ekonomi negara tersebut. Barang atau perkhidmatan tersebut sudah tentulah dapat memberi nilai mahupun manafaat kepada insan lain, bagaimana pula dengan Forex atau bursa saham? Apakah sumbangannya kepada manusia kebanyakan selain dari hanya mengenyangkan perut mereka yang terlibat didalam industri tersebut semata-mata? Apakah sumbangan mereka dalam bentuk nilai yang membolehkan kehidupan yang lebih baik dapat diberikan kepada insan-insan lain?

Akan tetapi mungkin ada yang akan berkata "Eh.. ulamak ni cakap boleh, harus, dan sebagainya… kalau on the spot tak jadi masaaalah", respon saya adalah mudah, kaji dan selidik apa sumbangan yang anda berikan kepada insan lain? Jika dinilai dengan pemikiran yang mendalam, tanpa dalil hadis Quran dan sebagainya pun mereka yang waras pemikirannya dapat melihat bahawa forex atau jual beli saham itu adalah suatu yang tidak munasabah. Merujuk pada artikel WSJ yang menyatakan mereka yang rosak otaknya adalah pelabur yang baik, mungkin ini menjelaskan mengapa mereka tidak dapat melihat bahawa apa yang mereka usahakan itu adalah suatu yang tidak berasas sama sekali. Mereka tidak dapat melihat kesan yang akan timbul kepada insan-insan lain akibat perbuatan mereka itu.

Saya tidak memberi hukum halal atau haram kerana saya bukan mufti atau ulamak (walaupun saya telah memberikan "fatwa" haramnya perbankan Islam kepada diri saya sendiri dan keluarga), apa yang saya mahukan adalah rakan-rakan semua merenung hujah-hujah saya ini dan berfikir dengan mendalam mengenainya dan kemudian dengan sendirinya memberikan hukum kepasanya. Urusniaga forex atau saham ini datangnya dari barat sebagai salah satu cara untuk membolehkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Jika mahu berniaga, lakukanlah suatu aktiviti yang memastikan ianya memberi nilai dan manafaat kepada semua umat manusia dan tidak hanya untuk diri sendiri ataupun hanya kepada golongan tertentu semata-mata.

Bermain saham dan forex ini tiada bezanya dengan berjudi ataupun bermain permainan komputer, setiap kali kita mendapat keuntungan ataupun melepasi tahap tertentu didalam permainan, otak akan merembeskan hormon ganjaran dopamine yang membuatkan kita rasa seronok dan lama kelamaan tubuh badan akan senantiasa mahukan hormon dopamine ini, dalam erti kata lain kita akan menjadi seorang penagih, penagih kepada "dadah" yang kita sendiri usahakan. Dan apabila kita senantiasa mengkehendakinya, pertama kita senantiasa didalam keadaan menafikan (denial) yang mana kita mengganggap ianya betul dan artikel saya ini akan dicemuh sebagai tidak berasas, kedua kita tanpa sedar menjadi hamba kepada tubuh badan (sel-sel) kita sendiri yang senantiasa mahukan hormon tersebut sedangkan kita sepatutnya menjadi pemimpin atau khalifah kepada mereka.

Hidup ini hanyalah sementara dan apa yang ada didalamnya hanyalah perhiasan, ujian dan dugaan semata-mata, yang akan kita bawa keakhirat kelak hanyalah pahala sebagai wang untuk membeli tiket ke syurga maka selalulah bertanya kepada diri sendiri adakah dengan forex atau saham ini mampu memberikan pahala atau sebaliknya? Apa ada pada forex dan saham... hanyalah permainan untuk mereka yang terpedaya. Tepuk dada tanya frontal lobe. Wallahualam

*Mungkin akan terdetik difikiran rakan-rakan, "Jika B menerima pemberian dari A, bukankah dia mendapat durian tersebut secara percuma dan tidak tertanggung keatasnya apa-apa tanggung-jawab?", jawapan saya adalah B perlu dan wajib faham bahawa rezeki "percuma" iaitu durian yang diperolehinya itu adalah tanggungjawab yang diberikan kepada Allah SW kepadanya dan ini akan ditanya diakhirat kelak. Adakah B akan makan seorang diri durian tersebut untuk memuaskan kehendaknya seorang diri sahaja (yang mana ianya akan tamat disitu sahaja) ataupun dia akan berkongsi dengan insan yang lain. Jika B memberi atau berkongsi dengan insan lain maka B juga akan mendapat pahala dan A pula tetap akan menikmati pahala itu juga daripada "downline"nya B. Inilah MLM sebenar, MLM untuk akhirat.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Rabu, 13 Jun 2012

Bahana "Gula-gula" Pemimpin


Sejak kebelakangan ini kita selalu membaca dan mendengar berita sifat murah hatinya pihak kerajaan memberikan hadiah dan saguhati kepada rakyat kebanyakan dalam usaha untuk mengurangkan beban rakyat. Akan tetapi mengapa hanya sejak akhir-akhir ini sahaja bantuan sedemikian diberikan, bagi yang "tidak buta dan jelas penglihatannya" amatlah memahaminya kerana pilihanraya yang akan menjelang tidak lama lagi jadi ianya boleh dianggap sebagai "gula-gula" pemimpin untuk memancing undi rakyat. Disaat ekonomi dunia sedang tenat lebih-lebih lagi apabila negara-negara maju seperti Amerika, Eropah dan juga Jepun dilanda masaalah kewangan yang kritikal, dari mana pula kerajaan mendapat wang yang begitu besar untuk menjadi begitu pemurah itu? Adakah negara kita ini mempunyai jumlah simpanan wang yang banyak? Tidak mungkin kerana tidak lama dahulu rakyat sudah pun digerunkan dengan amaran bahawa kerajaan akan bankrup jika harga barangan tidak dinaikkan? Pernahkah kita berfikir dengan cara apakah sebenarnya kerajaan mendapatkan wang untuk berbelanja apatah lagi dengan mudahnya memberikan gula-gula tersebut? Terdapat berbagai cara pihak kerajaan mendapatkan wang untuk pembangunan negara, pembangunan rakyat dan juga pembangunan harta pemimpin itu sendiri apatah lagi jika mahu mempertahankan Putrajaya "at all cost" (biar apa pun harga yang terpaksa dibayar". Disini ingin saya berkongsi sedikit maklumat mengenai cara biasa dan juga kebarangkalian cara lain bagaimana wang tersebut boleh diperolehi dan implikasinya kepada kita semua sebagai rakyat.


1. Cukai
Cukai adalah cara utama dan kebiasaannya bagi kebanyakan kerajaan didunia mendapatkan sumber pendapatannya (lebih tepat "dana" kerana duit rakyat bukan pendapatan tetapi amanah). Sebahagian dari pendapatan rakyat diambil contohnya dari wang gaji, keuntungan perniagaan, lesen dan sebagainya dikumpulkan sebagai dana untuk menggerakkan jentera kerajaan menjalankan aktivitinya baik dari gaji kakitangan kerajaan termasuklah pak menteri, sultan dan kerabatnya hinggalah kepada pembinaan jalanraya, sekolah dan sebagainya. Akan tetapi pihak pemimpin hari ini rata-ratanya sudah lupa bahawa wang tersebut adalah wang rakyat dan bukannya kepunyaan mereka sendiri. Mereka hanya diamanahkan oleh rakyat untuk menggunakan wang tersebut sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat. Akan tetapi adakah itu telah dilaksanakan sepenuhnya? 

Amat jijik saya melihat nota ini terpampang di pam-pam minyak kerana apa yang cuba diutarakan disini adalah kononnya kerajaan telah membantu memberikan subsidi kepada rakyat agar harga minyak menjadi rendah lantas mengurangkan beban rakyat. Persoalannya bukankah wang tersebut sebenarnya adalah wang rakyat, jadi membanggakan usaha "menolong rakyat" dengan cara tersebut adalah suatu tidak munasabah kerana wang subsidi itu juga adalah wang rakyat. Ramai rakyat yang melihat usaha kerajaan ini sebagai langkah kepimpinan yang baik, kerana apa? Kerana mereka lupa yang duit subsidi itu adalah duit mereka sendiri sebenarnya. Pertolongan yang juga memberi manafaat kepada mereka ini diagung-agungkan sedangkan laba besar yang mereka perolehi dari pembaziran, korup dan sebagainya disembunyikan.

"Eh, bukan duit aku la, aku mana bayar cukai, gaji aku kecik je..." Mungkin itu kalimah yang akan keluar dari rakyat berpendapatan rendah, akan tetapi mereka lupa sebenarnya cukai jalan, bayaran lesen memandu, malah tol yang mereka bayar itu akan kembali juga kepada kerajaan dalam bentuk cukai menerusi cukai kepada syarikat tol itu sendiri dan juga cukai pendapatan kepada bos-bos pondok tol itu sendiri.

Apa akan jadi kepada masyarakat jika wang cukai digunakan sebagai "gula-gula" kepada rakyat?. Kesannya mungkin tidak kelihatan serta-merta, akan tetapi selepas pilihanraya apabila kerajaan sudah tidak punyai wang lagi untuk menggerakkan jenteranya, maka sudah tentulah kadar cukai perlu dinaikkan, jika masa diperlukan untuk mengutip cukai dari rakyat, langkah segeranya adalah dengan meminjam wang dari pihak luar (samalah macam manusia akhir zaman ini yang nak semua cepat, meminjam tanpa mengira halal haram riba') akan tetapi mengaburinya dengan pinjaman untuk membangunkan projek-projek tertentu. Dan siapa yang akan menanggung hutang tersebut? Dan apabila pihak kerajaan sedar negara akan bankrap, siapa yang akan diugut jika bukan rakyat? Masaalahnya ramai manusia hari ini otaknya seperti otak ikan, walaupun mulut dah robek dek mata kail sebelumnya, bila nampak umpan, masih nak makan lagi. Itu adalah sifat biasa bagi mereka yang lemah frontal lobenya. Dan siapakah pula yang membentuk suasana kehidupan menyebabkan rakyat menjadi sedemikian jika bukan "ayah" sebagai ketua keluarga (Malaysia) iaitu pemimpin itu sendiri?

2. Pinjaman
Hutang luar negara semasa sudah mencecah 456.1 billion ringgit dan jika kita bahagikan dengan jumlah rakyat Malaysia hari ini yang berjumlah hampir 28.9 juta orang, bermakna setiap seorang dari kita secara automatiknya berhutang sebanyak 15 ribu ringgit. Mungkin ada yang berkata "Bukan aku yang berhutang tetapi kerajaan, mengapa aku pulak yang terbabit". Akan tetapi bukankah kerajaan sebenarnya mewakili rakyat iaitu diri kita sendiri, dan kerajaan mendapatkan wangnya dari cukai yang diambil daripada rakyat. Oleh kerana pendapatan kerajaan majoritinya didapati daripada cukai, hutang yang semakin besar bermakna kadar cukai juga perlu dinaikkan untuk menampung hutang tersebut. 

Perlu diingatkan hampir kesemua hutang-hutang luar tersebut perlu dibayar balik dengan faedahnya, jadi siapakah yang akan menanggung beban membayar balik balik pinjaman beserta faedah tersebut jika bukan kita rakyat kebanyakan? Maka tidak hairanlah mengapa tidak lama sebelum ini VAT atau GST sudah pun diperkenalkan kepada rakyat. Kesan pemberian "gula-gula" menggunakan duit cukai ini tidak kelihatan serta merta kerana pemimpin yang memerintah sekarang ini begitu cilik lagi teramat bijak akan memendam beban hutang ini sehinggalah selesai pilihanraya. Jika mereka menang, ekonomi dunia akan dipersalahkan sebagai alasan menaikkan cukai, dan jika mereka kalah pula, akan ada alasan untuk menyerang pihak yang menang jika mereka terpaksa menaikkan cukai jika ianya teramat perlu untuk "mencuci najis" yang ditinggalkan oleh diri mereka sendiri sebelum itu. 

3. Bon Kerajaan/Saham
Bon-bon yang dikeluarkan oleh kerajaan sebenarnya adalah simpanan tetap yang telah dijanjikan pulangannya oleh kerajaan kepada pembeli-pembeli bon-bon tersebut. Ia sebenarnya adalah "pinjaman" oleh kerajaan dari pihak yang mempunyai wang tetapi di"agung"kan dengan nama bon. Bon akan memberikan pulangan terjamin kepada pembelinya (pemberi pinjam) dengan kadar faedah tertentu untuk jangka masa yang tertentu. Perlu diingatkan bahawa pulangan tersebut sudah semestinya disertakan sekali dengan faedahnya. Jadi siapa sebenarnya yang akan dibebankan jika bukan rakyat itu sendiri?

Menerusi konsep penjualan bon ini jugalah bagaimana yang kaya akan menjadi kaya kerana pulangan lebih memihak kepada mereka. Walaupun pelanggan utama kebanyakan bon kerajaan adalah KWSP, akan tetapi jumlah dividen yang kerajaan bayar kepada KWSP lebih berpihak kepada yang bergaji besar (lebih besar peratus caruman) berbanding kepada yang miskin, inflasi semasa sahaja sudah cukup untuk melenyapkan pulangan dividen mereka yang mempunyai caruman yang kecil itu. Akan tetapi ada cara lain yang lebih cepat untuk kerajaan mendapatkan wang dengan jumlah yang besar, contoh terbaru adalah penyenaraian Felda ke bursa saham (menjadi syarikat korporat) dengan harapan sejumlah wang yang besar dapat dikumpulkan dengan meng"gadai"kan tanah peneroka seluas 300 ribu hektar itu.

Dalamana peneroka diberikan "lolli-pop" yang nampaknya besar, jumlah yang lebih besar tersedia untuk mereka yang kaya-raya, lihat sahajalah kepada pengagihan saham-saham Felda yang disenaraikan oleh kerajaan, sedangkan yang bekerja berhempas pulas membanting keringat adalah peneroka, yang mendapat manafaat, keuntungan dan pulangan juga adalah terdiri dari mereka yang berpeluh, tetapi berpeluh samada kerana menghayun kayu golf ataupun sedang bersauna di spa-spa istirehat. Lihatlah peruntukan 11.5% untuk bumiputera yang diluluskan MITI, adakah ianya kita sebagai rakyat kebanyakan? Tidak, hanya mereka yang mmepunyai aset sekurang-kurangnya 3 juta baru boleh melabur, siapa lagi jika bukan golongan yang sudah kaya-raya dan golongan kroni-kroni yang mahu mendapatkan pulangan hasil dari penat lelah peneroka.

Ingin saya nyatakan disini bahawasanya pengkorporatan adalah peng"KEPARAT"an kepada rakyat baik syarikat api, air, telekomunikasi dan sebagainya. Ianya adalah cara bagaimana yang kaya akan menjadi kaya dengan memerah keringat rakyat kebanyakan secara halus dalamana rakyat kebanyakan yang mendapat 2-3 saham sudah terkinja-kinja keseronokan sedangkan habuan yang amat besar untuk yang kaya-raya, dan golongan sebeginilah yang rata-rata "buta" dengan keseronokan ini lantas kekal memilih pemimpin yang korup (sudah tentu tidak dimata mereka). Sebab itu lah ketika negara nak bankrap yang kaya semakin kaya kerana menerusi sistem ekonomi barat (yang adakalanya ditiraikan dengan nama Islamik) membuatkan yang kaya menjadi semakin kaya.


Tetapi didalam kes Felda ini mungkin pihak peneroka tidak peduli sangat akan masaalah kepimpinan ini kerana "lolli-pop" 15 ribu ringgit telah pun dijanjikan, mungkin dengan jumlah itu para peneroka juga kemudiannya boleh bergoyang kaki pula dikedai-kedai kopi kerana pekerja dari negara asing juga akan dibawa masuk untuk bekerja diladang-ladang Felda. Ini sudah pasti akan membawa kesan buruk kepada sosio-ekonomi warga Felda itu sendiri, akan tetapi kesannya lambat dan halus maka berapa orang sahaja yang celik mata untuk dapat melihatnya. Mungkin apabila anak dara peneroka dibawa lari oleh "Abang Ladesh","Abang Yono" atau "Abang Nepal" barulah masa itu nak bising masuk akhbar tabloid merayu anak pulang dan sebagainya.

4. Inflasi
Inflasi adalah cara termudah kerajaan mendapatkan wang untuk memberikan "gula-gula" tersebut, dan inflasi sebenarnya adalah cukai terlindung atau tersembunyi kepada semua rakyat. Yang kaya raya dan punyai daya saing yang kuat didalam ekonomi akan terselamat malah menjadi semakin kaya manakala yang miskin dan lemah pula saban hari akan dihimpit oleh penangan inflasi tersebut. Ini terbukti apabila disaat kerajaan menyatakan yang mereka akan bankrap jika tidak mengurangkan subsidi kepada rakyat, golongan kaya menjadi bertambah kaya. Sistem ekonomi kapitalis dan sistem kewangan berlandaskan riba' yang diterima pakai hari inilah yang menyebabkan inflasi dan melaluinya jugalah pembahagiaan kekayaan tidak berlaku dengan secara adil.

Inflasi berlaku apabila kerajaan dengan mudahnya mencetak wang baik secara langsung ataupun tidak. Tiada apa yang boleh menghalang kerajaan memerintahkan Bank Negara dari mencetak wang sewenang-wenangnya atau pun melalui kemasukan kira-kira kepada bank-bank tempatan dan kemudian memberikannya kepada rakyat. Mereka yang terdesak akan melakukan apa sahaja untuk mencapai keinginan mereka (mempertahankan Putrajaya). Rakyat yang bodoh pula akan terkinja-kinja keseronokan menerima "gula-gula" tersebut tanpa menyedari akibat yang akan timbul. Mencetak wang tanpa bersandarkan sesuatu yang bernilai ini adalah resepi mudah untuk inflasi, amat merbahaya jika dilakukan seperti apa yang berlaku di Zimbabwe yang mana mahu membeli 3 biji telur pun kena dibayar berbillion-billion matawangnya. Kerajaan Argentina juga pada tahun 1989 mencetak wang untuk membayar balik hutangnya menyebabkan kadar inflasi yang teramat teruk hinggakan harga barangan dikedai terpaksa dinaikkan 3 kali sehari untuk menyamakannya dengan nilai wang kertas mereka. Akan tetapi apabila pemimpin sudah bertegas untuk mempertahankan Putrajaya walau apa jua harga yang perlu dibayar, kalau sudah terdesak, kebarangkalian ianya untuk dilakukan adalah lebih besar. Apabila pemimpin mahu melakukan sesuatu "biar apa pun harga yang perlu dibayar", dia sebenarnya sudah lupa bahawa bukan dia sebenarnya yang perlu membayar "harga" tersebut akan tetapi rakyat, rakyat yang terpaksa menanggung beban membayar "harga" tersebut

Kerajaan juga boleh "mencetak" wang secara tidak langsung dengan berselindung disebalik memberikan pinjaman seperti skim amanah rakyat (Sara1M) yang dilancarkan tidak lama dulu. Jika rakyat yang layak mempunyai wang simpanan dan menyertai skim tersebut, kerajaan akan mendapat wang serta merta untuk pilihanraya dan juga untuk memberikan "gula-gula" yang lain pula. Akan kerajaan pula hanya perlu membayar balik selepas 5 tahun secara beransur-ansur. Dan pulangan yang dijanjikan itu samada cukai daripada rakyat sendiri (cukai dan harga barang kawalan dinaikkan) dan mungkin juga wang yang dicetak tanpa bersandarkan nilai atau pun melalui kemasukan kira-kira kedalam sistem perbankan. Akibatnya wang yang baru dicipta ini akan men"curi" nilai dari wang yang sedia ada, mencairkan nilainya dan menyebabkan inflasi dan menyebabkan kenaikan harga barangan dipasaran.

Jika rakyat meminjam daripada bank pula untuk melabur didalam skim tersebut, bank melalui kemasukan kira-kira juga akan mencipta wang baru melalui perbankan pecahan simpanan (fractional reserve banking). Akibatnya wang baru juga akan tercipta dan inflasi akan meningkat secara automatiknya. Lebih menarik lagi adalah bank juga akan menerima pendapatan tambahan daripada kerajaan daripada faedah yang diperolehi, bank umpama menangguk diair keruh mendapat keuntungan dari kesusahan orang lain. Bukan sahaja kesusahan malah penipuan yang dilakukan kerajaan itu sendiri. Akan tetapi apalah bank jika ianya bukan untuk menindas kerana itulah sebab utama mengapa bank ditubuhkan.

Melihat daripada kebarangkalian dari mana sumber wang diperolehi oleh kerajaan untuk diberikan sebagai gula-gula, perlu diingatkan sekeras-kerasnya bahawa ianya pasti akan kembali kepada diri kita sendiri sebagai rakyat. Tiada yang percuma didunia ini, baik dari sudut agama mahupun dari sudut hukum alam itu sendiri, ada harga yang perlu dibayar.

Pemimpin disokong kerana kepimpinannya yang ikhlas, adil dan telus dan bukannya kerana pemberian "gula-gula" beracun yang mana akan merosakkan diri rakyat itu sendiri. Bukan pemberian fizikal tetapi pemberian rohani, kerana apa? Kerana yang fizikal (wang ringgit, keuntungan, manafaat) itu semua adalah dari duit rakyat itu sendiri, hanya kepimpinan yang adil, telus dan iklhas itu sahaja sebenarnya yang benar-benar dari mereka. Agak sukar untuk menentukan ketelusan, keihklasan pemimpin dalam usaha menolong rakyat, walau banyak mana sekali pun cakap-cakap manis atau "gula-gula" yang diberikan, lihatlah kepada hasil dari kepimpinan mereka itu sendiri. Akan tetapi "melihat" itu sendiri perlulah dari sudut keseluruhan kehidupan masyarakat itu sendiri. Masaalahnya kebanyakan dari kita sudah teramat selesa didalam penjara masing-masing hingga terlupa yang mereka sebenarnya telah terkurung. Umpama dikurung oleh riba' didalam rumah besar tetapi tanpa sedar menjadi hamba kepada bank hingga ke liang lahad.

Kita perlu kaji kesan kepimpinan tersebut kepada seluruh masyarakat baik dari segi ekonomi mahu pun dari segi akhlak keseluruhan masyarakat itu sendiri. Ingatlah, manusia tidak dilahirkan sebagai seorang pencuri, penyangak, pemakan rasuah, penipu, pengampu dan sebagainya. Setiap anak yang lahir fitrahnya adalah Muslim yang tunduk kepada Maha Pencipta dengan penuh sifat-sifat kemanusiaan, akan tetapi mengapa akhir-akhir ini semakin ramai ramai yang bersikap kebinatangan dan lari dari sifat kemanusiaan itu sendiri?.

Ambil contoh buah tembikai yang dibiarkan membesar didalam keadaan semulajadinya akan menjadi bulat, letakkan buahnya yang masih kecil didalam kotak maka ia akan membesar menjadi bersegi mengambil rupa kotak tersebut. Begitulah juga dengan umat manusia, siapakah yang menyediakan persekitaran untuk rakyat membesar jika bukan pemimpin-pemimpin? Sebab itulah pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Nabi Muhammad SAW dan juga khalifah penggantinya yang amat menjaga rakyat kerana mereka tahu bahawa ianya adalah amanah yang teramat besar, lihatlah Saidina Umar yang tidak mahu memakan daging dan juga lemak haiwan sehinggalah rakyat kebanyakan dapat memakannya, adakah pemimpin sebegitu yang kita miliki atau yang lebih tepat kita pilih pada hari ini? Melihat pada pengagihan saham Felda itu sendiri nampaknya pemimpin dan kroni dapatkan daging dan lemak, peneroka yang bertungkus lumus dapat tulangnya sahaja.

Masaalahnya kebanyakan manusia hari ini adalah mereka lebih suka memilih pemimpin yang paling banyak memberikan kesenangan dunia kepada mereka dan disebabkan kesenangan dunia itulah mereka telah menjadi buta dan tenggelam didalam alunan janji-janji manis pemimpin tersebut. Pemberian "gula-gula" menjadi ukuran tanpa memikirkan akibat yang akan menimpa diri mereka sendiri nanti. Bukankah kerosakan didunia itu angkara perbuatan manusia itu sendiri. Adakah kita sebagai rakyat sudah menjadi terlalu bodoh dengan akal umpama keldai masih berpegang kepada kepimpinan yang sama?

Didalam fizik kuantum, kita tidak boleh melihat dunia ini tanpa kita sendiri memberi kesan kepadanya, jika dunia hari ini semakin rosak, ini adalah kerana kita sendiri terbabit merosakkannya. Contohnya, jika cuaca semakin panas kerana "global warming", ini kerana kita saban hari menggunakan minyak fossil jadi secara tidak langsung kita juga terbabit. Jadi apabila kita merasakan kehidupan tidak lagi seaman dahulu dengan perlu menoleh kiri-kanan senantiasa kerana takut diragut, tidur malam tidak lena kerana takut rumah dipecah, ini adalah kerana kita bersama dengan pihak bank (melalui pinjaman yang kita ambil) membenarkan wang dicipta tanpa sandaran dan menyebabkan mereka yang kalah didalam persaingan terpaksa mengambil langkah meragut, mencuri, menipu, makan rasuah dan sebagainya untuk terus bersaing. Dan siapa yang membuat dan membenarkan keadaan tersebut berlaku jika bukan kerajaan sebagai "bapak didalam keluarga Malaysia" ini.

Sekali lagi saya cuba mengingatkan bahawa tiada yang percuma didunia ini, semua ada harga yang perlu dibayar. Didalam dunia fizik kuantum sekalipun, walaupun ada ketikanya sesuatu yang percuma itu boleh diperolehi akan tetapi ianya hanyalah bersifat sementara. Wang mewakili usaha yang diberikan dan jika ianya diperolehi tanpa sebarang usaha, ianya akan lari daripada diri kita, malah bukan itu sahaja kesan buruknya akan berbalik kepada diri kita sendiri yang mana dalam contoh diatas didalam bentuk inflasi dan juga kenaikan harga barang akibat cukai yang semakin meningkat. Dan ingatlah, inflasi adalah penindasan yang paling buruk buat manusia di akhir zaman ini. Disebabkan inflasilah rakyat terpaksa bersaing merebut wang yang tidak pernah cukup dipasaran kerana wang yang perlu dibayar balik lebih daripada jumlah yang mula-mula tercipta. Akibatnya ada yang teraniaya dan ketinggalan lantas bertindak diluar batasan norma-norma manusia seperti mencuri, menipu, rasuah dan sebagainya untuk memastikan terus hidup. Sebab itu Nabi SAW bersabda kemiskinan menyebabkan kekufuran, akan tetapi cara dan sistem pemerintahan kerajaan itu sendiri yang menyebabkan rakyat menjadi miskin lantas kufur, bukankah tiba masanya memilih pemimpin yang baru dan yang berjuang untuk rakyat.

Bolehkah seorang pemimpin itu dikatakan benar-benar berjiwa rakyat jika dia sendiri tidak pernah menjadi rakyat biasa dan tidak pernah kenal erti kesusahan? Jika dari kecil hidup senang, makan bersudukan perak, sekolah berjemput hantar dengan pemandu persendirian, dijalanan tidak pernah tersangkut didalam kesesakan kerana senantiasa jalan dilancarkan maka tidak pernah terbentuk jaringan-jaringan neuron didalam otak mereka dan merembeskan kimia-kimia emosi tertentu untuk memberitahu kepada seluruh sel-sel ditubuh mereka erti sebenar kesusahan. Jadi orang yang senang dan menyatakan mereka berjiwa rakyat itu hanyalah omong kosong semata-mata. 

Anak kecil mana yang tidak sukakan gula-gula, selagi tidak diperhatikan, dikawal dan dilarang, biar habis giginya buruk tidak menjadi masaalah asalkan dapat menikmati gula-gula. Mengapa mereka berkelakuan begitu? Ini adalah kerana mereka masih tidak berakal, frontal lobenya masih tidak terbentuk dengan sepenuhnya untuk membolehkan mereka memikirkan akan akibatnya.

Mengapa rakyat sukakan dengan pemimpin yang selalu memberikan "gula-gula"? Tidak boleh menyalahkan mereka sukakan gula-gula tersebut kerana desakan hidup. Dan atas desakan hidup itu jugalah frontal lobe mereka menjadi semakin lemah tambahan pula dengan budaya hiburan baik musik, tv, filem video dan sukan yang rata-ratanya membantu mengurangkan daya berfikir kritis. Akibatnya mereka tidak mampu lagi berfikir sedalam-dalamnya kesan hari esok atas perbuatan hari ini, dan kemudiannya lupa akan akibat yang menimpa mereka diesok hari sedangkan itu adalah perbuatan mereka dihari semalam lantas menyalahkan orang lain atas keburukan yang menimpa mereka.

"Hey... Engkau peduli apa, suka hati akulah nak pilih siapa!"

Manusia bercakap seolah-olah mereka mempunyai kebebasan untuk memilih iaitu free will, akan tetapi free will itu sendiri sebenarnya adalah ilusi. Minda separuh sedar kita sendiri yang lebih berkuasa menentukan apa yang akan kita pilih dan lakukan, hanya boleh di"veto" jika seseorang itu mempunyai frontal lobe yang kuat dan disertaikan dengan cabang-cabang neuron maklumat yang luas. Pastikah kita membuat penilaian yang tepat jika corak kehidupan itu sendiri melemahkan frontal lobe apatah lagi dihambur pula dengan media yang berat sebelah lantas memberi basuhan minda yang membentuk minda separuh sedar.

Penyelesaiannya adalah kembalilah kepada Islam, khusyuklah didalam solat dan berpuasalah dengan ikhlas agar frontal lobe menjadi kuat dan diri juga mampu menahan desakan-desakan dari minda separuh sedar untuk memilih dan membuat pilihan yang lebih mengenyangkan nafsu dan mendapat habuan dunia. Pelajarilah pelbagai ilmu agar lebih banyak lagi jaringan neuron tersedia untuk frontal lobe membantu kita berfikir, menganalisa semua kebarangkalian dan kemungkinan lantas membuat keputusan lebih tepat mem"veto" "suka hati akulah nak pilih siapa" itu tadi. Pilihlah pemimpin yang mampu memberikan kita kejayaan didunia dan juga diakhirat. Ingatlah jika pemimpin hanya memberikan kejayaan dunia dengan segala perhiasan dan kesenangan, ianya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mereka yang terpedaya (Surah Al-Imran 3:185). Pilihan di frontal lobe kita semua.


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share

Khamis, 17 Mei 2012

Sains Moden Menemui Tuhan

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.             (Surah Al-Imran 3:185)

Suatu ketika dahulu sains kelihatan seolah-olah musuh kepada kepercayaan agama - sekarang ianya tidak lagi! Fizik moden dan kosmologi (sains mengenai asal dan perkembangan alam maya) masa kini telah memberikan bukti objetif yang kukuh akan kewujudan tuhan, mengesahkan sifat-sifatNya dan menunjukkan bagaimana tuhan mencipta kewujudan fizikal ini dari suatu yang tidak wujud (nothingness). Maklumat ini datangya dari analisis kritikal teori Big Bang, Special Theory of Relativity Albert Einstein dan juga kajian-kajian yang telah dilakukan dalam sains fizik kuantum. Konsep disebalik ilmu sains yang hanya boleh difahami oleh saintis ini sekarang boleh dipersembahkan dengan cara yang mana ianya mampu difahami oleh sesiapa sahaja yang mempunyai pendidikan modern.

1. Kita sekarang telah mengetahui menurut teori kosmologi yang rata-rata diterima ahli saintis bahawa dunia fizikal yang kita lihat pada hari ini telah tercipta dari ketiadaan atau suatu yang tidak wujud (nothingness) iaitu tanpa masa, ruang dan materi.

2. Kita juga telah mengetahui bahawa pada permulaan penciptaan dunia ini, ianya berlaku dengan mana cahaya menjelma wujud pada pada satu titik permulaan yang mana tidak mempunyai sebarang dimensi (a singularity point with no dimension).

3. Kita telah mengetahui bahawa bahan materi dunia fizikal ini telah menjadi wujud dengan cara yang mana photon (satu gumpalan kecil tenaga cahaya) telah berlanggar sesama mereka dan kemudiannya membentuk jumlah tak terbilang banyaknya proton-proton, neutron-neutron dan elektron-elektron yang mana dengan pelbagai cara kombinasi kemudiannya membentuk kesemua yang wujud didalam dunia fizikal kita ini.

4. Pada dasarnya, dengan tepat kita boleh mengatakan bahawa semua bahan materi didunia fizikal ini termasuklah tubuh badan kita ini, sebenarnya adalah cahaya yang telah menjadi perlahan.

5. Kita telah mengetahui bahawa ruang angkasa alam semesta yang mengandungi dunia fizikal kita ini sedang berkembang. Konsep ini adalah suatu yang asing bagi pemikiran manusia sehinggalah Albert Einstein mengemukakan General Theory of Relativity beliau pada awal kurun ke 20. Ianya tidak pernah difikirkan oleh mana-mana pemikir hebat sebelum itu akan tetapi ianya telah diyatakan oleh Al Quran 1400 tahun yang lalu apabila Allah berfirman, "Kamilah yang mengembangkan dunia ini dengan kekuatan" (Al Quran 51:47, Terjemahan Muhammad Asad). Malah Einstein sungguh tergamam dengan penemuan beliau itu sendiri kerana dunia yang berkembang bermaksud pada satu ketika dahulu terdapat ketikanya dimana dunia ini tercipta.

6. Special Theory Of Relativity oleh Einstein (yang mana beliau sendiri menggelarnya "Absolutism Theorem" kerana beliau menyedari yang apa yang ditemuinya didalam dunia relatif tetapi merupakan adalah sesuatu yang benar-benar nyata/mutlak) adalah mengenai sifat-sifat istimewa cahaya.

7. The Special Theory of Relativity membolehkan kita buat pertama kalinya melihat secara objektif apa yang wujud diluar jangkauan dunia materi ini.

8. Kita boleh menemui apa sahaja apabila kita dapat melihat apa yang wujud diluar dunia materi ini, tetapi apa yang kita temui sebenarnya amat menakjubkan dan perlu diberikan perhatian. Kita mendapati Special Theory of Relativity oleh Einstein ini menunjukkan kepada kita bahawa disebalik dunia fizikal kita ini wujud bahan bukan materi yang terdiri dari sesuatu yang mutlak atau nyata, dan sesetengah bahan-bahan ini pula menariknya serupa dengan apa yang pelbagai agama ambil sebagai sifat-sifat tuhan.

- Contoh pertama: Apabila kelajuan cahaya dihampiri (300,000 km per saat), masa menjadi semakin perlahan, dan pada kelajuan berkenaan, masa tidak lagi berlalu. Ini bermakna bagi photon iaitu zarah cahaya yang bergerak pada kelajuan cahaya, masa tidak berlalu, maka photon tidak tertakluk pada masa dan KEKAL SELAMA-LAMANYA (Eternal). 

- Contoh kedua: Oleh kerana masa tidak berlalu bagi photon iaitu zarah cahaya, dan photon boleh diperhatikan dimana-mana, iaitu photon tersebut boleh diperhatikan pada masa yang sama berada ditempat yang berbeza, oleh sebab itu ianya adalah BERADA DIMANA-MANA (Omnipresent).

- Contoh ketiga: Oleh kerana setiap bahan materi yang wujud didunia fizikal ini tercipta dari tenaga cahaya, dan tenaga cahaya ini jugalah yang berterusan memelihara dan mengawal setiap aktiviti bahan materi didalam kewujudan dunia fizikal ini, maka tiada kuasa selain dari kuasa cahaya. Kuasa cahayalah segala kuasa yang wujud, jadi ianya MEMPUNYAI KUASA YANG TIDAK TERBATAS (Omnipotent).

- Contoh keempat: Oleh kerana semua ilmu dan maklumat yang wujud, yang telah wujud atau akan wujud tersimpan dalam bentuk tenaga cahaya dan di sebar atau pancarkan didalam bentuk tenaga cahaya maka tiada ilmu atau maklumat yang wujud selain yang tersirat didalam cahaya itu sendiri, oleh sebab itu ianya SERBA MENGETAHUI (Omniscient).

9. Sebagai tambahan, cahaya sebenarnya tidak wujud didalam kewujudan fizikal ini walaupun kita boleh memperhatikannya. Apabila kita menghampiri kelajuan cahaya, salah satu dari dimensi (panjang, tinggi atau lebar), dimensi yang selari dengan arah pergerakan akan menjadi bertambah kurang dan kurang, dan pada kelajuan cahaya dimensi tersebut menjadi kosong (zero). Untuk mengetahui isipadu kita perlu mendarab tinggi dengan panjang dan juga lebar, akan tetapi jika salah satu dari dimensi tersebut adalah kosong maka isipadunya juga adalah kosong, jadi benda itu sebenarnya tidak wujud didalam dunia materi ini. Cahaya tidak mempunyai isipadu didalam ruang maka oleh sebab itu ia tidak berkewujudan (has no existance) didalam dunia fizikal ini.

10. Semua yang wujud didalam dunia fizikal ini mempunyai jirim lebih dari kosong yang mana merupakan ciri-ciri bagi kewujudan didalam dunia fizikal ini, akan tetapi cahaya langsung tidak mempunyai jirim atau berat. Apabila kita menghampiri kelajuan cahaya, jirim atau berat akan bertambah dan pada kelajuan cahaya berat adalah infiniti. Tak kiralah sekecil mana berat atau jirim pada permulaannya, jirim atau berat tersebut akan mencecah infiniti pada kelajuan cahaya. Oleh kerana photon bergerak pada kelajuan cahaya tetapi tidak mencecah jirim atau berat infiniti, ini bermakna photon sebenarnya bermula dengan nilai jirim kosong, maka cahaya sebenarnya tidak wujud didalam dunia materi ini.

11. Didalam dunia fizikal ni semuanya adalah relatif, kewujudan mutlak atau tidak sesuatu kualiti itu tidak boleh digambarkan, segala sesuatu yang wujud diantara dua kualiti tersebut adalah kontinum atau pemeringkatan dari sesuatu yang boleh digambarkan dengan nyata kepada sesuatu yang tidak boleh digambarkan dengan nyata. Kita walau bagaimanapun mendapati, disebalik kewujudan materi ini semua kualiti-kualiti itu wujud samada didalam keadaan tidak terbatas atau ianya tidak wujud sama sekali, tiada apa yang berada diantaranya.

Perkara paling penting didalam penemuan-penemuan diatas adalah ianya telah memusnahkan sebarang idea, kepercayaan atau konsep yang dunia fizikal ini wujud sebagai suatu jumlah tertentu bahan-bahan materi yang bergerak dengan suatu hukum-hukum fizikal yang tertentu. Pemahaman yang tidak tepat mengenai kewujudan fizikal inilah yang telah membentuk asas falsafah sains kebendaan atau materialisme. Ianya falsafah materialisme inilah terutamanya falsafah materialisme sekular telah membenarkan kepercayaan kepada tuhan itu telah dicabar dengan hebatnya oleh mereka yang tidak percayakan tuhan selama beberapa ratus tahun sebelum ini, lebih kurang sekitar zaman Sir Isaac Newton.

Ianya tidak lagi munasabah baik secara intelek ataupun menerusi alasan logik didalam penemuan fizik moden dan kosmologi ini untuk berpegang kepada pandangan atheis (iaitu tuhan itu tidak wujud). Apa yang pasti menerusi alasan logik dan juga pemikiran intelek yang jujur ini, kesimpulan yang boleh diambil menerusi penemuan sains moden adalah Tuhan itu wujud, yang mana sifat-sifat Tuhan itu wujud dan Tuhan jualah yang telah mencipta dunia fizikal ini termasuklah juga manusia. Kita sekarang ini berada pada titik perubahan dari pandangan materialisme sekular terhadap dunia ini kepada pandangan bertuhan.

NOTA: Kesemua ini hanyalah sebilangan dari rumusan yang dipermudahkan dari usaha-usaha besar yang sedang dijalankan, akan tetapi kami merasakan ianya amat penting dan menjadi tanggungjawab kami untuk menjelaskannya kepada umat manusia ciptaan Allah ini. Fakta-fakta sains disebalik penjelasan-penjelasan ini adalah fakta-fakta yang dipersetujui bersama oleh beberapa ahli-ahli fizik tersohor dunia, termasuklah beberapa ahli teoritikal fizik yang telah memenangi Hadiah Nobel. Penjelasan-penjelasan ini teramat penting didalam titik peralihan pemikiran teologi Islam, akan tetapi buat masa kini ianya masih belum lagi diterima oleh sarjana Islam diseluruh dunia.

* Artikel ini adalah terjemahan dan olahan dari artikel asal berbahasa Enggeris karya Allayarham Dr. Muhammad Al Mahdi bertajuk "Modern Science Finds God", beliau adalah pengasas Khalifah Institute. Semua kredit adalah kepada beliau yang mana ianya datang dari pemikiran beliau sebagai seorang ahli psikologi dan juga ahli teoritikal fizik. Kepada mereka yang mahu mengambil artikel ini, harap link kepada laman beliau dikekalkan. Sebarang komen untuk memperbaiki mutu terjemahan artikel ini amatlah dialu-alukan. 


Baca selanjutnya/sila beri ulasan anda disini...
Bookmark and Share
"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas