Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Ahad, 12 April 2009

Mengapa SyurgaDiDunia?

Ramai tertanya2 mengapa tajuk blog saya syurgadidunia? Pernah terjumpa perbincangan di sebuah forum yang menyatakan bahawa tajuk blog tidak kena dgn kandungannya. Syurgadidunia hanyalah simbolik, ianya bukanlah bermaksud syurga itu sendiri ada didunia ini.

Bekerja diluar negara dgn profession yang membolehkan saya menjelajah keseluruh pelusuk dunia telah byk mengubah cara saya melihat dunia ini, benarlah pepatah, jauh perjalanan, luas pengalaman. Walaupun kita boleh melihat dunia luar dari kaca TV tetapi kebanyakan kita tidak sedar yg apa yg dipapar hanyalah perkara2 yg kita perlu tahu dan apa yg tidak perlu tidak didedahkan, perlu atau tidak perlu pula selalunya ditapis oleh golongan2 tertentu untuk kepentingan individu tersebut dan bukannya untuk kepentingan manusia sejagat. Dari sekaya2 kerabat Arab hingga semiskin2 manusia di kebanyakan negara Asia dan Afrika, malah diAmerika dan di negara2 Eropah juga ada pengemis dan mereka yg tidak punyai tempat tinggal dan hidup dijalanan, ada sesuatu yg tidak kena. Dgn 5% manusia didunia ini memegang 95% kekayaan dunia, memang sah ada sesuatu yg teramat tidak kena.

Ahli saintis menyatakan yg kehidupan dimuka bumi ini sedang menuju kehancuran yg keenam, telah berlaku lima kehancuran dunia sebelum ini yg menyebabkan kehidupan dimuka bumi ini pupus tetapi kebanyakannya disebabkan faktor luaran seperti meteor atau asteroid yg jatuh kebumi. Kehancuran yg bakal melanda, menurut mereka pula adalah disebabkan tindak tanduk manusia itu sendiri. Ini selari dgn ayat Al Quran yg menyatakan bahawa manusia itu sendiri yg menyebabkan kerosakan dimuka bumi (Ar Rum 30:41).
Kiamat sudah hampir dan kehancuran dimuka bumi ini juga sudah jelas kelihatan tetapi manusia tetap berkelakuan sama dan tidak nampak sebarang perubahan malah semakin teruk. Dari masalah Palestin hinggalah kemasaalah keruntuhan moral terutamanya bangsaku yg semakin me"layu", bagaimana dan apakah caranya yg boleh dilakukan untuk mengubahnya.

Alhamdulillah, byk masa terutamanya ketika didlm penerbangan saya habiskan dgn membaca, alhamdulillah juga saya mulakan dgn perbandingan agama. Terimakasih kepada Lina Joy yg membuka minda saya untuk mendalami ajaran Kristian dgn membaca Bible dan juga menonton video perdebatan terutamanya antara Sheikh Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik. Disusuli dgn kewangan peribadi, kuasa minda termasuk ilmu mengenai bagaimana otak manusia berfungsi, Quantum fizik dan juga falsafah barat dan alhamdulillah saya nampak perkaitannya dgn Islam. Dan ilmu pengetahuan yg saya dapati inilah yang saya ingin berkongsi dgn rakan2 sekalian.

Melalui pembacaan, apa yg saya perhatikan melalui idea2 yg dikemukakan oleh pengarang dibarat adalah, mereka kebanyakannya telah jauh meninggalkan atau menolak agama sebagai rujukan, disaat barat menolak dan menjauhi agama nenek moyang mereka, masyarakat kita terhegeh2 menganuti agama ini dan menolak Islam. Barat menggunakan konsep Dualism yg diilhamkan oleh ahli falsafah Peranchis Rene Descarte pada kurun ke17. Beliau mengesyorkan bahawa saintis hanya perlu tahu yg boleh dilihat, yang nyata dan ahli agama (gereja) pula akan menumpukan perhatian kepada perkara yg ghaib seperti minda, hati, perasaan dan ketuhanan. Sebab itu sains semakin mengkaji benda2 yg halus kerana apabila kelihatan maka itu menjadi bidang kajian mereka. Dari konsep dualism itu juga timbul pula konsep susulan seperti Darwinism dan juga Newtonian yg menjadi pegangan utama masyarakat barat tetapi tanpa sedar ianya merupakan penyebab utama kehancuran dimuka bumi ini. Mengapa ini saya rumuskan membawa kehancuran?

Darwin menerusi Teori Evolusi memberitahu bahawa manusia wujud hanyalah dari mutasi secara rawak dari sekecil2 sel menjadi monyet dan kemudiannya mutasi menjadi manusia dan tiada kena mengena dgn tuhan. Dunia terjadi dgn sendirinya dan kita mewarisi genetik dari keturunan2 ayah ibu dan nenek moyang. Tajuk kecil buku Origin of Species beliau sebenarnya yg menyebabkan kemusnahan didunia ini iaitu "Preservation of Favourite Races in The Struggle For Life", yg mana menekankan persaingan untuk mempastikan sesuatu bangsa itu kekal hidup. Ini menarik minat seluruh pemimpin dunia terutama dari barat dan dari situ wujudlah sistem2 sampingan seperti politik dan pendidikan yg juga menekankan persaingan melalui pertandingan dan perbandingan siapa yg terhebat. Disebabkan kita mengikut sistem pendidikan barat maka kita juga terjerumus kearah itu. Tetapi adakah itu cara yg betul? Jika ianya betul mengapa 95% jutawan didunia ini tidak mempunyai ijazah? Mengapa anak2 kita yg hebat semasa SPM tidak menyerlah selepas tamat universiti? Masyarakat kita adalah jelmaan kaedah pendidikan barat, tidak hairanlah generasi kita semakin hari semakin mementingkan diri sendiri runtuh moralnya.

Sistem Newtonian byk membantu manusia untuk maju dari segi teknologi dan sains hingga kita boleh mengira dgn tepat bila kapal angkasa sampai kebulan dan sebagainya, dunia lebih dianggap sebagai mesin yg boleh dikira hasilnya jika kita tahu beberapa maklumat sebelum pengiraan tersebut. Malangnya konsep ini juga di gunakan terhadap badan manusia yg juga dianggap sebagai mesin. Apabila kita berjumpa doktor, sebenarnya sama seperti kita berjumpa dgn mekanik kereta. Doktor bertanya apa masaalah, rujuk kepada apa yg dipelajarinya dan memberi anda alat ganti baik dr segi bahan kimia (ubat) ataupun organ. Persoalan mengapa badan kita rosak tidak perlu diambil kira kerana kita hanya mewarisi genetik, jadi jika anda mendapat sakit jantung atau kanser selalunya dikaitkan dgn keturunan. Hanya kebelakangan ini saintis cuba mengaitkan dgn cara hidup tetapi rata2 masih menyokong faktor genetik berdasarkan konsep Darwinism. Ini sebenarnya menipu manusia itu sendiri, sebagai contohnya jika anda sakit kepala, doktor akan memberi panadol, ia sebenarnya hanya menahan/menyembunyikan kesakitan dan bukan penyembuh penyakit, ini sama seperti kereta kita tiba2 menyala lampu "servis" dan apa bila kita bawa kereta ke bengkel, mekanik tersebut hanya membuang mentol lampu servis tersebut dan menyerahkan kembali kereta tersebut kepada kita tanpa kita sedar yg kerosakan (penyakit) itu masih wujud sebenarnya. Jadi jika kita tidak sedar akan pembohongan universal ini maka kita akan kekal menuju kearah yg sama.

Dari kecil saya minat kepada kapalterbang malah arwah Tok Wan saya pernah berkata yg saya bila dah besar nanti jadi pilot, bila berpeluang memasuki program latihan jurutera saya bekerja dgn pesawat dan apabila tiba tahun akhir, sebelum secara rasmi menjadi jurutera saya sudah melakukan kerja2 sebagai seorang jurutera kecuali pengesahan kerja. Maknanya sebelum menjadi jurutera lagi saya sudah mendedahkan diri saya dgn suasana kejuruteraan pesawat. Begitu juga dgn profession yg lain seperti doktor, perlu ada masa untuk menyesuaikan diri dgn suasana kedoktoran yg sebenar melalui latihan amali di hospital2 sebelum berada disesuatu posisi itu. Jadi jika anda punya wawasan dan fokus terhadap sesuatu, anda perlu suaikan diri anda dgn suasana tersebut. Bagaimana jika kita inginkan syurga? Bukankah kita juga harus menjalani latihan amali sebagai persiapan untuk kehidupan yg sejati di syurga kelak (kecuali jika neraka pilihan anda)?

Dari situ timbullah idea untuk mewujudkan syurgadidunia, tetapi bagaimana kita boleh wujudkan suasana demikian dgn dunia yg semakin hari semakin kejam ini? Kita dilatih yg apa yg diluar adalah lebih nyata dari yg didlm, apa yg boleh nampak lebih hebat dari apa yg ghaib. Sebab itu kita kejar kebendaan dan bukan rohani kerana rohani sesuatu yg ghaib. Kita terlena dgn ajaran2 iklan2 yg kebendaan boleh menaikkan taraf hidup, jadi kita semua menjadi sibuk mengejarnya hingga apa yg dikendong iaitu iman dan moral jatuh berciciran. Bagaimana untuk melatih diri melihat apa yg ghaib lebih hebat? Bagaimana untuk memastikan kegembiraan adalah dari hati, dari dalaman dan bukan luaran? Jawapannya dgn mengubah cara kita berfikir dgn ilmu yg benar berlandaskan ajaran agama dan punyai nilai2 kepentingan sejagat dan bukan individu.

Quantum fizik mengesahkan bahawa semakin kita menjangkau jauh kealam tidak nampak (subatomic), semakin hebat tenaganya, lebih dinamik kesannya. Sebab itu tenaga nuklear lebih hebat dari tenaga kimia kerana tenaga nuklear adalah manipulasi nukleus, manakala tenaga kimia hanyalah manipulasi molekul sedangkan subatomik itu berjuta2 kali lebih kecil dari molekul sendiri. Bidang quantum fizik juga memeranjatkan ahli fizik kerana konsep newtonian sudah tidak boleh diterima pakai. Kehebatan tenaga nuklear ni bukti kehebatan sesuatu yg ghaib. Kebanyakan kita hanya beriman kepada Allah dan yakin 100% yg Allah itu tuhan yang satu, tetapi kebanyakan kita tidak pernah percaya yg Allah itu maha adil, Allah itu maha pemurah dan lain lagi sifat2 Allah. Kita hanya percaya kepada polis, BPR atau pencegah maksiat kerana boleh nampak akan kewujudan meraka itu. Contohnya gejala rasuah, kita tidak percaya yg Allah akan memulangkan kembali wang yg bukan hak kita itu kepada pemunyanya, kita tidak percaya yg jika kita melakukan kerja dgn ikhlas dan jujur (bertakwa) Allah akan memberikan rezeki dari sumber yg tidak disangka2. Buruk lagi keadaan apabila yg melakukannya pemimpin, apatah lagi anak2 buahnya, semua mengikut tingkah laku pemimpin. Untuk percaya kepada yg nyata amat mudah tetapi pada yg ghaib amatlah sukar, kerana apa? Kerana kita tidak pernah diajar untuk melihat atau berfikir mengenai hal2 tersebut.

Artikel2 saya memang kritis dan ganas, kerana apa? Kerana selalunya yg pahit itu penawar dan yg manis itu racun.Kebenaran itu pahit tetapi tidak pada mereka yg berfikir diluar pemikiran biasa. Alhamdulillah melalui ilmu2 yg baru ini, timbul pemikiran2 yg baru yg mana membawa kepada tindakan2 yg baru. Memang sukar untuk berubah dari keselesaan tetapi itu tidak mustahil jika ada kemahuan dan kesedaran. Kita telah lama diajar untuk menjaga kepentingan diri sendiri (darwinism) hingga lupa tanggungjawab kita terhadap insan2 lain didunia ini, sebab itu hanya 5% manusia memegang 95% kekayaan dunia kerana mantra yg kita lafazkan setiap hari adalah "kaut sebanyak mana yg mungkin" menjadi tamak, pentingkan diri sendiri dan tidak mampu lagi melihat kesannya terhadap orang lain. Lihat sahaja kesan harga minyak naik, barang naik, minyak turun, harga barang tetap sama, kerana apa? kerana semua berfikiran yg sama, pentingkan diri sendiri "grab as much as u can, by hook or by crook".

Apa yg saya cuba kemukakan disini bahawa hidup adalah berdasarkan kerjasama dan apa jua tindakan yg di ambil sepatutnya untuk kepentingan sejagat dan bukan individu, semua ajaran2 Islam dan hukum2 didalamnya terutamanya hudud mengambil kira hak sejagat seluruh masyarakat, contohnya mengapa potong tangan? Kerana ianya menjadi pengajaran kepada manusia lain, boleh nampak sipolan itu kudung tangannya maka yg lain menjadi takut untuk merompak. Begitu juga dgn pembunuh dan penzina, tetapi kita tenggelam dgn prinsip2 barat yg menekankan kepentingan individu yg lebih mengikut nafsu. Jika dikaji betul2 mereka yg menentang hukum Allah ini selalunya adalah mereka yg sendiri melakukannya, bagaimana aku boleh sokong potong tangan jika aku sendiri yg mencuri (rasuah - perompak terhormat), bagaimana aku ingin sokong sebat jika berzina jika aku punya gundik yg sentiasa menanti di kondo2 milikku?

Berfikir dgn cara yg sama akan membawa keputusan yg sama jadi perubahan amatlah sukar, bagi yg mahukan perubahan pula, berfikir cara yg sama tetapi mengharapkan keputusan yg berbeza pula adalah usaha yg sia2. Jadi saya ingin mengajak anda berfikir dgn cara yg berbeza agar kita semua boleh melihat kesan yg berbeza kearah dunia yg lebih aman dan sempurna sebagai latihan untuk kesyurga. Akan tetapi jika saya melakukan berseorangan maka amatlah terbatas usaha dan perlahan kesannya. Disini saya menjemput rakan2 untuk sama2 membantu saya mewujudkan dunia yg lebih bermakna untuk semua manusia, mewujudkan "minggu suai kenal syurga" sebelum tiba kiamat yg sebenarnya, mungkin Allah akan melewatkan kiamat jika semua manusia didunia ini hidup dgn harmoni seolah2 seperti disyurga? Sokongan anda amat diperlukan dan dihargai.

Apa yg anda boleh lakukan:
1. Sebarkan informasi yg baru ini kepada semua rakan2 yg lain melalui link diblog atau website anda ataupun link didalam email.
2. Jadi ahli komuniti syurga didunia dan aktif didalamnya. Menjemput rakan2 lain menjadi ahli komuniti.
3. Menggunakan infomasi yg saya berikan ini untuk mengubah diri sendiri dan keluarga kehala tuju yg sebaiknya.
4. Berbincang dgn rakan2 mengenai infomasi2 dari blog ini daripada berborak kosong.
5. Menyangkal tulisan saya ini dengan fakta2 yg benar untuk sama2 mencari kebenaran dan bukan dgn cemuhan kosong.
6. Apa sahaja tindakan yg terlintas di minda anda ke arah dunia yg lebih aman, sentosa dan harmoni untuk semua manusia

Saya menjemput sukarelawan untuk membantu saya untuk:
1. Moderator Komuniti syurgadidunia.
2. Web designer atau programer yg boleh memberi bantuan sokongan untuk blog/website syurgadidunia.
3. Rakan2 yg berkelulusan dari pengajian2 Islam yg boleh meneliti dahulu artikel2 saya agar tidak bercanggah dgn Islam dan boleh membantu menjawab soalan2 yg berkaitan dgn hukum2 Islam.
4. Rakan2 dari cabang sains yg lain seperti perubatan dan fizik yang boleh saya rujuk untuk mendalami bidang2 berkenaan.
5. Menterjemah artikel2 kepada bahasa lain seperti english, tamil dan cina.

Apa yg kita lakukan bersandar kepada niat, dan Allah akan sentiasa bersama mereka yg berniat baik dan pertolongan Allah itu akan datang dari berbagai cara. Jika tiada yg membantu sekalipun saya akan tetap cuba sedaya upaya menaikkan syurgadidunia setakat mana yg boleh, alhamdulillah saya mempunyai seorang isteri dan anak2 yg sentiasa memberi sokongan dan memberi idea2 yg bernas untuk dikemukakan. Walau ibarat burung kecil yg membawa air didalam paruhnya untuk cuba memadam api yg membakar Nabi Ibrahim sekalipun sudah cukup untuk menunjukkan kesungguhan membantu sesama manusia. Kepada rakan2 yg berminat untuk menjadi sukarelawan, sila email saya di syurgadidunia(at)yahoo.com dan sila bagitahu kepada saya apa bantuan yg saudara boleh berikan untuk menyokong syurgadidunia. Kerjasama anda saya dahulukan dgn ucapan terimakasih. Kepada rakan2 yg telah menghantar soalan2 tetapi belum terjawab harap dapat bersabar kerana saya harus bahagi masa seadil2nya antara kerjaya, keluarga dan syurgadidunia ini.

22 Komen:

Azzra berkata...

Saya tertarik dengan artikel saudara. Mohon link ke blog saya azzraapaja.blogspot.com yang mungkin sedikit dapat saya sumbang komen dan artikel bagi memenuhi obektif sejagat.

Helmis berkata...

Pemikiran kritis akan menjadi lebih tajam jika mendapat sumbangan lebih dari satu pihak, segala buah fikiran dan tunjuk ajar untuk membawa umat kearah lebih berjaya amat digalakkan, terimakasih atas sumbangan anda.

aziemy berkata...

Pertama sekali saya ucapkan syabas dan tahniah kepada saudara Helmis kerana fisabilillah anda di dalam dunia maya.saya terjumpa secara kebetulan apabila melayari web isteri anda(resepi).saya juga seorang insan,isteri dan ibu yang masih tercari cari arah menjadikan hidup ini lebih bermakna dan alhamdullillah saya akan terus menjadikan Syurga didunia sebagai bahan rujukan dan sama2 memperkenalkan laman ini kpd jutaan umat manusia yg dahagakan ilmu dan jati diri yg sebenar..terima kasih

maryam berkata...

assalamu'alaikum..
tahniah diatas kejayaan saudara menghasilkan blog ini.begitu banyak maklumat yang dapat diperolehi dari blog sudara ini.mula-mula saya lihat blog ini,saya agak confuse dengan tajuk blog ini,tapi setelah saya baca penerangan saudra,baru saya memahaminya.tajuk blog saudara mengapa syurga di dunia?jadi,saya ingin nyatakn di sini,syurga di akhirat tidak dapat dibayangkan oleh mata kita kerana teramat indah.walaupun,seindah mana dunia ini,tidak akan dapat menandingi syurga Allah swt.

Helmis berkata...

Saya teramat setuju bahawa syurga Allah itu tidak terjangkau oleh minda manusia tetapi itu bukan penghalang untuk manusia melatih diri meyiapkan diri untuk kesana. Dengan manusia yg punyai akal menguasai nafsu, insyaallah setidak2nya suasana aman dan harmoni boleh dikecapi walaupun tidak setanding syurga Allah, dan itulah cabarannya, akan tetapi siapa yg sanggup menerima cabaran ini?

Lihatlah sekeliling, sedang ramai yg ber"latih" diri menuju keneraka dengan melakukan maksiat, penidasan dan kemungkaran, patutkah kita tidak berusaha menyedarkan mereka?

Sebab itu saya bertanya "Bagaimana jika..." dan bukan "Syurga itu adalah didunia", ketukan pada minda agar berfikir.

Tanpa Nama berkata...

I just finish my Physics degree and this blog is the blog that I like most. Thanks a lot for sharing. I'll read, understand, applied and tell others whatever I got here iA. :)

topexjamain berkata...

assalamualaikum..
terima kasih kerana menulis untuk kesedaran umat manusia yang semakin hari semakin kearah yang menuju kesesatan..sy pernah mendengar yang tamadun moden sekarang adalah tamadun yang paling teruk dan tidak tau tamadun ini akan menuju kemana..pihak barat mmg sedang berusaha untuk memgelapkan pemikiran umat dunia yang menyatakan bahawa hidup ini tiada tuhan.
banyak yang saya pelajari sedikit demi sedikit bila saya menghayati blog yang ditulis oleh saudara..teruskan lah usaha untuk menulis dan membuat video dengan sarikata bahasa malaysia..

Pemburu Impian berkata...

Assalamualaikum Tuan Rumah,

Pertama sekali bertandang ke mari. Belum membaca habis lagi, namun sudah dirasakan aura manfaat dari artikel-artikel di sini.

Salam perkenalan dari saya.

Pemburu Impian

Encik Yuz berkata...

Alhamdulillah,
dan terima kasih atas kesudian saudara berkongsi maklumat dan pandangan yg membuka ruangan ini..

teruskan usaha anda, saye menyokong ruangan ini diwujudkan sebagaimana sy tertarik dgn tajuk yg memanggil utk dilihat kebenaran kata2..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wbt...
Pertama kali melayari laman blog ini membuatkan saya terfikir sejenak. Betapa banyaknya cabang ilmu yang tidak saya terokai sehinggakan membuai hidup ini bagaikan tiada apa2 yang berlaku. Sedangkan di luar sana begitu banyak kejadian yang berlaku yang membawa kepada kehancuran umat manusia.Terima kasih atas informasi yang dipaparkan yang telah membuka minda saya untuk lebih kritis dalam mengharungi cabaran hidup di dunia ini. Akan saya jadikan ruangan ini sebagai sumber rujukan dan sharing knowledge bersama rakan-rakan.

Syabas dan teruskan usaha demi kebaikan sejagat.

Terima kasih.

Azlin Sapri

fateha syauqah berkata...

alhamdulillah,,
saya juga masih mencari kebenaran dalam dunia yg penuh dgn fitnah n penipuan ni...
mengenai sumbangan,saya mungkin tidk berkelulusn agama n sains,
saya hanya penuntut yang bkl menjd kaunselor(insyaALLAH)
tp,saya punya cita2 ingin menjadi insan hebat d akhirat terutamanya..
so,bolehlah nyatakn bagaimana saya boleh menjadi sukarelawn..
moga akn menjadi saham d akhirat kelak..
insyaALLAH n_n

Helmis berkata...

Fateha, terimakasih diatas sokongan saudari, bersama membantu menyampaikan artikel2 saya ini kepada rakan-rakan yang lain pun saudari sudah menjadi sukarelawan. Harapan saya agar dari kupasan saya ini akan menambah minat rakan2 semua untuk lebih minat membaca ilmu2 diluar bidang kerjaya, lebih banyak jaringan neuron dari pelbagai cabang ilmu maka lebih besar lagi "kotak" pemikiran dan mampu melihat dunia ini dengan lebih jelas lagi. Saya ada banyak rancangan dimasa depan terutamanya untuk menyebarkan ilmu ini dikhalayak ramai seperti memberi ceramah, jika berminat untuk membantu, sila email saya dan akan saya masukkan kedalam senarai sukarelawan dan insyaallah akan saya hubungi apabila saya memerlukan bantuan, terimakasih.

Unknown berkata...

salam...
akhirnya ku temu apa yang kucari...
dunia belakang tabir yang penuh isi tersirat...
semoga usaha tuan terus mendapat keberkatan...

Tanpa Nama berkata...

Apa bila manusia merasa letih dan tak berdaya. misalnya; sudah habis ikhtiar untuk hidup layak, namun begitu2 juga, apalagi hendak hidup seperti jutawan yang segalanya bisa dibeli dengan uang*(Surga dunia(, ketika itu saya sebagai orang yang beriman, hanya teringat doa Nabi Ibrahima.s."Ya Allah, jadikanlah aku sebagai pewaris jannatun-naiem", ini karena mustahil orang seperti aku ini akan mewarisi surgadunia, dan jika surga akhirat tidak wujud, maka rugilah orang2 yg seperti saya,

abuMuhammad berkata...

Salam buat Saudara,

Saya pembaca baru dlm blog saudara ini mendoakan agar usaha saudara ini dirahmati Allah. Ikhlaskan segala tindakan kita dan sentiasa berusaha mencari kebenaran sehingga penghujung hayat.

wassalam.

wangsa berkata...

selamat sejahtera saudara helmis,

terima kasih kerana sudi berkongsi buah fikiran kepada pembaca yg lain
Alhamdulillah Allah SWT rezekikan saya berjumpa dgn blog saudara yg saya kira amat membuka minda dan menjawab byk persoalan dlm fikiran saya

Quantum fizik merupakan ilmu Allah yg amat berkait rapat dgn kestabilan diri seseorang

dlm usia yg menginjak dewasa, kita tercari2 sesuatu yg boleh menjadi pegangan, Allah rezekikan saya bertemu dgn mutiara2 ilmu dan hikmah melalui blog2 berikut:

- perjuangan di alam maya membongkar siapa melayu yg sebenarnya
http://mistisfiles.blogspot.com/

- keajaiban sedekah utk menyucikan harta kita
http://search.4shared.com/q/1/yusuf%20mansur
http://irfanimovick.blogspot.com/2009/09/ceramah-ustadz-yusuf-mansyur.html

insyaAllah saya akan berkongsi blog saudara kpd rakan2 yg lain.

semoga Allah memberi rezeki kepada kita semua dpt hidup dlm "syurga yg disegerakan" walaupun masih hidup di dlm alam masa dan benda di dunia yg fana ini

Unknown berkata...

Salam,

Amin........... dengan doa Allah menyempurnakan hajat tuan.
Jika ada kekuatan/idea saya akan ajukan. Sementara itu saya sokong usaha tuan.

Tanpa Nama berkata...

Anda mungkin seorang yg senang dan berjaya di dunia tetapi ramai orang2 yg di luar sana masih lg terkapai2 mencari sumber rezeki termasuk saya yg berjinak2 dalam industri takaful bagi memperoleh rezeki tambahan utk anak dan isteri. Salahkah atau haramkah rezeki sy dlm bidang ni pada pandangan saudara yg sempurna?

Helmis berkata...

Assalamualaikum,

Saya insan biasa dan pada pemikiran saya, diri saya banyak lagi yang perlu saya usahakan untuk mencapai kesempurnaan. Akan tetapi jika saudara anggap saya seorang yang sempurna, Alhamdulillah kerana apa yang orang lain fikir terhadap diri kita itu juga adalah doa, amin.

Jika mencari rezeki tambahan maka pada pendapat saya saudara bukanlah dalam keadaan terkapai-kapai. Apa jua usaha saudara untuk mencari rezeki saya selagi ianya tidak mengambil atau mengganggu hak orang lain maka silakan.

Saya punyai pemikiran dan pendapat sendiri mengenai industri insuran dan juga takaful dan apa yang saya kemukakan bukanlah mengikut rasa tetapi dari pemikiran yang mendalam. Pemikiran dan pengalaman kita berbeza jadi sudah tentulah pendapat juga berbeza.

Jika saudara yakin saudara dijalan yang benar, maka silakan, tidak perlulah nak bertanyakan salah atau tidak kepada saya, anda sendiri yang perlu memikirkannya kerana didalam kubur nanti anda yang akan disoal. Saya telahpun menyampaikan pendapat saya dan saya yakin pendekatan saya ini tidak menjauhkan diri manusia dari Allah SW.

Didalam dunia internet ini sesiapa pun bebas untuk memberikan pendapat, tetapi pendapat tersebut perlulah di"fikir" dan bukan di"rasa". Kebanyakan kita selalu menolak terutamanya idea-idea baru terutamanya apabila kita "rasa" tidak sedap mengenainya, selalunya kerana ia mengganggu keselesaan dan kenikmatan dunia yang sedang kita alami, lantas menolak pendapat baru itu mentah-mentah. Jadi berfikirlah ikut akal dan bukan ikut rasa, akan tetapi akal perlukan "makanan"nya iaitu ilmu, tidak seperti "rasa" yang makanannya adalah nafsu.

Dunia akhir zaman dengan ramai umat manusia bertuhankan "dajjal" ini penuh tipu muslihat, yang api nampak seperti air yang sejuk dan air yang sejuk itu pula sebenarnya adalah api yang panas membara. Pilihan ditangan anda, tepuk frontal lobe, tanya iman.

Tanpa Nama berkata...

SALAM..tahniah tksh

benar dunia jika dlihat terasa pelik memang itu adalah kehendak allah. cth buah pisang, sungai, adalh sama yang disurga. ada rahsia dsebalik segala dalam ilmuNya iaitu caranya berguru yg benar masih ada di m,sia.

sebab rahsia dr musuhnya ,fikiran lain2,luas ilmuNya,bkuasaNya Allah, akedemik tak mesti ukurannya bukan di kertas shj

muhd shahbudin..muhd megat

Tanpa Nama berkata...

Assalamualykum...
Tuan rumah..

Maaf baru ingin menerokai ilham yg ALLAH kurniakan kepada Tuan. Insya ALLAH dengan harapan yg sama ingin melihat umat ini sedar dari mimpi yg panjang..

Fahmee Al Fauzan

Muhammad berkata...

Salam

Ingat ingat lupa.. pertama kali terjumpa blog tuan 5..6th yg lalu, mulanya hanya ingin mencari perihal soal jawab insuran shj..
sekadar membaca tanpa penghayatan.

Alhamdulillah..Allah maha besar ...sekali lagi bertemu blog yg sama 2th yg kebelakangan ini.. tahkala keinginan duniawi dan kemampuan kewangan semakin bertambah. Hati sy diketuk dgn ulasan dan hujah blog tn yg betul2 membuat sy terfikir apa yg selama ini tidak ditetahui.. dimana letaknya soal halal haram dan hukum hakam ini. Fitnah dajjal diakhir zaman ini terlalu halus. Blog tuan betul2 menyedarkan sy dan membuatkan sy selalu berfikir sesuatu yg tersirat yg tidak kelihatan dgn mata kasar.

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas