Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Khamis, 28 Januari 2010

Islam Dan Sistem Kewangan Antarabangsa

Alhamdulillah setelah cuba sedaya upaya meluangkan masa untuk menterjemahkan siri ceramah Sheikh Imran Hosein, akhirnya lengkaplah siri ceramah beliau mengenai sistem kewangan antarabangsa. Kebanyakan ilmu mengenai kewangan Islam dinegara kita datangnya dari Ustaz2 yang kebanyakannya bekerja untuk sistem kewangan itu sendiri jadi pada pendapat saya walau sehebat mana pun hujah2 dan pandangan2 yang diberikan, adalah amat bijak juga jika kita mendengar pendapat tokoh2 agama yang tidak punyai apa2 kepentingan didalam sistem kewangan atau perbankan.



Ceramah oleh Sheikh Imran Hossein ini telah agak lama dirakamkan, iaitu semasa Dr Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri akan tetapi terdapat banyak maklumat yang diberikan oleh Sheikh Imran dan apa yang pastinya tidak pernah di sampai ke telinga manusia kebanyakan, terutamanya bagaimana sistem kewangan antarabangsa beroperasi dan apa yang amat memeranjatkan adalah keseluruhan sistem itu tersendiri diasaskan atas dasar penipuan, malah Sheikh mengklasifikasinya sebagai riba'. Seluruh umat manusia didunia sebenarnya telah menjadi hamba kepada kuasa besar dunia dan menyokong mereka dengan menggunakan matawang US dollar sebagai matawang urusniaga antarabangsa.

Didalam siri ceramah ini juga beliau menjelaskan perihal riba' dan bagaimana secara senyap seluruh manusia tanpa sedar hidup didalam kancah riba' menerusi penggunaan wang kertas. Barangkali riba' dari wang kertas ini lah yang Nabi ungkapkan didalam hadis baginda sebagai wap atau debu yang akan hinggap kesemua umat manusia.

Riwayat Abu Hurairah: Nabi Muhammad SAW bersabda; Akan tiba masanya dimana hanya manusia yang menerima riba' sahaja yang tinggal, dan jika dia tidak menerimanya sekalipun, sedikit wap riba' itu akan sampai kepadanya. Ibn Isa pula meriwayatkan: Debu riba akan sampai kepadanya. Sahih Abu Dawud Buku 22, Hadis 3325.

Keseluruhan siri ceramah ini boleh diikuti di laman youtube menerusi linknya dibawah perenggan ini. Harap luangkan masa yang sesuai untuk menonton, mendengar dan memahaminya agar kita mendapat manafaat darinya. Insyaallah moga wujudnya kesedaran dihati kita semua untuk bertaubat dan cuba sedaya upaya untuk lari daripada riba' ini walau apa pun harga yang terpaksa dibayar. Insyaallah.


Kerjasama anda amat diharapkan untuk menyampaikan maklumat kepada rakan2 yang lain, sambil berbual diwaktu rehat, cuba selit2kan maklumat dari ceramah Sheikh Imran ini agar timbul minat rakan2 anda untuk mengikutinya. Anda boleh juga menyiarkan video ini di laman blog, web ataupun pada "wall facebook" anda. Terimakasih saya dahulukan.

7 Komen:

Qubezo berkata...

Terima kasih atas sumbangan ini.

Helmis berkata...

Insyaallah bersama menyampaikan ilmu ini dengan kebenaran dan dengan kesabaran.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak umat islam berjaya! agihkan zakat pada lapan asnaf, dan kita kena utamakan atau wajib beli produk islam walaupun berkualiti sederhana dan mahal sedikit, agar ekonomi, kilang, peluang perkerja yang dimiliki oleh umat islam berkembang ekonominya, kualitinya, teknologinya dan sampai kepada pihak amir zakat dan diagihkan semula kepada lapan asnaf dan begitulah kitaran akan berlaku seterusnya.

Tanpa Nama berkata...

hahhaha ngomong aja ga suka sama perbuatan dan ciptaan orang yang anda anggap kaffir barat itu....sejak kapan ilmu orang muslim pintar????? ada juga ikut2an....uda ikut2 eh malah di cemoh lagi bukan nya ngebanggain...dasar islam otak tumpul...

Helmis berkata...

otak tumpul juga nampak yang tumpul, jangan ludah kelangit, nanti air ludahnya jatuh kembali kemuka dong....

Tanpa Nama berkata...

Ngeladeni org bodoh sama bodohnya dgn yg diladeni itu. Jangan menjual emas pada org yg gak punya duit. Jangankan duit, nama aja dia gak punya tu. Diamkan aja mas Helmis.

AkuKauDia berkata...

Bacalah sejarah bank Rothschild dan penipuan para yahudi menjerat manusia ke Dalam kancah riba. Itu sebabnya pentingnya kerajaan Uthmaniyah yang menggunakan dirham sebagai matawang

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas