Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Ahad, 11 November 2012

Faedah Bank, Riba dan Inflasi

Artikel ini adalah terjemahan dari buku karangan Sheikh Imran yang bertajuk Prohibition of Riba in The Quran and Sunnah yang sedang saya terjemahkan. Bab yang baru saya terjemahkan ini amat menarik dan saya mahu berkongsi disini dengan rakan-rakan. Insyaallah apabila selesai terjemahan keseluruhan, ebooknya akan saya muat-naikkan di laman SD ini.


FAEDAH BANK DAN RIBA - BEBERAPA PENDAPAT YANG BERCANGGAH


Shaikh Muhammad al-Ghazzali (rahimahullah), sarjana Islam Mesir yang dihormati yang mana telah melawat New York sebelum kematiannya, telah memutuskan bahawa faedah bank adalah tidak riba kerana bank-bank melaburkan wang mereka dan membayar faedah daripada keuntungan dari pelaburan-pelaburan mereka. Oleh itu beliau telah menyamakan faedah bank dengan dividen yang dibayar kepada pemegang-pemegang saham syarikat. Sebenarnya bank-bank adalah institusi kewangan yang meminjamkan wang dengan faedah. Mereka tidaklah selalunya melaburkan wang. Prinsipal didalam pelaburan adalah pelabur akan menerima sebahagian dari keuntungan, jika perniagaan tersebut mendapat keuntungan, akan tetapi mereka juga akan berkongsi jika berlaku kerugian. Apa yang bank lakukan adalah meminjam wang dari penyimpan dengan kadar faedah yang rendah dan kemudian meminjamkannya kepada pihak lain pada kadar faedah yang lebih tinggi. Perbezaan antara apa yang dipinjam oleh bank dan faedah pinjaman tersebut akan dikira oleh pihak bank sebagai keuntungan mereka. Adakalanya, walaupun amat jarang sekali, pihak bank terpaksa membayar faedah yang lebih tinggi kepada penyimpan-penyimpan berbanding dengan pinjaman yang diberikan oleh pihak bank. Ini adalah salah satu sebab mengapa adakalanya bank-bank terpaksa ditutup.


Keputusan yang telah dibuat oleh Shaikh Ghazzali, mungkin, adalah dengan pemahaman yang salah didalam caramana bank-bank beroperasi. Jika pihak bank melaburkan wang mereka dan bukannya meminjamkannya, pasti ianya mempunyai kesan yang amat besar kepada pasaran. Harga-harga akan turun dengan serta merta. Sebabnya mengapa bank-bank tidak mahu melaburkan wang mereka adalah kerana pelaburan adalah satu bentuk perniagaan, dan seperti apa jua bentuk perniagaan, ianya melibatkan risiko. Risiko pula membuka kemungkinan untuk mengalami kerugian. 


Mufti Mesir yang telah dilantik oleh pihak kerajaan, Shaikh Tantawi, yang mana sekarang ini telah dilantik oleh kerajaan Mesir sebagai Shaikh al-Azhar, juga mempunyai pandangan yang sama bahawa faedah bank bukanlah riba. Beliau telah memberikan fatwa sepertimana telah tersiar didalam surat khabar Mesir, Al-Ahram, pada 8 September, 1989, telah mengishtiharkan bahawa ianya adalah halal, dibawah hukum-hukum Islam, faedah keatas simpanan-simpanan dan juga pada sijil-sijil deposit yang telah dikeluarkan oleh pihak bank. Ianya dikenali di Mesir sebagai sijil-sijil pelaburan. Pelaburan sebegitu mungkin mempunyai kadar keuntungan yang berbeza, akan tetapi oleh kerana ianya adalah imun atau terselamat dari kerugian yang mana merupakan pelaburan tanpa risiko, maka oleh itu ianya juga adalah riba.


NABI - WANG PALSU - INFLASI DAN RIBA

Terdapat mereka-mereka yang kononnya digelar sarjana Islam yang berpegang dengan pendirian yang agak luar biasa bahawa 'faedah bank' itu dibolehkan kerana ia dapat menampung kerugian yang dialami disebabkan oleh inflasi. Ini jelas palsu! Pertamanya 'faedah' atau riba itu sendiri adalah punca kepada sumpahan kepada ekonomi moden yang dipanggil inflasi. Inflasi adalah makhluk ciptaan ekonomi moden yang berlandas faedah. Ianya tidak wujud sebelum munculnya kapitalisme moden yang berlandaskan riba.

Keduanya, faedah memberikan kesan yang lebih lagi dari sekadar menampung inflasi yang dijangkakan. Bank-bank memang menjangkakan inflasi tetapi masih beroperasi untuk mendapatkan keuntungan. Bank-bank juga dengan dibantu oleh institusi-institusi seperti Bank Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Bank di Amerika Syarikat dan juga Bank Negara dinegara-negara lain) yang mana akan masuk campur untuk memastikan inflasi tidak akan merosakkan industri perbankan itu sendiri. Sebenarnya bank-bank membuat lebih banyak keuntungan berbanding perniagaan yang lain. Dan mereka mendapatkan kebanyakan pendapatan mereka dari pembayaran faedah yang dibuat oleh peminjam-peminjam pinjaman jangka panjang. Falsafah ekonomi yang membenarkan ini adalah falsafah yang berpendapat bahawa wang itu sendiri mesti mempunyai harga. Oleh sebab itu wang boleh, dengan sendirinya tanpa sebarang usaha atau penat lelah manusia, boleh menjanakan wang yang lain pula. Al Qur'an telah memberikan falsafah ekonomi yang amat berbeza yang mana menyatakan bahawa ganjaran (ekonomi dan sebaliknya) senantiasa berkait dengan usaha dan penat lelah manusia:

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.
(Al Qur'an: al-Najm:- 53:39)
Ketiganya, inflasi berkait secara langsung kepada bekalan wang didalam ekonomi, dan juga kepada permintaan barangan dan perkhidmatan. Yang mana sebelum ini ianya Allah SW Yang telah menentukan rizq (bekalan wang) dan Yang memberikan wang yang sebenar sebagai penyimpan nilai (iaitu dinar emas, dirham perak, gandum, barli, kurma, malah garam dll.), didalam ekonomi moden berlandaskan riba, ianya pihak bank dan kerajaan yang menentukan bekalan wang. Mereka telah berjaya melakukannya dengn cara mensekularkan wang melalui penciptaan wang palsu didalam bentuk wang kertas yang tidak boleh ditukarkan dengan wang yang sebenar, dan kemudiannya meyakinkan umat manusia yang jahil untuk menerima wang palsu itu sebagai penyimpan nilai yang boleh diterima. Ini adalah tipu muslihat. Ianya gharar. Ianya riba!



Tetapi mereka sekarang telah terperangkap dengan makhluk yang mereka sendiri ciptakan. Mereka telah mencuba untuk melakukan kerja terbaik sebagai pembekal wang berbanding yang dilakukan sendiri oleh Allah SW (dan kami meminta perlindungan daripada Allah SW daripadanya).

Jika wang boleh dicipta oleh kerajaan (sebagai contohnya) maka jumlah wang yang dicipta secara palsu ini boleh dikawal didalam ekonomi, malah ianya mesti dikawal. Amat jarang ianya, mungkin tidak pernah ianya dikawal pada hari ini sebagai mana ianya sepatutnya dikawal. Disitulah terletaknya permulaan kepada sumpahan inflasi. Milton Friedman, ahli kewangan ekonomi, bersetuju:



Ianya mengikut... Inflasi itu senantisa dan dimana sahaja didalam fenomena kewangan dalam ertikata ianya adalah dan boleh dihasilkan hanya dengan penambahan dengan pantasnya jumlah wang berbanding jumlah yang keluar.

Bukan sahaja dollar Amerika tidak lagi mempunyai nilai tertentu kepadanya, ia telah dicetak dengan terlalu banyak hinggakan ianya sekarang bergantung sepenuhnya kepada permintaan luar biasa akan matawang tersebut (dari negara lain) untuk mengelakkan ianya jatuh dalam bentuk inflasi.

Thomas Jefferson, seorang pemimpin Amerika, sarjana dan yang berwawasan, telah mengutuk bank-bank pada tahun 1816 kerana melakukan apa yang kerajaan Amerika telah lakukan sekarang ini:


Saya dengan ikhlasnya percaya... bahawa institusi perbankan adalah lebih merbahaya dari barisan tentera-tentera; dan prinsipal menggunakan wang yang mana perlu dibayar oleh generasi akan datang itu, dibawah nama pembiayaan, adalah penipuan masa depan pada skala yang besar.


Beliau telah meminta nilai tertentu diberikan kepada dollar. Beliau telah melakukannya didalam debat mengenai fungsi sepatutnya kerajaan Amerika dari segi kewangan:

Jika kita menentukan bahawa dollar akan menjadi unit (matawang) kita, kita perlulah menyatakan dengan tepat apakah dollar itu.

Sehinggalah ke tahun 1920an kerajaan Amerika telah menghormati desakan untuk menetapkan nilai matawang dollar tersebut. Wang kertas didalam bentuk sijil-sijil emas menyatakan:

Sijil ini mengesahkan bahawa terdapat simpanan didalam Perbendaharaan Amerika Syarikat (Treasury of United States) dua puluh dollar didalam bentuk syiling emas yang boleh dibayar kepada pembawa atas permintaan.




Sesiapa sahaja boleh pergi ke bank dan menebus wang kertas dengan wang yang sebenar dalam bentuk syiling emas. Kemudiannya inskripsi ini telah ditukar. Ianya menyatakan:


Boleh ditebus dengan wang yang sah di Perbendaharaan Amerika Syarikat, atau di mana-mana Bank Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Bank).



Inskripsi baru itu adalah untuk mengurangkan hak pemegang matawang kertas untuk bebas menukarkannya kepada emas dengan tukaran yang tertentu. Pada hari ini pada matawang Amerika itu tertulis:


Wang ini sah diperlakukan untuk semua hutang-hutang, awam dan juga persendirian.


Ianya mungkin sah, tetapi ianya teramat tidak bermoral, kerana ia tidak boleh ditebus dengan nilai yang sebenar (iaitu emas atau perak dll.). Tiada bank, termasuklah Perbendaharaan Amerika Syarikat atau Bank Simpanan Persekutuan (Federal Reserve) sekalipun yang akan menebus dollar Amerika dengan emas. Jika wang kertas dollar itu mempunyai nilai sebenar, ianya terletak didalam kertas itu sendiri. Akibatnya, terletaknya nilai itu adalah dengan apa yang dikehendaki oleh pasaran itu sendiri. Ini adalah tipu daya. Ini adalah salah. Ianya penipuan! Ianya adalah riba!

(Komen Helmis - Ianya tiada beza dengan wang ringgit yang kita gunakan dari awal pengeluarannya hingga ke hari ini)


Wang palsu samada kertas, plastik ataupun elektronik (iaitu wang fiat) tidak dapat dielakkan dari ketidakstabilan kerana, sebagai contohnya, ianya amat terdedah kepada spekulasi. Komuniti Eropah telah mengambil langkah yang berani untuk cuba mewujudkan satu matawang utama untuk keseluruhan komuniti. Jika ini berjaya, akan membentuk langkah kearah yang betul. Dan ia akan memberi pengajaran kepada umat Islam yang menyatakan bahawa mereka pengikut Nabi SAW. Ia akan membentuk asas kepada peringkat kedua yang mana satu matawang yang boleh ditukarkan kepada emas itu dikembalikan. Eropah tidak berjaya, dan mungkin tidak akan berjaya, kerana kuasa transaksi spekulasi didalam dunia pasaran matawang sekarang ini telah melebihi kuasa kerajaan-kerajaan untuk menghentikannya.

Oleh kerana itu, inflasi dan spekulasi, yang mana dengan hebatnya telah memenjarakan umar manusia, adalah makhluk dari dosa-dosa kita sendiri yang telah meninggalkan matawang yang dicipta oleh Allah SW itu sendiri. Hanya matawang itu sahaja (yang telah diciptakan oleh Allah SW) yang terlindung atau imun dari ketidakstabilan. Oleh itu hujah yang menyatakan kredit ekonomi moden dibolehkan kerana ia dapat menampung kerugian yang disebabkan oleh inflasi hanya telah menunjukkan betapa bahayanya pemahaman yang cetek mengenai perkara tersebut.

Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam jahil yang menggunakan hujah inflasi untuk membolehkan riba adalah untuk mengira nilai, dalam bentuk nilai emas, jumlah yang dipinjamkan dari bank, dan kemudian mengira jumlah yang sama, dalam bentuk nilai emas, jumlah yang perlu dibayar balik kepada bank. Jika terdapat perbezaan diantara keduanya yang mana jumlah yang perlu dibayar melebihi jumlah yang telah dipinjam, maka itu adalah bukti riba yang mana dilarang oleh Islam.

Kita juga perlu memerhaikan bahawa apabila Nabi SAW memerintahkan emas dengan emas dan jumlah yang sama dengan jumlah yang sama, implikasinya adalah pemberi pinjaman yang memberikan pinjaman 100 dinar emas pada tahun 1989 berhak mendapatkan kembali, pada tahun 1994, tidak lebih dari jumlah yang sama 100 dinar emas (iaitu jumlah emas yang sama) dari peminjam. Akan tetapi nilai 100 dinar emas yang dipinjamkan itu mungkin berubah pada tahun 1994, sebagai contohnya dengan jumlah gandum yang boleh dibeli dengannya. Harga gandum mungkin naik pada tahun 1994 kerana kekurangan gandum dipasaran. Jumlah 100 dinar emas yang sama itu tidak lagi boleh membeli jumlah gandum yang sama pada tahun 1994 sebagaimana jumlah yang telah dibeli pada tahun 1989. Disebalik itu, hukumnya tetap sama: 'emas untuk emas - jumlah yang sama dengan jumlah yang sama'! Akhir sekali ianya masa untuk kita memahami bahawa inflasi itu sendiri adalah satu bentuk riba. Malah ia sebenarnya adalah riba yang beransur-ansur merompak kekayaan kita tanpa diri kita sendiri menyedari yang kita sebenarnya kita telah dirompak. Mereka 'yang bijak' didlam ekonomi, yang pandai menggunakan sistem itu sendiri untuk kepentingan mereka, mendapat keuntungan yang banyak, melalui inflasi, dengan harga yang terpaksa dibayar oleh golongan jahil yang telah dihisap darahnya, yang mana senantiasa bekerja keras akan tetapi mendapat pulangan yang semakin lama semakin sedikit apabila wang kertas palsu ini berterusan hilang akan nilainya.

Ianya adalah perkara yang teramat kritikal pentingya yang mana umat islam perlu berhati-hati mempelajari ramalan Nabi SAW yang mana baginda telah meramalkan kejatuhan akan wang palsu sekular (iaitu wang kertas, plastik dan wang elektronik, dll.)

Abu Bakr bin Abu Maryam telah melapurkan bahawa dia mendengar Pesuruh Allah bersabda: Masanya akan tima keatas umat manusia dalamana tiada apa lagi (yang tinggal) yang boleh digunakan (atau memberi manafaat) simpanlah dinar dan dirham (syiling emas dan perak).
(Ahmad)

----------------------------------------------------------------------------------

Segala rujukan untuk artikel ini boleh dirujuk didalam buku asal karangan Sheikh Imran.

22 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Saudara, anda memberi hujah, ulasan dan pernyataan. Adakah ini bermaksud saudara tidak langsung menggunakan wang dan perkhidmatan bank atau hanya hidup dalam dunia sendiri?

Helmis berkata...

Saudara, anda memberi komen sebegini adakah bermaksud anda tidak langsung nampak akan penindasan bank yang mencipta wang mengalahkan Allah SW, suka dengan perkhidmatannya dan hidup dengan selesa didalam dunia ribanya?

opie berkata...

Salam..saudara..mustahil la ramai ulama-ulama seta sarjana Islam sendiri memperbolehkan riba di dalam perbankan Islam itu snediri..Bukankah merekla tahu akibatnya sangat dahsyat iaitu kekal neraka selama-lamanya..Takkan mereka tidak berhati-hati semasa membuat keputusan untuk memperbolehkannya.

Helmis berkata...

Assalamualaikum Saudara Opie, jika saudara faham apa itu riba, maka soalan boleh atau tidak itu sudah tidak sepatutnya ditanya. Tiada riba yang halal, semua riba itu haram jika ianya sudah dikenalpasti sebagai riba. Babi tetap haram walaupun disembelih oleh ulamak-ulamak atau sarjana, kecualilah jika mereka sudah buta dan tidak nampak apa yang mereka sembelih itu adalah babi.

Riba datang dalam 70 jenis saudara dan Nabi sendiri tidak sempat untuk menjelaskan kesemuanya (itu yg dikeluhkan oleh Saidina Umar) jadi pastikah kita bahawa ia dapat dikenali, nampak dan dilihat oleh ulamak dan sarjana masa kini.

Apa kata jika apa yang buta adalah hati mereka dan bukan mata dikepala? Buta kerana apa? Kerana nikmat dunia yang diperolehi dari sistem perbankan itu sendiri. Ramai ulama dan sarjana yang memperbolehkan, adakah mereka itu yang bebas, mengajar di pondok-pondok diceruk kampung atau makan gaji dibayar oleh bank dengan pejabat dan rumah besar diibukota? Perlu juga saudara dengar pendapat ulama dan sarjana yang menolak perbankan itu sendiri. Jangan terpukau oleh ulama dan sarjana yang kerap masuk TV, kecualilah saudara tidak nampak dan sedar akan kawalan dan berat sebelah media kita sekarang ini.

Mungkin saudara belum mendengar hadis mengenai "worst people beneath the sky", mungkin saudara boleh membuat sedikit research mengenainya, saya hanya menunjukkan "pintu", terpulang kepada saudara untuk membukanya. Wallahualam.

opie berkata...

waalaikumussalam..Terima kasih atas jawapan saudara.Tapi ada suatu hari tu, saya terdengar sepintas lalu dalam rancangan tanyalah ustaz.Saya tidak ingat tajuk apa, tapi penceramahnya ialah Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz.Dia kata lebih kurang macam ni, dulu sebelum perbankan Islam wujud,sesetengah orang Islam bertanya bolehkah menggunakan pinjaman konvensional sebab tiada alternatif lain.Ulama dunia pada masa itu bersepakat dibolehkan kerana darurat dan hanya dibolehkan pinjaman itu yang pertama kali sahaja.Mungkin hanya untuk rumah pertama dan kenderaan pertama sahaja.Bagaimana pula pandangan saudara tentang ini?

opie berkata...

Tentang hadis "worst people beneath the sky"itu saya pernah dengar.Tapi bagaimana kita hendak kenal ulama-ulama yang macam tu?Takut berprasangka buruk pula.

Tanpa Nama berkata...

Mana tn helmis, sy pn prrnah dgr yg ckp pertama kali ambik riba..tp pndgn mcm tu agak pelik

opie berkata...

Tentang rancangan tanyalah ustaz tu saudara helmis boleh lihat kembali di web www.tonton.com.my. Tajuknya ialah berkenaan "Hutang".Oleh Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz.

Tanpa Nama berkata...

Tn helmis, apa facebook tn.dah lama saya mencari dlm internet berkaitan masalah perbankan islam tapi yg jumpa byk kata ok.tp jiwa sy merasakan mmg x sempurna bank islam dan ianya sy tau dr ustaz yg mngaja kuliah magrib.sy suka dgn artikel dr blog tuan..terima kasih

Aymatt berkata...

Assalamualaikum.. Suadara.. Teruskan perjuangan.. Dari rumusan pembacaan dan kajian sy, Sistem perbankan satu ciptaan yang datang dari Musuh yang mahu memperhambakan manusia terutamanya Umat Islam. Seperti dalam hadis, Dunia Akhir zaman akan wujud Ulama' yang memjadi punca pada Fitnah dan Kerosakan. dalam hadis juga ada menyebut, akan tiba satu zaman, tiada manusia yang tidak mengambil RIBA jika tidak mengabil secara terus, terkena juga debunya. ini bermana, Ulama' juga akan terambil RIBA. Moga-moga, kita berusaha untuk keluar dari kemelut ini.

Fahmi berkata...

Assalamualaikum..Jika saya seorang peniaga kereta .. adakah saya dikira bersubahat bila customer saya membeli kereta dgn pembiayaan bank? Yg secara jelas unsur riba atas pembiayaan utk kereta.

azman berkata...

1-adakah insuran kereta jg dikatakan terlibat dgn debu2 riba yg sukar di elakkan?

2-yg mana lebih besar dosa antara terlibat dgn riba berjumlah rm1000 dibandingkan rasuah berjumlah rm sejuta?

mohon sesiapa yg arif sudi kongsi informasi kpd saya. tq

opaz berkata...

web rujukan pohonbodhi.blogspot.com

taman tasik berkata...

salam.!!adakah wang kertas itu sndiri dah haram..?krn sistem ini tlh mnzalimi rmai pnduduk dunia.!kita kt malaysia mmg la tak rasa sgt.!tp bgaimana dgn negara2 miskin.!mrka itu dialimi krn sistem wang kertas ni.!sedang kita brsama2 menggunakan dan menjayakan sistem wang kertas ini.!adakah kita juga berdosa dalam hal ini..??

yin yang berkata...

Boleh tak ulas isu riba ni dgn lebih mendalam lg..bagaimana dgn perbankan islam di malaysia?ada ka masih dianggap riba pintu belakang?

Tanpa Nama berkata...

Apa hukum buat pinjaman dan laburkannya dlm ASB?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. saya bersetuju dengan hujah saudara kerana saya sendiri memang melanjutkan pelajaran dalambidang ekonomi dengan pengkhususan dalam sejarah dan falsafah matawang. memang benar sistem perbankan itulah yang mencetuskan inflasi bukan sebab-sebab lain yang sering dimomokkan kepada kita semua oleh kerajaan hari ini. selagi SRR oleh Bank Negara masih pada tahap bawah 5%, jangan mimpilah kerajaan nak wujudkan gaji minimum hatta RM900 atau RM4,000(bangkang dari longkang) masalah memang tidak akan selesai sebab punca kepada masalah itu tidak dikenal pasti.

Tanpa Nama berkata...

BLR yg dikenakan oleh BNM keatas penjaman pelaburan juga adalah RIBA yg dihalalkan oleh pihak bank

Tanpa Nama berkata...

Salam
saya respon kepada "opie berkata...
Salam..saudara..mustahil la ramai ulama-ulama seta sarjana Islam sendiri memperbolehkan riba di dalam perbankan Islam itu snediri..Bukankah merekla tahu akibatnya sangat dahsyat iaitu kekal neraka selama-lamanya..Takkan mereka tidak berhati-hati semasa membuat keputusan untuk memperbolehkannya."

Umat islam ada diperingatkan bahawa ada zaman ramai yang hafal al quran tetapi setakat kerongkong mereka sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Fahmi berkata...

Assalamualaikum..Jika saya seorang peniaga kereta .. adakah saya dikira bersubahat bila customer saya membeli kereta dgn pembiayaan bank? Yg secara jelas unsur riba atas pembiayaan utk kereta.

Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2012/11/faedah-bank-riba-dan-inflasi.html#ixzz2W3pj7b6f

-----

Assalamualaikum sdr. Fahmi.

Mengikut kefahaman saya, bahawa anda tidak dikatakan bersubahat sekiranya:
1) anda tidak terlibat di dalam proses tersebut seperti menjadi saksi, penulis (pencatat rekod), peminjam, pemberi pinjaman.

Akad anda jual beli - menjual kereta kepada pembeli. Sebagai contoh, saya menjual pisau potong daging kepada seseorang. Dan saya tidak mengetahui apakah tujuan beliau membeli pisau tersebut. Sekiranya beliau mengunakan pisau tersebut untuk membuat jenayah, saya tidak dikira atau tidak terlibat dalam kes tersebut.


Tapi kalau anda memberitahu secara detail proses jual beli. Mungkin boleh dibincangkan lagi.in sha Allah.


-
Reset_Root

Tanpa Nama berkata...

Izinkan saya berkongsi pengetahuan saya.

ana berkata...

en Hermis...
Saya diminta oleh ahli keluarga untuk menjadi penjamin kepada pinjaman yang dibuat (keluarga ayah) dengan felda untuk membaiki rumah pusaka (kami duduki skrng)...
apakah wajar saya menjadi penjamin?

**Antara keluarga vs Dosa** :'''(

mohon pencerahan dan nasihat....trima kaseh...


19 Januari 2013 5:28 PG

-----

Salam Ana,

Untuk menjadi penjamin adalah mubah dalam Islam. Tetapi harus dilihat dan dikaji dahulu jenis dan bentuk atau sifat untuk menjadi penjamin. Sekira menjadi penjamin yang berunsur kemaksiatan kepada Allah, maka ia jatuh haram.

Sebagai contoh, sekiranya kita mahu menjadi penjamin dalam urusan meminjam duit yang terlibat dengan unsur riba' maka ia jelas sekali haram. ini kerana penjamin tergolong orang yang terlibat dengan riba'. Begitu juga, sekira menjadi penjamin pinjaman wang yang tiada riba' tapi fungsinya untuk bermaksiat kepada Allah seperti membina rumah urut, pusat perjudian dan sebagai.

Hadith Nabi SAW yang bermaksud:

“Dilaknati Rasulullah SAW pemakan (penerima) riba, dan pemberi makan (pemberi riba), saksinya dan penulisnya.” ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani: Hasan Sohih )

Hadith ini jelas mengharamkan umat Islam daripada bekerja di beberapa sektor yang berkaitan langsung dengan riba. Antara contoh pekerjaan yang boleh difahami berdasarkan hadith di atas ialah:

1. Penerima dan memanfaatkan riba’ – ini termasuk orang yang menggunakan manfaat keuntungan riba seperti sektor pelaburan berasaskan riba’, perniagaan kredit/hutang berasaskan riba’, dan pelabur deposit tetap ribawi yang bergantung kepada keuntungan pelaburannya.

2. Pembayar riba’ – pengguna perkhidmatan bank konvensional dan 'islamic' berasaskan riba’, termasuklah pembeli rumah dan kereta menerusi kaunter pinjaman riba’, pelabur yang melaburkan wang mereka di dalam pelaburan riba’ dan pengguna/pembayar kad kredit yang terlibat dengan transaksi riba terutamanya ketika pembayaran lewat tempoh.

3. Saksi riba – termasuklah penjamin dan saksi kepada kontrak berasaskan riba meliputi pinjaman kereta, pelajaran, rumah dan lain-lain.

4. Penulis riba – termasuklah kerani kaunter di bank konvensional berasaskan riba’, peguam yang menguruskan dokumen urusniaga rumah seperti kontrak jual beli dan lain-lain, pegawai pemasaran produk berasaskan riba serta pihak berkuasa yang meluluskan urusniaga riba’.

Wallahulam,

-
Reset_Root

rafiuddin berkata...

4 GOLONGAN dilaknat ALLAH di dalam urusan RIBA ;

1) Mereka yang MENGAMBIL RIBA(bunga,intrest,faedah)
2) Mereka yang MEMBAYAR RIBA(pembuat personal loan,pinjaman rumah,pinjaman kereta,pinjaman pelajaran,pinjaman perkahwinan)
3) Mereka yang MENCATAT RIBA
4) 2 orang yang MENJADI SAKSI

RIBA = PERANG

Ramai umat manusia sekarang ingin memperjuangkan Islam(kononnya), tetapi dalam pada masa yang sama setiap bulan berani membayar RIBA yakni sama seperti BERPERANG DENGAN HUKUM ALLAH DAN RASULNYA walaupun kita tahu semua ini adalah fitnah yg telah di SUSUNATUR oleh yahudi dan al-Masih Dajjal.

Why Delay?

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas